Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, February 4, 2013

PANASSS..!!! PAS KEDAH "PEMUHONG BESAQQQQ"..!!!


Aku tak tau la mana PAS belajar, tapi pada depa menipu ni dibolehkan. Malah ada yang kata "menipu tu sunat hukumnya". Ntah dari mana depa belajar ntahhhh...dari P. Ramlee kot? Sejak bila P. Ramlee jadi Imam Mazhab?

Mula dari Presiden PAS, Pesuruhjaya PAS Negeri...hingga la kepada "lembu-lembu" depa yang suka dok ikat kepala dengan kain "Israel For All" tu...semuanya kuat pemuhong! 

Blogger depa tak payah cakap la...bukan setakat menipu, siap fitnah orang tiap-tiap hari. Bukan setakat pemimpin UMNO/BN saja yang depa fitnah, kami ni pun depa fitnah jugakkkk..!!!

Kali ni depa kantoi muhong lagi. Cuba tengok kat bawah tu...pemuhong sungguh..!!!

'Kerajaan Pas Kedah bohong'


Kerajaan Pas Kedah didakwa berbohong apabila menyatakan Kerajaan Pusat tidak pernah menyumbang terhadap pembinaan kampus induk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil, dekat Sungai Petani yang dirasmikan Selasa lalu.
 
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah (gambar) berkata, kenyataan yang dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak itu bertujuan mengaburi kelemahan pentadbiran mereka di mata rakyat.

Beliau berkata, hakikatnya kampus induk kolej itu tidak akan dapat dibina jika Bank Islam Malaysia Berhad dan Affin Islamic Bank Berhad yang merupakan syarikat milik kerajaan (GLC) tidak memberikan sokongan modal menerusi kelulusan pinjaman.

Bahkan katanya, sumber kewangan Kuin antaranya turut bergantung kepada pinjaman pelajar melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang juga diwujudkan Kerajaan Pusat.

"Itu satu pembohongan secara terang-terangan dan sengaja menyeleweng fakta sedangkan hakikatnya Kerajaan Pusat telah banyak membantu membangunkan Kuin sejak awal penubuhannya sehingga sekarang," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Pada majlis perasmian kampus induk Kuin di Kuala Ketil Selasa lalu, Azizan dilaporkan berkata pembinaan kampus berkenaan disiapkan tanpa sebarang bantuan Kerajaan Pusat.

Azizan turut mengulangi kenyataannya itu ketika berceramah di Karnival Kedah Sejahtera Pas Kawasan Pokok Sena, dekat sini malam tadi.

Ahmad Bashah berkata, kerajaan Pas Kedah tidak seharusnya menafikan sumbangan Kerajaan Pusat sehingga terbinanya kampus induk Kuin berkenaan. 

Berikutan itu, katanya, Azizan didesak supaya menarik kenyataan yang dikeluarkannya itu bagi memastikan rakyat tidak terkeliru dengannya. - Utusan

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!