Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, February 24, 2013

GEMPARRR..!!! NIK AZIZ SUKA ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA DI SIFAT SEBAGAI HAIWAN..?

Macam tambat lembu je nihhhh...!!!
ENTAH di mana nak letakkan akhlak yang diajar Rasulullah SAW yang dipelajari Nik Aziz sehingga tergamak menyamakan para penerima bantuan sara hidup, BR1M, dari pihak Kerajaan sebagai “ayam” dan “lembu”.

Setahu saya, Rasulullah SAW tidak pernah mengajar umatnya untuk berakhlak begitu dan Baginda sering mengingatkan kita supaya menjaga lidah daripada mengucapkan sesuatu yang mampu menyebabkan individu lain merasa terhina.

Namun tanpa rasa segan atau bersalah, Mursyidul Am PAS itu sekali lagi mencetus kontroversi apabila selamba menyifatkan jutaan rakyat negara ini sebagai “binatang”.


Saya tertanya-tanya, bantuan BR1M itu diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia yang layak tanpa mengira sama ada mereka menyokong UMNO, BN, PAS, PKR, DAP atau mana-mana parti politik di negara ini.

Jadi, apakah para penyokong PAS di bawah jemaah yang dipimpin Nik Aziz itu juga tergolong dari haiwan jenis “ayam” dan lembu”?

Tidakkah para penyokong PAS marah pada Nik Aziz yang menyifatkan mereka begitu hina martabatnya sedangkan mereka diciptakan Allah sebagai manusia yang merupakan ciptaan makhluk yang terbaik di alam ini.

Selain itu, bantuan BR1M itu juga diberikan kepada pelbagai kaum di negara ini seperti Cina, India, Benggali dan lain-lain kaum yang bukan beragama Islam.

Apakah Nik Aziz tidak rasa bersalah mempamerkan akhlak seorang “Tok Guru” yang berimej Islam dengan menghina mereka sebagai haiwan? 

Apa pula pandangan mereka terhadap Islam bila dihina oleh seorang “Tok Guru” yang kononnya pemimpin Islam?

Rasulullah SAW sering menganjurkan umatnya untuk mengamalkan amalan bersedekah kepada mereka yang kurang berkemampuan. Malah ramai para sahabat RA yang bersedekah dan apa pula sahabat yang menerima sedekah.

Persoalannya, apakah sahabat-sahabat yang menerima sedekah itu layak digelar sebagai “ayam” dan “lembu” sebagaimana yang terbit dari mulut celupar Mursyidul Am PAS itu?

Tidakkah Nik Aziz belajar dari ustaz-ustaznya di Maghribi dulu bahawa kata-kata yang menghina manusia lain adalah tidak wajar dan bertentangan dengan ajaran Islam?

Atau Nik Aziz suka sekiranya ada individu yang menyifatkan dirinya dan seluruh ahli keluarganya sebagai haiwan? Suka atau tidak jika ada yang menyifatkan isteri Nik Aziz, Tuan Sabariah, sebagai haiwan?

Saya yakin, penghinaan seperti itu sudah tentu akan membuat Nik Aziz rasa terhina jika ditujukan padanya serta kaum kerabat keluarganya, bukan? Jadi, kalau tidak suka dan rasa terhina dengan penghinaan itu, janganlah sesuka hati menghina orang lain.

Atau Nik Aziz sebenarnya takut menghadapi PRU ke-13 nanti? Takut dengan kebajikan yang dihulurkan kerajaan BN itu mampu menyebabkan dia kehilangan kerusi empuk Menteri Besar Kelantan?

BR1M itu bukanlah “gula-gula” pilihanraya kerana ia pernah dua kali diberikan kerajaan BN kepada rakyat Malaysia dan ketika bantuan demi kebajikan rakyat itu dihulurkan bukanlah di musim pilihanraya pun. Cuma kali ini kebetulan saja PRU ke-13 itu dikatakan begitu hampir…

Saya dengan rendah diri mencabar Nik Aziz untuk meminta maaf dari rakyat Malaysia yang menerima bantuan BR1M itu. Apa salahnya meminta maaf atas keceluparan mulut sendiri? Lainlah kalau Nik Aziz memang suka disifatkan sebagai “haiwan” juga, kan?

Sumber: Perak Today

3 comments:

Anonymous said...

Orang tua ni bukan nya Tok Guru tapi Tok Merapu

Anonymous said...

Dia ni bukan Tok Guru tapi Tok Merapu.

Ah Kong Kek Kuat said...

tok guru dah jadi toke garu heheheheh

Bila Kak Su Bersuara... Heh!