Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, February 4, 2013

PEDASSS..!!! APA NIK AZIZ & HADI NAK BUAT KAT KARPAL SINGH NIHHH..???


Sebelum ini Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat begitu yakin apabila selamba menberitahu media kononnya isu pertikaian berhubung pengunaan kalimah “Allah” telah selesai.

Kononnya, Nik Aziz dalam lawatannya ke Pulau Pinang baru-baru ini telah “berceramah” dan “sekolahkan” Presiden DAP, Karpal Singh dan para pemimpin parti itu, termasuk seorang Bishop tentang maslahah tersebut.

PAS menghebahkan di kalangan pengikutnya bahawa DAP memahami sepenuhnya keputusan Majlis Syura PAS tentang isu itu, seolah-olah parti “chauvinis ultra kiasu” itu tunduk hormat pada PAS meskipun membuat pusingan U yang bertentangan dengan keputusan Pakatan Haram.


Betulkah Nik Aziz ada “sekolahkan” Karpal tempohari? Kalau betul ada, Karpal fahamkah “ceramah” Nik Aziz tentang isu penggunaan kalimah “Allah” di dalam Bible versi Melayu itu? Berjayakah Nik Aziz “berdakwah” pada Karpal?

Mungkin Allah SWT mahu membuka pekung di dalam PAS, segala penipuan parti itu yang cuba berbohong kepada rakyat, khususnya para pengikutnya, telah dibongkarkan apabila Karpal menegaskan bahawa isu tersebut belum selesai.

Isu penggunaan kalimah “Allah” di dalam Bible belum selesai! Itulah yang Karpal beritahu di dalam sidang akhbar yang diadakan semalam.

Jadi, dimanakah kebenaran dalam kenyataan Hadi dan Nik Aziz yang bermati-matian menyatakan bahawa isu penggunaan kalimah “Allah” di dalam Bible ini sudah selesai?

Sampai hati Presiden dan Mursyidul Am PAS yang kononnya taat kepada ajaran Islam itu menipu serta berbohong kepada rakyat, khususnya umat Islam di negara ini yang mahu tahu tentang pertikaian di antara PAS, PKR dan DAP mengenai perkara tersebut.

Apakah para pemimpin PAS fikir menipu itu dibenarkan di dalam Islam? Berbohong itu tidak berdosakah di dalam “agama PAS”?

Atau PAS hanya merupakan sebuah parti “syok sendiri” yang suka mengeluarkan kenyataan sesuka hati tanpa bersandarkan fakta sebenar dan sanggup berbohong kepada rakyat untuk meraih sokongan dari sudut politik?

Saya tertanya-tanya, selepas Karpal membidas PAS mengenai kontroversi ini, dimanakah PAS mahu sorokkan mukanya lagi? Tak malukah mereka? Apakah Presiden PAS dan Mursyidul Amnya mempunyai kulit muka setebal tembok China?

DAP dan PKR mahu kalimah “Allah” digunapakai di dalam Bible versi bahasa Melayu untuk edaran di Semenanjung Malaysia, tapi PAS melalui Majlis Syura pula membuat pusingan U dan membuat keputusan yang bertentangan dengan keputusan bersama sekutu politik mereka itu.

Persoalannya, apakah puak-puak PAS tidak rasa tersinggung bila Presiden dan Mursyidul Am mereka dibidas begitu pedih oleh DAP dan PKR dalam soal ini?

PKR dan DAP mahu PAS mengikut kehendak mereka. Majlis Syura pula tidak mahu PAS berganjak dari keputusan “flip flop” mereka baru-baru ini. Secara demokrasi, dua lawan satu, siapakah yang menang?

Nampaknya para pengikut PAS dan pucuk pimpinannya masih lagi tidak sedar bahawa mereka sedang diperolok dan dipermain-mainkan oleh para pemimpin DAP dan PKR. Mereka masih menyangka perkara yang terjadi merupakan salah satu bentuk “tahaluf siyasi”.

Padahal, memang betul pun mereka “dikeldaikan” PKR dan DAP. Bila mereka nak sedar? Terimalah kenyataan itu dengan hati terbuka demi masa depan Islam, Melayu dan tanahair…

Ya Allah Ya Tuhanku, bukakanlah hati saudara-saudara PAS ku untuk menerima hakikat betapa hinanya mereka di mata DAP dan PKR. 

Sumber: Perak Today

1 comment:

Anonymous said...

Amin..amin.. Ya Rabbal a'lamin...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!