Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, February 18, 2013

GEMPARRR..!!! NIAT JAHAT GUAN ENG PADA RAKYAT PENANG TERBONGKAR..???

lim-guan-eng

Entah apa jenis Kerajaan pun saya tidak tahu dan saya tertanya-tanya apakah rakyat Pulau Pinang masih “buta” untuk menilai niat dan corak pemerintahan “penjajah” DAP yang menguasai Pulau Mutiara itu.

Terbaru di Pulau Pinang, “Khalifah” Lim Guan Eng dilihat sengaja memaksa sebuah syarikat pembinaan, JKP Sdn Bhd, untuk mengemukakan kelulusan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) EIA dari Jabatan Alam Sekitar.

Persoalan itu timbul bila Guan Eng seolah-olah sengaja meminta pelbagai syarat yang tidak masuk akal dipercayai bagi menggagalkan syarikat itu membina sebanyak 400 buah rumah mampu milik di Pulau Pinang.


Menurut maklumat, JKP Sdn Bhd telah membeli sebidang tanah berukuran 5.26 hektar dengan harga RM12 juta dan akan membina sebanyak 703 unit bangunan yang melibatkan sebuah kawasan perumahan rakyat.

Ia termasuklah rumah kos rendah yang akan dijual pada harga RM42,000 seunit, rumah teres dua tingkat dengan harga RM299,000 seunit dan rumah kedai pada harga RM129,000.

Saya tidak tahu buku undang-undang tanah mana yang dibuka Guan Eng dalam hal ini memandangkan EIA kebiasaannya perlu dikemukakan bagi projek pembinaan yang melibatkan kawasan yang melebihi 20 hektar.

Jadi, mengapa projek yang hanya melibatkan tanah seluas 5.26 hektar perlu dikemukakan EIA?

Lagipun, rumah-rumah yang ditawarkan itu jauh lebih murah dari rumah-rumah yang dibina oleh rakan-rakan Guan Eng sebelum ini yang berharga sekitar RM400,000 ke atas.

Apakah Guan Eng fikir semua rakyat di Pulau Pinang mampu untuk memiliki rumah yang berharga RM400,000 ke atas?

Saya difahamkan bahawa Guan Eng punya masalah untuk membina rumah mampu milik di Pulau Pinang diatas sebab-sebab tertentu yang boleh dikatakan tidak berapa masuk akal. Mungkin dasar kerajaan Guan Eng hanya membina rumah mahal saja.

Tapi, bila sebuah syarikat swasta yang mahu membina perumahan mampu milik dengan harga serendah itu, maka sepatutnya Guan Eng tidak memberikan sebarang alasan untuk menidakkan projek berkenaan.

Apakah motif Guan Eng yang mengenakan syarat EIA itu sebagai satu cara untuk menafikan hak rakyat berpendapatan rendah untuk memiliki rumah di negeri “jajahan”nya itu?

Saya juga dimaklumkan oleh rakan-rakan di Pulau Pinang bahawa sejak awal pemerintahan Guan Eng lagi beliau sudah “mengusir” rakyat berpendapatan sederhana dan rendah untuk keluar dari negeri itu secara halus.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu dilihat sengaja membina rumah-rumah mewah dan kondo elit di negeri itu sehingga memberikan tekanan kepada rakyat berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri.

Akibatnya, ramai dikalangan orang Melayu dan India “terusir” secara halus dari pulau tersebut dan kekosongan itu telah diisi oleh “tauke-tauke” Cina kaya yang membolot kebanyakan lot dan hartanah di situ.

IMG_1173
Persoalannya, apakah Guan Eng fikir undi dari golongan kaya saja yang laku pada PRU ke-13 nanti dan undi dari rakyat yang dizaliminya selama ini pula tidak laku di mata SPR?

Jika nak tengok laku atau tidak undi golongan berpendapatan rendah yang dizalimi Guan Eng itu, sila bubar DUN Pulau Pinang dan kita lihat undi siapa yang bakal menentukan jatuh bangun kerajaan Pakatan Haram di Pulau Mutiara itu nanti…

Sumber: Mykmu.net





No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!