Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, February 6, 2013

GEMPARRR..!!! PENEROKA FELDA MENGAMUK, MUJUR MAZLAN ALIMAN TAK KENA TUMBUKKK..!!!


Aku dengar sebelum ni Mazlan Aliman kata dia dapat sambutan dari para peneroka Felda. Dia kata dia hebat. Dia dakwa dapat sokongan ramai di setiap gugusan tanah rancangan yang dia pergi. Kononnya, sebut saja nama Mazlan Aliman, semua orang tabik..!!!

Puiiii..!!! Tabik apa ke namanya? Orang kalau jenis tak sedar diri macam ni, kalau tak kena sekali, memang tak serik....

Dia dok komplen kata Felda sekat dia nak masuk buat ceramah di tanah rancangan. Dia tuduh Felda macam-macam. Kononnya, yang jahat tu semuanya Felda laaaa..! Dia sorang je la yang baik dan "hero"...Heh!


Felda jawab balik. Felda kata, akta GSA menetapkan sebarang aktiviti yang boleh mencetus kekacauan di dalam tanah rancangan Felda tidak dibenarkan sama sekali. Bukan pilih bulu, tapi dah memang itu undang-undangnya...

Kalau sesiapa sekali pun, walaupun BN/UMNO sekali pun, nak masuk tanah Felda nak buat kacau, dah tentu tidak dibenarkan sama sekali. Standard la tu...Jadi, Mazlan Aliman tak perlu komplen la...

Sebagai "tuan tanah", Felda atau peneroka berhak dan tertakluk kepada akta tersebut. Orang bertamadun ni biasanya ikut undang-undang. Mazlan Aliman tahu ikut undang-undang, tak?

Dalam isu Mazlan Aliman tak dibenarkan langgar masuk Felda, para peneroka sendiri yang tolak kehadiran dia ke tanah-tanah rancangan Felda. Mazlan Aliman ni perlu la sedar diri sikit, peneroka tak suka kat dia...

Kalau dia nak masuk jugak, cari nahas lah dengan orang kampung, kan? Tapi dia degil, dia nak masuk jugak. Bila para peneroka mengamuk, maka tercetuslah kekecohan dan perbalahan di dalam tanah rancangan Felda tu...

Aku tak tahu la apa alasan Mazlan Aliman. Tapi para peneroka dan Felda sebagai Tuan Tanah, berhak bertindak melindungi kawasan mereka dari dihuru-harakan oleh dakyah-dakyah jahat Mazlan Aliman tu...Peneroka Felda memang tolak orang suka fitnah orang macam Mazlan Aliman ni...

Jadi, harapnya Mazlan Aliman sedar diri sikit. Tuan Tanah memang tak suka kat dia. Jadi, pandai-pandai la merambossss dari kawasan Felda tu...

Paling jelas kat sini ialah Mazlan Aliman ni sebenarnya pembohong. Dia kata ramai peneroka sokong dia. Padahal..tak macam tu pun. Dia siap kena halau hampir di seluruh gugusan tanah rancangan di seluruh negara...


2 comments:

Anonymous said...

kalau orang tak suka jangan datang leee....pergi le buat ceramah di kelantan,kedah, penang.

Anonymous said...

dia nak masauk sangat nak bagi ceramah kat sapa? org felda dh tolak dia? oh... nak bagi ceramah kat peneroka import, patut la selama ini yg dtg dgr dia ramai muka2 yg tak kenal... balik2 muka yg sama jer yg pergi dgr walaupun felda lain2...

-anak peneroka-

Bila Kak Su Bersuara... Heh!