Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, February 3, 2013

ANWAR KECUTTTT..!!! PEMUDA PAS SABAH SURUH SIASAT ANWAR..???


MAKIN panas punggung Anwar Ibrahim bila Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu mahu dalang sebenar pemberian kad pengenalan di Sabah yang sedang disiasat Suruhanjaya DiRaja (RCI) didedahkan segera.

Mungkin Lahirul benar-benar mahu tahu siapa sebenarnya yang “gatal” sangat memberikan kad pengenalan kepada ayahnya yang datang dari Indonesia sehingga mengahwini ibunya yang didakwa berketurunan kaum Murut di sana.

Begitulah jadinya bila orang nombor satu negara ketika itu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir mendedahkan bahawa bekas Timbalannya, Anwar Ibrahim terlibat secara langsung dalam isu pemberian kad pengenalan yang heboh diperkatakan kini.


Kita semua tahu bahawa Anwar sememangnya licik dalam pelbagai hal yang menuding jari terhadapnya, terutama bila ia membabitkan integriti dan tindak-tanduknya yang sebelum ini sangat terkenal dengan sifat keji.

Anwar sudah sekian lama terkenal dengan sikapnya yang suka menafikan kesalahan yang dia lakukan. Contohnya, terang-terang video rakaman menunjukkan aksinya bersama China Doll, namun dia selamba tak tahu malu menafikan dakwaan itu walaupun dia sendiri “hilang” selama 2 jam.

Kononnya, Anwar menafikan kenyataan Tun Dr. Mahathir dengan mengatakan bahawa mantan Perdana Menteri itu tiada bukti untuk mengaitkan isu tersebut dengannya.

Persoalannya, apakah saksi-saksi yang dipanggil oleh RCI itu semuanya mempunyai bukti ditangan masing-masing?

Misalnya, seorang individu berketurunan India mengaku kononnya dirinya warga India yang diberi kad pengenalan oleh Kerajaan Malaysia, tapi dia sama sekali gagal membuktikan bahawa dia warga India, bukan?

Jadi, saya berpandangan bahawa sebagai mantan Perdana Menteri yang belum lagi nyanyuk seperti Nik Aziz, kenyataan Tun Dr. Mahathir itu sangat relevan, boleh diterima pakai dan wajar disiasat segera.

RCI yang menyiasat kes ini sepatutnya sudah memanggil Anwar untuk memberi keterangan berhubung isu tersebut dan dia perlu membuktikan dirinya tidak terlibat dengan kes itu sekiranya dia menafikan pembabitannya.

Tapi jangan lupa, ramai lagi bekas-bekas Menteri Kabinet di zaman itu yang mampu tampil untuk memberi keterangan untuk menyokong kenyataan Tun Dr Mahathir dan senario itu sudah tentu akan memeningkan kepala Anwar selepas ini.

Peliknya, sejurus selepas mendapat tahu Tun Dr. Mahathir membocorkan rahsianya, Anwar tiba-tiba melenting marah. Malah, Azmin Ali tiba-tiba cuba “membersihkan” Anwar dari tuduhan tersebut.

Biasalah. Ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri, Azmin Ali menjadi pegawai khasnya dan sudah tentulah Azmin akan bermati-matian mempertahankan “boss”nya itu, bukan?

Sampai ke tahap ini, haruskah rakyat Malaysia percaya lagi dengan sandiwara Anwar? Sudah banyak kes dan skandal yang membabitkan dirinya, namun dia tetap buat “muka tebal” tanpa rasa malu.

Inikah harapan rakyat Malaysia? Saya yakin bahawa Anwar hanya layak menjadi harapan golongan LGBT dan akan menghuru-harakan negara saja sekiranya dia menjadi Perdana Menteri. Sudahlah berbohong, dia khianat pula pada rakyat demi kuasa politik? 

Astagfirullahil’azim…

Sumber: Perak Today

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!