Memang agak meragukan
apabila Persatuan Dong Zhong menjemput Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak ke majlis sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran
mereka yang berlangsung di ibu negara hari ini.
Mungkin kerana inilah pertama kali sebuah
persatuan yang begitu kuat mengkritik kerajaan BN dan dilihat
seolah-olah menyokong DAP menghantar jemputan kepada Datuk Seri Najib.
Sebelum ini, tak pernah pun mereka menjemput beliau…
Dan mungkin juga persatuan yang sangat
terkenal dengan tuntutan-tuntutan melampau dan sering mencabar
perlembagaan negara itu takut tertinggal “keretapi”?
Maklumlah, boleh dikatakan hampir semua
NGO Cina menyokong kuat dan selalu menjemput Perdana Menteri ke
majlis-majlis dan program anjuran mereka. Maka Dong Zhong pun tak mahu
dilihat macam “kera sumbang” dan terpaksa menjemput Najib.
Menariknya, Najib bersedia meluangkan
masa memenuhi jemputan Dong Zhong itu tanpa sebarang rasa prejudis dan
beliau membuktikan penghargaannya terhadap persatuan itu dengan memenuhi
jemputan tersebut.
Paling penting, Najib hadir hanyalah
sebagai tetamu yang dijemput tanpa melibatkan sebarang protokol
kebiasaan seperti sidang media dan tiada pun sesi perbincangan melayan
sebarang tuntutan dari Dong Zhong.
Mungkin kerana terkejut dengan
persetujuan Najib untuk menghadiri majlis itu, maka Anwar cepat-cepat
bersetuju untuk memenuhi jemputan Dong Zhong ke majlis yang sama.
Padahal, sumber dalaman PKR memberitahu
bahawa Anwar dan konco-konconya malas hendak ke majlis berkenaan, namun
berubah fikiran bila mengetahui tentang Najib yang mengesahkan kehadiran
beliau.
Mungkin Anwar takut Najib “kidnap” penyokong kuat DAP, kot?
Menyebut mengenai Dong Zhong, maka kita
secara tidak langsung akan mengaitkan persatuan itu dengan pelbagai
tuntutan dari segelintir masyarakat Cina ekstrim berhubung dengan dasar
pendidikan negara.
Dari sudut rekod perkhidmatan, Anwar dan
Najib pernah sama-sama menjawat jawatan Menteri Pelajaran. Tapi, kalau
nak dibandingkan, rekod Najib lebih bagus apabila beliau lebih banyak
melakukan dasar yang melibatkan dasar pendidikan sekolah Cina.
Berbanding Anwar, Anwar sebenarnya boleh
dikatakan langsung tak buat apa-apa untuk memajukan dasar pendidikan
bagi masyarakat Cina selain dari meneruskan dasar pendidikan sedia ada
yang dirancang menteri sebelumnya.
Tapi seperti biasalah. Bila Anwar keluar
dari Kerajaan BN, mulalah dia meroyan dengan janji-janji manis untuk
menipu masyarakat Cina dan agak malang bila ada juga di kalangan kaum
Tiong Hua itu yang termakan janji palsunya, kan?
Jadi, jangan terkejut dengan laporan
wartawan portal pencacai Pakatan Haram, Malaysiakini yang mendakwa Anwar
dapat sambutan lebih meriah berbanding Najib. Itu normal kerana Dong
Zhong dikatakan dipenuhi oleh golongan Cina ekstrim yang tidak tahu
menghormati perlembagaan.
Cuma yang saya yakin kali ini bahawa Dong
Zhong dapat menerima kenyataan hari ini bahawa Najib dan BN sememangnya
mendapat tempat kembali di hati masyarakat Cina yang semakin hari
semakin teruk “dikelentong” Anwar. Itu faktanya…
Sumber: Mykmu.net
3 comments:
slm tuan..mohon pautkan blog saya perigitimur.blogspot.com di blog tuan...blog tuan sdh pn dipaut di blog saya.tq
slm tuan..mohon pautkan blog saya perigitimur.blogspot.com di blog tuan...blog tuan sdh pn dipaut di blog saya.tq
Dong Zhong memang racist hanya perjuangkan kaum dan bangsa mereka sahaja.
Terbaru mereka menuntut agar Kerajaan Mengiktiraf sijil sekolah menengah Cina untuk kemasukan ke IPTA plak dengan sekadar Kredit bagi BM.
Kalau lah kerajaan meluluskan tuntutan mereka. satu hari nanti mereka akan tuntut diadakan Universiti yang mengunakan bahasa penghantar Cina plak...Dong Zhong lupa yang mereka sekarang ini berada di malaysia bukan di negara Cina... mereka seolah-olah ingin menghapuskan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi...kalau Sijil sekolah Menengah Cina di iktiraf maka pastilah tidak akan ada bangsa cina akan masuk sekolah aliran Kebangsaan lagi..kerana kelayakan untuk masuk IPTA boleh guna sijil sekolah cina....
Post a Comment