Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, February 26, 2013

GEMPARRR..!!! ANAK ARWAH FADHIL NOOR NAK BERSATU DENGAN UMNO..!!!?

Fauwaz bakal dibenci Pok Nik Ajisss?
Korang kenal tak sapa ni? Inilah anak Allahyarham Ustaz Fadhil Noor, bekas Presiden PAS yang disegani kawan dan lawan. Namanya Ahmad Fauwaz. Dia pun sokong PAS macam ayahnya jugak.

Tapi, Fauwaz ni lain sikit fahamannya dengan PAS sekarang. Fauwaz ikut macam arwah bapanya. Prinsip yang lebih kurang sama. Dan dia dilihat cenderung menyokong Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang Nik Aziz benci sangat tu...heh!

Nak tahu apa kata Fauwaz? Heh..! Mesti puak-puak PAS bengang punya...heh! Cuba tengok statement dia kat bawah tu...heh!

"Jika kita sayangkan negara ini, lebih baik kita bersatu dan bekerjasama sesama Islam demi memegang amanah dalam menjaga negara ini,"

 "Tetapi apa apa yang lebih penting adalah kita perlu praktik dan bukan hanya sekadar slogan,"
"Kita perlu melihat perpaduan itu sebagai 'saya sebahagian daripada kamu dan kamu adalah sebahagian daripada saya',"
 Apa maknanya? Maksud Fauwaz...dia nak PAS dan UMNO bersatu. Mungkin la tak payah bubar mana-mana parti. Tapi paling tidak, PAS perlu bercerai dengan DAP dan PKR, dan seterusnya bersatu dengan UMNO di bawah BN...

Aku heran, apasal la PAS ni tak sedar-sedar depa dipermainkan DAP dan PKR? Apa hitam sangat ke hati pemimpin PAS ni? Pergi basuh dengan air zam-zam la...insyaAllah berkat...kan?

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!