Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, February 20, 2013

GEMPARRR..!!! KHALID "GAGAP" BERGADUH DENGAN RAFIZI "LEMBU"..???


Hari ini Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli terpaksa ‘cover line’ dengan memberi jaminan bahawa tawaran yang terkandung dalam manifesto bersama Pakatan Rakyat merupakan satu perjanjian kepada rakyat sekiranya mereka memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Rafizi berkata rakyat tidak perlu bimbang kerana pihaknya yakin kandungan manifesto kali ini merupakan satu tawaran yang rasional serta praktikal untuk dilaksanakan.

“Persoalan sama ada ini (manifesto) adalah komitmen kepada rakyat atau tidak, ya ia adalah komitmen (janji) kami kepada rakyat.


“Kita sudah buat perkiraan, semak semua angka-angka sama ada semua janji-janji ini praktikal ataupun tidak dan kami sangat yakin, apa jua yang kita tawarkan sebagai janji dalam manifesto, insyaAllah akan dilaksanakan kerana ia boleh dilaksanakan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Selasa.

Sebenarnya bukan mudah untuk Rafizi berkata demikian.

Kita tak lupa dan tak akan lupa bagaimana sebelum ini kerajaan Pakatan Rakyat Selangor pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata bahawa terdapat kandungan manifesto pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 merupakan ‘bukan satu perjanjian’ yang perlu ditunaikan.

Sebelum kita pergi jauh, mari kita lihat apa yang dimaksudkan dengan manifesto.

Secara ringkas ia memberi makna perakuan atau janji dan perlu dikemukakan dalam mana-mana pilihan raya.


Mengikut ilmu sains politik, di dalam pilihan raya terdapat beberapa unsur seperti kempen dan manifesto.

Manifesto ini adalah satu unsur utama dalam mana-mana pilihan raya.
Manifesto mempunyai pengaruh cukup kuat dalam menentukan kelangsungan sebuah parti mahu pun individu.

Manifesto yang menepati kehendak rakyat setempat lazimnya akan mempengaruhi pola pengundian.
Contohnya pada pilihan raya umum 2008, pembangkang mempunyai manifesto yang mampu menarik perhatian rakyat dan ini telah memberi kemenangan kepada mereka di beberapa buah negeri.

Bagaimanapun, banyak janji-janji pembangkang sehingga kini gagal dilaksanakan dan kini ditagih rakyat sehingga ada pihak yang sanggup menuntut dan membawa kes ke mahkamah.

Kerajaan Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat kini berhadapan dengan tindakan sebilangan pengguna di Selangor yang memfailkan tuntutan terhadap kerajaan PKR Selangor di mahkamah bagi mendapatkan tunggakan subsidi air di bawah skim air percuma seperti dijanjikan dalam manifesto pembangkang pada pilihan raya umum ke-12.


Untuk melepaskan ‘tengkoknya’, Abdul Khalid dengan selamba berkata –  manifesto bukan satu perjanjian.

Dan sekarang ini, seperti mana dalam permulaan artikel ini, Rafizi pulak kata – manifesto adalah perjanjian yang perlu ditunaikan.

Inilah penyakit yang masih belum sembuh dalam Pakatan Rakyat…pusing sana, belit sini. Belit sini, pusing sana.

Tapi rakyat bukan bodoh…Khalid boleh nafi apa saja dan Rafizi pun boleh janji apa saja tetapi hakikatnya semuanya bak kata pepatah orang utara ‘pi mai pi mai tang tu jugak’.

Masa akan tiba tak lama lagi, Insha Allah belit dan pusing mereka berdua ini, juga konco-konco mereka, akan mati dengan sendirinya apabila rakyat membuang undi dalam PRU-13 nanti.

Ketika itu jangan salahkan sesiapa melainkan diri sendiri kalau ‘gula-gula’ yang dijanjikan itu, mendapat peria yang cukup pahit sebagai balasan! - Mynewshub.my

1 comment:

Jijan Mali.... said...

Yeah....right!! Ko ingat kita nak termakan lagi ke janji manis mu tu SETAN!!!!!

Tolak PR dlm PRU13 ni. Satu undi untuk PR adalah satu
undi untuk PAS-pis-pus, DAPpigs, P'Gay'R dan satu undi untuk tuhan 'Allah Trinity' DAPpigs mereka tu. Jangan kita gadaikan masa depan anak-anak dan cucu kita dengan memangkah parti-parti yang
bersekongkol bawah PR dlm PRU13 nanti.....

Bila Kak Su Bersuara... Heh!