Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, February 15, 2013

PAS KEDAH RETI KIRA TAK? RM403 JUTA DENGAN RM0.5 BILION, MANA LEBIH BANYAK?

Aku tak reti kira duit ringgit...kupang-kupang aku reti laaa...heh!
Mula-mula tu aku tanya la jugak, menatang apa 403 yang puak PAS Kedah dok riuh tu. Aku ingatkan nombor bilik hotel Mat Sabu kaaa.. nombor bilik Anwar kaaa... Rupanya jumlah kerugian yang kononnya dilakukan oleh kerajaan BN sebelum ni...

Puak-puak PAS Kedah ni masuk Wisma, depa dok kira dari zaman Syed Nahar dulu, sampai la zaman Tok Det jadi MB, kononnya jumlah rugi RM403 juta. Oooo...lagu tu kaaa...

"Hebat" jugak matematik puak-puak PAS Kedah ni. Depa kira dari mula depa masuk Wisma pada Maca 2008, sampai Januari ni baru habih depa kira..!!! Tu diaaa... dekat 5 tahun baru dapat jawapan matematik tu..!!! Depa kira pakai lidi kaaa atau sempua? Heh!

Lagu ni laaa.. aku takmau cakap banyak la kan. Aku terima la BN Kedah dulu-dulu rugi RM403 juta. Logik la tu...depa kira dari zaman batu lagi wooo... zaman purba..!!! La ni dah moden dahhh...

Tapi, PAS Kedah ni baru saja mentadbir Kedah dalam 5 tahun, dah buat hutang sebanyak RM330 juta dah! Sapa nak bayaq duit hutang RM330 juta tu? Rakyat Kedah jugak laaa... takkan la nak suruh Pok Nik Ajisss bayaq kottt..?

Tu baru satu. Belum lagi aku sebut pasai SULIHH, projek-projek mineral dan galian yang depa tak declare, projek Keli-K dan banyak lagi. Aku yakin, kalau dicampur tolak...ada la dalam RM0.5 bilion kottt...heh!

Mana ada banyak RM0.5 bilion tu. Sikit jaaa...5 tahun perintah, buat laba kat negeri Kedah sebanyak RM0.5 bilion. Hebat la tu. Zaman BN dulu dari zaman batu sampai zaman Tok Det buat rugi RM403 juta wooo..!!!

Cuma aku nak tanya, antara JUTA dengan BILION tu yang mana lebih banyak aaa? Aku "fail" matematik dulu...heh!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!