Penasihat DAP, Lim Kit Siang pantas membidas dan membantah tayangan
filem “Tanda Putera” arahan Datin Paduka Suhaimi Baba kepada kira-kira
3,000 warga Felda di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.
Beliau dalam kenyataannya hari ini kelihatan cukup berang dengan
tayangan filem yang mengisahkan peranan bekas Perdana Menteri, Tun Abdul
Razak Hussein dan Timbalannya, Tun Dr Ismail Abdul Rahman memulihkan
negara selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969.
Meskipun filem ditunjangi oleh Rusdi Ramli membawa watak Tun Abdul
Razak dan Zizan Nin sebagai Tun Dr. Ismail dinilai ramai pihak sebagai
naskhah filem yang cukup hebat berbanding filem-filem kenegaraan lain,
Kit Siang sebaliknya cukup terkilan dengan tayangan filem tersebut.
Umpama siapa yang makan cili tentu terasa pedas, tentu ada sebab
musabab untuk tokoh ulung DAP berkenaan begitu terasa dengan kewujudan
dan tayangan filem yang berupaya memberi pengetahuan sejarah dan seribu
pengajaran kepada rakyat Malaysia tentang kepentingn kesejahteraan dan
keamanan negara itu.
“Saya tidak pernah diberi peluang menonton filem itu tetapi apa yang
pernah dilakukan bagi publisiti filem itu sudah pun diketahui umum. Saya
mendapati ini merupakan sikap tidak bertanggungjawab pencipta filem 13
Mei itu, tidak insaf terhadap perbuatan mereka mempertahankan
pembohongan dan penipuan serta benar-benar benci kepada kebenaran.
“Tayangan eksklusif filem berat sebelah dan tidaj jujur berkenaan 13
Mei. Ia sepenuhnya membongkar kepalsuan dakwaan pengarah Tanda Putera,
Shuhaimi bahawa adegan rusuhan 13 Mei yang hanya 10 minit daripada
keseluruhan 115 minit filem berkenaan, tepat sejarahnya,” dakwanya
melalui satu kenyataan media ini.
Sebuah porta berita semalam melaporkan Felda menganjurkan tayangan
filem Tanda Putera kepada kira-kira 3,000 orang peneroka tanah rancangan
itu selepas satu majlis khas bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr.
Mahathir Mohamad. - Mynewshub.my
1 comment:
Peduli apa dengan Kit Siang tu...dia ingat tanah melayu ni bapak dia yang punya ke....sepak saja juboq dia balik ke tanah besar Cina tu....
Tolak PR dlm PRU13 ni. Satu undi untuk PR adalah satu undi untuk PAS-pis-pus, DAPpigs, P'Gay'R dan satu undi untuk tuhan 'Allah Trinity' DAPpigs mereka tu. Jangan kita gadaikan masa depan anak-anak dan cucu kita dengan memangkah parti-parti yang bersekongkol bawah PR dlm PRU13 nanti.....
Post a Comment