SEMALAM Barisan Nasional (BN) berjaya mengumpulkan hampir 100,000
orang pengunjung ke majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Pulau
Pinang.
Ia terbuka dan bukan untuk ahli parti itu semata-mata. Pelbagai
juadah telah dihidangkan, semuanya makanan dan minuman HALAL bagi
membolehkan semua lapisan rakyat meraikannya bersama-sama dalam semangat
1Malaysia.
Bagi memeriahkan acara, sebuah badan korporat, Mega Ultimate telah
memaklumkan pada penganjur bahawa mereka mahu membawa penghibur terkenal
dari Korea, Psy, untuk memeriahkan sambutan tersebut.
Apatah lagi bila fenomena Gangnam Style cukup hebat melanda penggemar muzik di seluruh dunia termasuk di Malaysia.
Kalau tak masakkan DAP melancarkan sebuah klip video parodi lagu itu
dalam satu majlis besar-besaran di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Di sini menunjukkan yang DAP juga peminat tegar Psy dan lagu Gangnam
Style itu, sebab itu mereka memilih lagu berkenaan untuk diubah dan
dijadikan alat untuk memancing pengundi mereka.
Alih-alih bila Psy membuat persembahan semalam, mereka pula yang meroyan tak tentu pasal.
Sepatutnya mereka malu sendiri kerana merekalah parti politik pertama yang memulakan polemik Psy ini.
Mereka sepatutnya berterima kasih pada Psy kerana sekurang-kurangnya
penyanyi berkenaan tidak mengambil tindakan mahkamah kerana mereka telah
melanggar hak cipta penyanyi itu dengan ‘mencedok dan mengubah’ lagu
tersebut sesuka hati mak bapa mereka!
Berbalik kepada isu berkenaan, DAP jangan lupa yang perangai
mereka lebih teruk dan lebih jijik kerana menganjurkan program bersama
dengan sebuah syarikat arak untuk mengadakan konsert di Batu Feringghi
pada November lalu.
Akhbar Sinar Harian dalam artikelnya bertarikh 11 November ada butirannya.
Berikut adalah petikan daripada artikel berkenaan;
Konsert ada kelulusan MPPP
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: November 11, 2012
Tarikh: November 11, 2012
Eh…lupa dalam konsert arak di Batu Feringghi itu, lagu Gangnam Style pun ada tau…meh kita tengok jap…
Dari segi matematik, ia cukup mudah.
Persembahan Psy di rumah terbuka Tahun Baru Cina semalam adalah SALAH kerana ia anjuran Barisan Nasional.
Tetapi konsert arak di Batu Feringghi TAK SALAH kerana ia program kerajaan DAP.
Itu saja, checkmate!
Sumber: - Mynewshub.my






4 comments:
puak ni yang kat no tu....
apa nak heran...
kat yang BN tu x dak arak,tu yang kat no tu....
Tak tahu mana satu nak disokong yek...
mana tak meroyan.. dorg dok berkenan macam harem dkt si PSY ni..alih2 PSY dtg kat rumah terbuka kjaan.. mst la makan hati..hahaha
Fakta bodoh lagi fuck u
Post a Comment