Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, February 26, 2013

GEMPARRR..!!! PAKATAN HARAM UMUM BAKAL PM HARI NI..???

Aku dah cop dahhh..ko jangan nak buat u-turn macam PAS pulakkk..




PERSOALAN siapakah yang akan dicalonkan oleh Pakatan Rakyat sebagai Perdana Menteri jika mereka memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke -13 kini semakin ‘misteri’ kerana nampaknya parti-parti yang bernaung di bawahnya mula mengambil sikap membisu.


Jika sebelum ini mereka seolah-olah sepakat mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk jawatan tersebut tetapi kini parti-parti berkenaan dilihat mula mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ .

Lebih tepat lagi, mereka mengambil pendekatan ‘kunci mulut’ daripada mengishtiharkannya secara rasmi kepada rakyat amnya dan penyokong mereka khususnya.


Rata-rata pemimpin Pakatan Rakyat sebaliknya cuba menyakinkan pengundi agar  bersabar dan menanti “elemen kejutan” .

“Calon dah ada…tapi belum umum.

“Biasalah, ada pandangan tertentu dan ia tidak beri masalah besar…bila PR menang ke Putrajaya…orang popular akan menerima sokongan umum,” kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu ketika ditanya pemberita selepas majlis pelancaran manifesto PR “Pakatan Harapan Rakyat” di Pusat Konvensyen Shah Alam pada pagi tadi.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pula berkata PR akan mengumumkan calon itu bila tiba masanya, namun enggan mengulas lanjut sama ada calon berkenaan akan diumum sebelum atau selepas PRU-13.

“Kita akan maklumkan di mana dan siapa calonnya,” kata Ahli Parlimen Kuala Selangor itu.
Sementara itu, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali pula beranggapan PR mempunyai barisan kepimpinan yang kukuh dan ia merupakan sebahagian pakej yang membuktikan kewibawaan parti berkenaan untuk menawan Putrajaya.

“Kita ada pakej yang kukuh dan menjadi bukti Pakatan bersedia pergi ke Putrajaya…bukan soal siapa perdana menteri,” katanya.

“Soal (pemilihan perdana menteri) itu tidak timbul kerana perbincangan sebelum ini membuktikan muafakat PR itu utuh.

“Kita akan umumkan pada masa sesuai dengan elemen kejutan yang sesuai,” kata Ahli Parlimen Gombak itu lagi.

Sebenarnya isu siapa bakal PM itu kini semakin hangat membelenggu para pemimpin Pakatan Rakyat walaupun mereka berusaha keras hendak menyakinkan masyarakat kononnya isu berkenaan tidak pernah ‘menjadi hal’ kepada mereka.

Sebelum ini, ketika Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu, wakil Dewan Ulama, Hairul Nizam mahu Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri dan bukannya pemimpin pembangkang yang lain. Kenyataan beliau itu kemudiannya disokong oleh beberapa lagi pemimpin Pas yang turut berada dalam majlis syura.

Malahan ketika masih di dalam Pas, bekas Naib Presiden parti itu, Datuk Dr. Hasan Ali pernah menyatakan secara terbuka bahawa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri.

Ini bertentangan dengan DAP yang terang-terang mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri mereka.

Pengerusi DAP Karpal Singh baru-baru ini sekali lagi menegaskan bahawa Anwar akan menjadi perdana menteri jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya dalam PRU-13.

“Pilihan DAP adalah Anwar Ibrahim dan saya fikir pilihan ini akhirnya akan disokong PAS dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) kerana Anwar Ibrahim paling layak,” katanya.

Malang sekali, di saat mereka sedang memukul canang yang mereka bakal mengambil alih tampuk pepimpinan negara, isu paling asas iaitu siapa yang bakal mengetuai jentera pentadbiran negara pun, mereka masih belum dapat mencari kesepakatan.

Ini bukan rahsia lagi.

Kalau benda begini pun mereka masih tak dapat nak selesaikan, jangan mimpilah mereka akan dapat mentadbir negara ini dengan baik.

Yang paling kecewa dah tentulah Anwar, di saat beliau mengharapkan mendapat sokongan yang solid dari Pakatan Rakyat untuk menjadi Perdana Menteri, nampaknya ada saja tangan yang menghalangnya, kali ini bukan dari Barisan Nasional tetapi dari dalam parti komponen mereka sendiri.

Betullah kata pepatah…air tenang jangan disangka tiada buaya.

Betul juga kata pepatah…rambut sama hitam tapi hati lain-lain.

Dan sebagai siswa lulusan Sastera, rasanya Anwar cukup faham pepatah tersebut, dan apakah MESEJ SEBENARyang cuba disampaikan rakan-rakannya itu! - Mynewshub.my

1 comment:

Anonymous said...

Kit Siang: ha..ha.. takpe Nuar..Lu tok sah lungsing maa.. Wa sudah janji bukan? Itu PM job memang lu punya..

Karpal (dalam hati) : ha..ha..ha.. bodo punya Nuar Brahim... memang awak akan jadi PM.. tapi kena ikut perintah aku laa.. rahsia kau semua dalam poket aku.. ha..ha..ha..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!