Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, February 18, 2013

PERUTUSAN KHAS DARI DUKE UNTUK PUTERI LINDUNGAN BULAN DI BLOG PAS KEDAH...

Sebenarnya aku malas nak layan sangat provokasi puak-puak blogger PAS Kedah ni. Tapi bila Puteri Lindungan Bulan "pujuk" aku...errr..err... Aku rasa macam "lain macam" pulakkk... Heh!

"Kerana politik hang sanggup mencerca peribadi, mengeluarkan kata nista, memfitnah.. terhadap orang yang menyanjungi peribadi hang selama ini."

Let me explain...okay...baca sampai habis kat bawah ni...


Bukan pasai politik sebenarnya. Semuanya kerana kebenaran. Dan aku tak suka seseorang itu dipergunakan kerana politik. Apatah lagi sebuah parti yang mempergunakan dan menjual Islam sebagai "alat"  meraih undi politik...faham?

Aku tak cerca kalau tak betul. Kalau aku silap, sila nyatakan kesilapan aku tu. Dan aku dengan senang hati akan minta maaf kalau aku tersilap. Maklum la, aku pun manusia biasa yang tak lari dari kesilapan...kan? 

Kata nista dan memfitnah itu sebenarnya lebih menjurus ke arah blogger Pakatan Haram sebenarnya. Dan sejak PAS "berpeluk" dengan DAP dan PKR pada 2008, PAS makin hanyut mengikut perangai puak-puak kafir harbi dan agen Yahudi yang gunakan war of perception...

Bila jadi macam tu, PAS menghalalkan banyak perkara yang sebenarnya tidak dibenarkan Islam. Nik Aziz sendiri menghalalkan maki hamun, mencarut, menista, memfitnah dan syubhah. Contohnya, buku "Shit!" karangan Shanon Ahmad.

Dan fatwa Nik Aziz itulah yang digunapakai oleh blogger-blogger Pakatan Haram, termasuk di Kedah ni. Blogger Pakatan Haram dah lama guna cara jijik tu sejak sekian lama, sehinggalah muncul blogger-blogger pro-UMNO/BN untuk counter balik serangan melalui media internet ni...

Bukan aku sengaja menista, walaupun aku memang tak suka menista.Tapi bila teruk sangat menipu dan memfitnah, maka aku terpaksa patahkan dengan kata-kata yang kurang manis. Bukan apa, sebelum ni aku dah cakap elok-elok, blogger PAS Kedah tak peduli pun...

Terima kasih sebab sanjung peribadi aku. Aku tak minta disanjung. Aku sayang semua orang Melayu Muslim, tak kira PAS atau UMNO. Semuanya saudara mara aku sebab semuanya seagaman dengan aku...

Tapi bila saudara aku buat silap dan salah, aku tegur. Tapi bila teguran tu tak dipedulikan walaupun aku cuba sedarkan depa, maka aku perlu bertindak dengan tegas dan keras sedikit. Jiwa Melayu Muslim dalam diri aku memang tebal...

Dalam konteks politik, aku akui memang aku sangat bersifat nasionalis. Sebab semangat nasionalis sememangnya sinonim dengan politik. Aku tak rela negara aku dijajah kali kedua oleh kafir harbi yang menolak dasar Islam dan agen Yahudi yang rela buat apa saja untuk jadi PM...

Justeru itu, aku harap Puteri Lindungan Bulan tu faham apa maksud aku. Aku mungkin kurang setuju dengan Zul Ya dan Azam Awang dari sudut politik. Tapi aku tetap hormat depa sebagai saudara seagama aku walaupun depa anggap aku "kafir" macam yang depa dok anggap selama ni...

Aku harap Puteri Lindungan Bulan dapat menerima penjelasan aku kali ni....tengkiu! Heh!

P/s: Kalau bergaduh dengan Shahanim pun sekali, pi la settle kat luaq sebab semua tu masalah peribadi. Kalau bagitau kat Zul Ya, maka dia akan politikkan masalah peribadi tu untuk jatuhkan Shahanim. Frankly, aku pun tak berapa ngam dengan Shahanim. Hangpa nak tembak-tembak la. Tapi kalau hangpa fitnah dia, maka jangan marah la kalau aku betulkan persepsi fitnah hangpa tu. Bukan nak backing dia. Kalau pemimpin UMNO mana sekali pun kena fitnah, aku akan backing. Misalnya, aku selalu backing Najib. Najib ada bayaq berjuta ringgit kat aku ka? Semua tu aku buat atas nama perjuangan dan berani kerana benar...

2 comments:

McTheory said...

Woi.. bukan Najib bayaq hang 10 juta sebulan ka? hahahaha..

Anonymous said...

Tahniah duke..... Semoga PLB tu faham dan terima hakikat kenyataan hidup. Hidup dlm noda seperti puak pas harus kita hindari...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!