KedahNews.com

GEGARRR..!!! PERSOALAN "MAT SABU SYIAH?"

Tuesday, February 19, 2013

GEMPARRR..!!! ANWAR MENIPU PASAL USTAZ HARUN DIN..???


Saya masih ingat dulu tentang cerita mengenai Anwar yang dikatakan bersusah payah menyamar diri dan memandu kereta sendiri untuk ke rumah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk “meminta nyawa”.

Ketika itu, Anwar sedang bergelut dengan kes liwat II berhadapan dengan bekas “coffee boy”nya, Saiful Bukhari Azlan. Tujuan Anwar berkunjung ke rumah Najib secara “sembunyi-sembunyi” itu adalah untuk memohon supaya Najib mengarahkan mahkamah menggugurkan kes liwat II tersebut.

Dan sebagai galang ganti, Anwar berjanji tidak akan “menyerang” Najib lagi, khususnya tidak akan mengaitkan lagi Perdana Menteri dengan kematian wanita Mongolia, mendiang Altantuya Sharibuu.


Namun Najib menolak dengan baik dengan menegaskan bahawa beliau tidak punya kuasa untuk campur tangan hal mahkamah, apatah lagi menggugurkan kes liwat Anwar itu.

Lagipun, Najib menyatakan bahawa Anwar boleh terus menyerangnya dengan isu Altantuya kerana beliau tidak ada kena mengena dengan kes berkenaan. Itu faktanya dan Anwar akhirnya terpaksa pulang dengan “tangan kosong” dan hampa…

Tapi bila Anwar pulang dan mendapati “gerakan rahsia”nya terbongkar, dia cepat-cepat pusing cerita. Kononnya, Najib datang merayu agar tidak menyerangnya dengan isu Altantuya lagi.

Sebagai galang-ganti, Najib kononnya berjanji akan gugurkan kes liwat II Anwar itu. Cerita Anwar lebih hebat bila dia menyatakan bahawa dia menolak rayuan Najib itu dan akan terus menyerangnya dengan isu Altantuya.

Kali ini begitu juga jadinya, cuma berlainan sedikit orangnya dan melibatkan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Harun Din Al-Hafiz.

Sumber menjelaskan bahawa Anwar kali ini bersusah payah juga turun padang untuk bertemu dengan Harun Din selepas mesyuarat Majlis Syura baru-baru ini yang dikatakan enggan bersetuju membiarkan Anwar jadi Perdana Menteri jika Pakatan Haram berjaya menjajah Putrajaya.

Walaupun Nik Aziz menafikan dakwaan itu, ramai yang percaya bahawa ia adalah sekadar “cover line” kerana umumnya mereka sedar tentang pengaruh Dewan Ulama PAS khususnya Harun Din dan Harun Taib yang memang tidak suka pada Anwar.

Kerana itulah maka Anwar sanggup sekali lagi menyusahkan dirinya bertemu Harun Din dan kali ini dia meminta agar Majlis Syura membenarkannya jadi Perdana Menteri jika Pakatan Haram menang pada PRU ke-13.

Menariknya, Harun Din enggan bersetuju dengan permintaan Anwar itu dan ia telah membuat Anwar gelabah serta mati akal. Sebagaimana maklum, Anwar memang tak mahu hilang “keldai tunggangan” yang akan dipergunakan pada PRU ke-13 nanti, kan?

Maka pulanglah Anwar dan sekali lagi dikecewakan. Mulanya oleh Najib dan kali ini Harun Din pula yang mengecewakannya.

Mungkin sudah sifat Anwar dan dia telah me“recycle” kembali skripnya dengan Najib. Anwar selamba menyatakan bahawa Harun Din terhegeh-hegeh datang merayunya dan memohon agar Anwar sanggup menawarkan diri jadi Perdana Menteri nanti!

Begitulah sikap sebenar Anwar. Dia sanggup meletakkan kedudukan seorang ulama PAS yang disegani di tahap itu meskipun tahu bahawa dirinya itulah sebenarnya yang hina.

Tapi puak-puak PAS tak tahu semua ini. Apa yang mereka tahu, Harun Din datang merayu Anwar dan merestui “regular customer China doll” itu untuk menjadi Perdana Menteri. Hebat betul kaki putar alam yang bernama Anwar Ibrahim itu, kan?

Sumber: Perak Today

1 comment:

manjung said...

ohhhhh betapa hinanya bang non ni...tapi cai cai semua mana nak percaya semua tu...cai cai lebih percayakan bang non kaki liwat tu...huhuhu kesian cai cai...