Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, February 13, 2013

GEMPARRR..!!! TAKUT KAT BLOGGER UPAHAN PAS KEDAH, DUKE MENYOROK DALAM BAWAH MEJA 8 JAM..!!!


Aku dengar ada pencacai yang dok sebut nama aku. Betoi ka? Sapa tu? Pencacai budak suruhan Zul Ya ka? Aik? Kena serang dengan aku sikit pun dah melatah ajak geng nak pukul? Heh! Betul la punya samseng kampung dusun...Heh!

Apa? Salah ke fakta aku? Kalau salah tolong tunjukkan. Aku just dedah Zul Ya kena belasah saja. Tu mujur Puteri Bahagian yang belasah. Kalau Kak Su (Wanita) ke...atau Mukhriz (UMNO Kedah) yang belasah, memang terus meroyan la satu Wisma tu...Heh!

Relax la Bro Zul Ya...hang mula bukak langkah, takkan la aku tak sambut? Nak biarkan saja hang perburuk pemimpin UMNO kat seluruh Kedah ni? Alaaa.. kalau aku tau aku jawab, kalau aku tak tau aku diam je laaa...heh! Bertemu buku dengan ruas?

Apa? SMS? Sapa punya sms tu? Pada siapa dihantar? Ada aku kesah? Kalau itu hang punya masalah dengan Puteri tu, hang pi settle la sendiri dengan dia. Apa kena mengena dengan aku? Heh! Lantak hangpa la nak bertekak ke apa. Cuma kalau hang kalah, maka aku dapat isu lagi...kan? Simple!


Tapi..kalau yang hantar sms tu pemimpin UMNO, maka memang tak patut laaaa..! Aku pun tak suka. Salah tu mencarut bagai kat orang lain. Berdosa dalam hukum Islam. Aku tak sokong dan aku kecam siapa yang hantar sms macam tu punya bahasa...

Tapi kalau ikut mazhab "wali selipar" Pok Nik Ajis Al-PAS PIS PUS, memaki hamun atau mencarut bagai tu dihalalkan. Ingat lagi buku "Shit!" tu ka? Alaaa..yang Shanon Ahmad tulis tu. Yang pernah jadi "kitab suci agama" PAS tu laaaa...

Mengenai tuduhan kat aku pasai terima upah tu, aku rasa menipu sangat la tu. Kenal pun tidak, tetiba nak bagi aku duit. Err..tapi kalau ada sesapa nak bagi aku duit baguih jugak. Boleh la aku beli PC baru. Maklum laaa..PC aku ni dah outdated orang Kedah kata...heh! 

Berapa juta nak bagi aku? Kalau takat 2-3 ribu tu simpan la balik.. Kickdefella kata dia terima RM4 juta dari Husam wooo..!!! Jutawan la aku kalau dapat duit banyak tu...heh! Boleh ajak Zul Ya jalan-jalan naik kereta mewah aku...heh!

Aku budak sekolah agama mana pulak ni? Aku ni baru belajar sikit-sikit mengenai Islam. Baru belajar bahasa Arab sikit-sikit dari kawan-kawan aku yang sekolah agama. Tapi...sekurang-kurangnya aku tak belajar Islam dari puak-puak PAS..!!!

Bukan apa...kawan-kawan aku kata, hati-hati sikit dengan fahaman Islam puak-puak PAS ni. Kalau bukan Syi'ah, dah tentu depa tu semua puak-puak Wahabi. Tu diaaa..!!! Errr... PAS Kedah ni Syi'ah ke Wahabi? Bukan apa...tanya sajaaaaaa....heh!

Terima kasih banyak la sebab semua ni. Sekurang-kurangnya ada komunikasi antara kita. Bukan apa, selama ni hangpa asyik tak jawab saja. Tanya pasai Gunung Inas hangpa sengap. Tanya pasal KUIN, hangpa bisu. Tanya pasai pusat hiburan, hangpa tak bunyi langsung..!!! Heh!

Jadi, lepas ni hangpa semua boleh jawab la noooo...? Bukan apa, aku ingat Zul Ya dan puak-puak pencacainya tu semuanya "pekak" dan "bisu". Rupanya kena tibai bagi tepat dulu baru nak bunyi....

Harapan aku supaya kita boleh berkawan. Kita sesama Islam ni tak elok bergaduh. Walaupun berlainan fahaman politik, kita tak boleh putuskan tali silaturrahim sesama kita. Walaupun di alam maya internet, dapat jugak pahala, kan? Amacam? Berani?

Kalau PAS boleh berpeluk dengan Kafir Harbi, takkan la nak bergaduh dengan saudara seagama pulak, kan? Lain la kalau Zul Ya pikiaq aku dan kawan-kawan UMNO aku ni semuanya lebih kapiaq dari DAP, kan? Heh!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!