Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, February 5, 2013

GEMPARRR..!!! PAS KEDAH MAHU NIK AZIZ & HADI PECAT AZIZAN RAZAK..??? #BubarDUNKedah

387591_561292857216721_1509163598_n

Saya tidak menafikan bahawa majlis pelancaran program My Beautiful Malaysia yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mendapat sambutan yang sangat diluar jangkaan.

Bayangkan sebuah program berorientasikan anak muda telah membuat ratusan ribu rakyat di negara ini bersatu hati keluar sebagai sukarelawan menyemai rasa muhibbah sambil bergotong royong sehingga matahari terik terpacak di atas kepala.

Di Kuala Lumpur, lebih 100,000 yang turun bersama Perdana Menteri dan tak kurang meriahnya di Muar puluhan ribu rakyat, khususnya anak muda turun padang bersama Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin, membawa agenda yang sama.


Namun, kemeriahan di Kuala Lumpur dan Muar itu pada saya tidaklah seistimewa yang berlaku di Alor Setar, Kedah. Sambutan pelancaran program tersebut di Kedah lebih “istimewa” dengan kehadiran seorang insan penting…

Beliau yang dimaksudkan itu adalah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, yang sama-sama hadir bersama memeriahkan pelancaran My Beautiful Malaysia, sebuah program yang dianjurkan Kerajaan Pusat dengan kerjasama golongan muda yang menyokong Kerajaan BN!

Sebenarnya, ramai yang memuji tindakan Azizan yang sanggup menolak fahaman politik untuk bergandingan dengan saf pimpinan UMNO dan Barisan Nasional Kedah menjayakan program anak muda itu.

Malangnya, yang puji kematangan Azizan itu hanyalah orang-orang UMNO dan BN, manakala puak-puak PAS di Kedah menjuihkan bibir sambil berbisik-bisik sesama mereka “mengumpat” kehadiran Menteri Besar itu ke program tersebut.

Bisik-bisik mengatakan bahawa para pemimpin PAS Kedah juga telah menghantar laporan sepantas kilat kepada kepimpinan PAS Pusat tentang tindakan Azizan yang mendatangkan rasa kurang senang di hati mereka.

Paling “hebat” ialah kenyataan “budak hingusan” yang bernama Khalid Ismath, seorang mahasiswa biadap yang sering menghuru-harakan pagar-pagar universiti yang begitu marah terhadap Menteri Besar Kedah itu.

Kata Khalid Ismath di laman Twitternya…

“Penat lelah ahli bawahan PAS buat kerja jatuhkan BN, Ust azizan razak semberono naikkan nama pemuda BN dlm tv3 td. Ini sial bin celaka” – Khalid Ismath, Twitter, 10:54 PM – 3 Feb 13.

Lancang betul mulut budak ini, kan?

Tergamak dia memaki hamun Azizan Razak sebagai “sial bin celaka”, hanya kerana Menteri Besar Kedah itu hadir ke sebuah program yang menyemai nilai-nilai murni di kalangan remaja dan belia di negara ini?

Apa jenis manusiakah budak ini? Siapa yang ajar dia menjadi biadap dan kurang ajar begitu? Mak Bapak dia, kah? Di mana dia letak akalnya untuk menilai tindakan Azizan Razak itu?

Sekurang-kurangnya, Azizan menyokong para remaja dan belia di Alor Setar untuk mengamalkan aktiviti-aktiviti yang sihat dan tidak membuat masa tidur tengah jalan, menjadi “keldai” politik atau terpekik terlolong di tengah jalan seperti budak tak cukup diajar.

“Sial bin Celaka” itu sepatutnya diberikan kepada Khalid Ismath sendiri kerana apa yang dia lakukan selama ini jelas menunjukkannya dirinya lebih layak digelar begitu!

Bukanlah saya mahu membela Azizan Razak dalam hal ini. Namun walaupun saya dan Azizan berbeza fahaman politik, tapi saya akui bahawa sokongan Azizan terhadap sesuatu yang dituntut oleh Islam itu amat wajar untuk dipuji.

Sekaligus Azizan juga mengakui bahawa program yang dilancarkan oleh Presiden UMNO/BN itu sememangnya bertepatan dengan kehendak Islam. Dalam ertikata lain, Azizan secara tidak langsung mengaku bahawa UMNO/BN buat kerja cara Islam, bukan?

Pada saya, lantaklah dengan puak-puak PAS yang nak menghentam Azizan. Cuma, terfikir juga di akal saya, Azizan akan mengikut jejak langkah Ustaz Nasharuddin Mat Isa atau Hasan Ali?

Kalau ikut jejak Nasharuddin, tak mengapalah. Tapi kalau ikut jejak Hasan Ali, apa lagi yang tinggal pada PAS Kedah? “Bungkus”lah mereka pada PRU ke-13 nanti…

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

Maki, hamun ni dilarang oleh Islam. Tak ada adab dan tak bertamaddun. Salah siapa ...kalau bukan mak ayah.

Mereka yang tak mahu orang Islam bersatu adalah ejen ejen syaitan laknatullah. Mereka adalah perosak ugama, bangsa dan negara. Mereka nak kutuk sebanyak mana pun...yang pasti Allah dah bagi pahala atas kerja yang MB lakukan, insyallah.

Syabas MB.

Syabas pada MB Azizan!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!