Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, February 8, 2013

PEDASSS..!!! "KOMUNIS" PAS TIBA-TIBA MINAT MAIN SAHAM..??? #FGVH

mazlan aliman komunis

Mungkin ketika saya menulis artikel ini, Presiden ANAK, Mazlan Aliman sedang berkerut-kerut dahinya di depan skrin komputer meneliti dan memantau pegerakan saham Felda Global Ventures (FGV) di Bursa Malaysia.

Sejak saham FGV disenaraikan di Bursa Malaysia, saya lihat boleh dikatakan hampir setiap hari Mazlan bercakap mengenai saham-saham Felda itu seolah-olah dia berminat nak jadi broker saham layaknya.

Baru-baru ini dia ke Felda Sungai Tengi di Selangor untuk menyampaikan satu ceramah di kawasan tanah rancangan di situ. Dipercayai dia cuba bercakap mengenai saham pada malam itu. Namun malang, tak sempat dia nak berucap, dia sudah dihalau para peneroka di Felda tersebut.


Mungkin mahu mencuba nasib untu menyampaikan ucapannya mengenai saham itu, maka Mazlan Aliman pergi pula ke Felda Teloi di Sik, Kedah. Tapi dia menghadapi masalah yang sama. Belum sempat nak berucap mengenai saham, dia sekali lagi dihalau para peneroka tempatan.

Kasihan juga saya melihat Mazlan Aliman. Teruk-teruk dia bersengkang mata untuk belajar mengenai saham, tapi dia tak dapat pula nak sampaikan “ilmu baru”nya itu. Anda kasihan atau tidak padanya? Kasihan, kan?

Kalau Mazlan Aliman nak tahu tentang pasaran saham, memang sudah lumrah pelaburan saham itu akan mengalami naik turun pada setiap hari. Sekejap naik, sekejap turun. Semua itu perkara biasa sebenarnya. Kalau tak percaya, sila tanya broker saham…

Misalnya, baru-baru ini sebanyak 1021 syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia, hanya 240 syarikat saja yang mencatat keuntungan dan manakala 450 syarikat lagi rugi. Tapi, ada juga syarikat yang nilai sahamnya tak berubah. Itu biasalah!

Yang hairannya, kenapa Mazlan Aliman pantau saham FGV sahaja? Mengapa tidak pantau saham syarikat-syarikat lain di Bursa Malaysia. Lagipun, bukan saham FGV saja yang melibatkan orang awam, ada banyak lagi saham yang seumpamanya, kan?

Kalau Mazlan Aliman teliti betul-betul, ada saham yang pernah jatuh sebanyak 50% dalam sehari ia diniagakan. Kenapa Mazlan Aliman tak “serang” saham tersebut? Sebab Mazlan Aliman sengaja nak buruk-burukkan saham FGV, kan? Tak adillah bila serang saham “terpilih” begitu, kan?

Saya yakin, sebelum saham FGV disenaraikan di Bursa Malaysia, sebelah mata pun Mazlan Aliman tak pernah hirau tentang nilai pasaran saham. Tapi sejak saham FGV disenaraikan tahun lalu, tiba-tiba saja dia bersemangat nak jadi “pakar saham” pulak? Ajaib betul..!!!

Paling menarik, Mazlan Aliman begitu ghairah bercerita tentang saham pada rakyat walaupun tak faham tentang saham! Banyak fakta palsu, spekulasi tidak berasas, fitnah dan pembohongan yang dia jaja keliling Felda.

Bila para peneroka marah dengan fitnah Mazlan Aliman dan sekat dia dari berceramah di kawasan tanah rancangan, Presiden ANAK itu marah-marah dan tuduh pihak pengurusan Felda sengaja buat “dajal” padanya pula.

Mungkin Mazlan Aliman tidak tahu bahawa rahsianya menggunakan propaganda ala-ala komunis itu telah dapat dikesan oleh peneroka Felda di seluruh negara.

Seorang tokoh komunis pernah berkata bahawa jika pembohongan tentang sesuatu perkara itu diulang berkali-kali, lama kelamaan orang ramai akan percaya. Mungkin Mazlan Aliman belajar dari tokoh Komunis itulah, kot?
“A lie told often enough becomes the truth” – Vladimir Ilyich  Lenin (1970 – 1924)
Justeru itu, tidak hairanlah jika “anak didik komunis” ini begitu beriya-iya sungguh menapak keliling tanah rancangan Felda di seluruh negara untuk menyebarkan pembohongannya berkali-kali meskipun segala penipuannya itu sudah “dikantoikan”.

Nama saja pemimpin sebuah parti yang kononnya memperjuangkan “Islam”, padahal asyik menjaja cerita bohongnya pada rakyat. Bila agaknya Mazlan Aliman nak bertaubat? Buat malu PAS sajalah!

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

eNetComs said...

Labur bursa saham sgt menarik. Mgkin ada rakan juga yg minat nengok hartanah. http://goo.gl/SI9AF

Bila Kak Su Bersuara... Heh!