Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

  • Rakyat Diminta Jauhi DAP - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup melabelkan parti DAP sebagai 'raja putar belit' yang menggerunkan dan perlu dijauhi rakyat. Belia...
    31 minutes ago

Saturday, February 9, 2013

GEMPARRR..!!! MAZLAN ALIMAN BAKAL MUFLIS DISAMAN FELDA..???


Tu laaaa.. Aku dah kata, sarang tebuan jangan dijolok! Tapi Mazlan Aliman ni degil, nak jolok jugak! Kan dah kena saman..!!! Mulut tu kena jaga la. Jangan tiru Anwar Berahim yang suka fitnah tiap-tiap hari tu...

Ada ke pulak Felda buat urusniaga dengan Israel? Apa punya fitnah la lu brader... Lain kali, sebelum buat apa-apa tuduhan, check la dulu. Haaa... sekarang ni menjawab la kat Mahkamah. Siap la kena soal jawab depan hakim nanti yer...

Kalau rasa nak selamat, sediakan duit banyak-banyak dulu. Kutip la pakai karung ke, kotak ke, tin milo ke..apa ke. Edarkan kat ceramah-ceramah macam PAS selalu buat tu. Alaaa.. Macam tak biasa, kan? 

Opsss..!!! Lupa pulak, Mazlan Aliman ni sensetif sikit bila sebut bab ceramah ni. Dia selalu kena halau dengan peneroka bila cuba masuk buat ceramah kat tanah rancangan Felda. Hari tu kena halau sampai bertumbuk di Felda Sg Tengi...

Lepas tu dia kena halau pulak kat Kedah ni bila cuba masuk Felda Teloi di Sik. Heh! Nampak sangat la Mazlan Aliman tak dapat sambutan. Peneroka Felda pun benci nak dengar suara dia.. heh! 

Jadi, sekarang ni pegi la ceramah depan tuan hakim tu pulak yer? Kita dengar apa hakim nak kata kat Mazlan Aliman nanti. Berapa Mazlan Aliman nak kena bayar nanti? Sama-sama la kita tunggu kat Mahkamah...

Tu baru hukuman fitnah kat dunia. Tunggu la hukuman Allah akibat dosa memfitnah di akhirat kelak. Lagi teruk! Ingatlah, dosa memfitnah tu lebih teruk dari membunuh. Tapi itu la yang Mazlan Aliman dah buat hari tu sampai Felda saman dia...heh!

Mahkamah Arah Presiden ANAK Fail Pembelaan

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman yang disaman oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), memfailkan pernyataan pembelaan sehingga 22 Februari ini.

Penolong Kanan Pendaftar Catherine Nicholas turut memerintahkan lima defendan lagi iaitu Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, Pengarang Harakah Taufek Yahya, penulis artikel Mohd Arif Atan dan pencetak Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd, memfailkan pembelaan mereka.

Peguam Abu Bakar Isa Ramat yang mewakili Felda memberitahu pemberita Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang dinamakan sebagai defendan ketujuh masih gagal memfailkan kehadiran di mahkamah.

Abu Bakar berkata Catherine menetapkan 18 Mac untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Lee Heng Cheong.

Pada 7 Januari lalu, Felda memfailkan saman fitnah terhadap Mazlan dan enam lagi berhubung kenyataan penjualan minyak sawit mentah ke Israel.

Menerusi pernyataan tuntutan, Felda mendakwa Mazlan telah memuat naik kata-kata fitnah di laman sosial facebook miliknya pada 19 November tahun lalu dan empat hari selepas itu (23 November), Mazlan mengeluarkan kata-kata fitnah dalam satu perhimpunan yang dilakukan di hadapan pejabat Felda.

Dakwanya, kenyataan fitnah yang dikeluarkan Mazlan diterbitkan semula oleh defendan kedua hingga keenam menerusi beberapa artikel dalam akhbar Harakah pada 26 hingga 29 November tahun lalu.

Felda mendakwa kenyataan fitnah itu menjejaskan reputasi Felda dan mendakwa kesemua defendan sengaja berbuat demikian untuk menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat demi meneruskan agenda tersendiri dan kepentingan peribadi.

Felda menuntut ganti rugi am, khas, teruk, teladan, faedah dan kos ke atas semua defendan.

Felda juga menuntut satu arahan injunksi untuk menahan Mazlan dan ejennya berbicara atau menerbitkan kata-kata fitnah tersebut di internet atau media cetak. – BERNAMA

3 comments:

Anonymous said...

Kalau perjuangan iklas ini adalah asam garam perjuangan. Telan lah apa yang lalu ya En. Mazlan Aliman.

Anuwar ada nanti bayarkan belanja ke mahkamah. Anak bini kau mampus tak makan tu bukan hal Anuwar, pergi mahkamah mungkin lah Anuwar boleh tanggung.

Tapi dengan Anuwar biasa lah. Tanggung ertinya Tonggeng. Samada kau tonggeng ke Anuwar atau baik kau cari calon untuk tonggeng tu. Cuba lah pujuk Adam Azli untuk berkorban dan terkorban demi Parti Tupperware korang. Banding dengan Adam Azli ko punya macam pungkok lembu. Tentu menambah selera Anuwar kalau Adam Azli sudi.

Uruskan lah ya.

Yang turut bersimpati.

Anonymous said...

jangan lah pulak kena saman takat ratus ribu jer..pekenalah ratus juta!!!

reputasi felda dah teruk tu!!

ingat!! ratus juta kena bayar kat felda tau!!

Anonymous said...

Mazlan Aliman ade duit ke nak bayar juta-juta ni?? Mungkin isytihar muflis, masuk bertanding pilihanraya pun tak boleh... tapi ceramah-ceramah yang memfitnah tentu dia akan buat lagi...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!