Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, February 21, 2013

AMARAN..!!! PAKATAN HARAM TAK PAYAH NAK DIVERT ISU LAAAA..!!!


Beriya-iya betul DAP Johor menuduh “Boss” PKR Johor, Chua Jui Meng, yang dikatakan menjadi dalang serangan terhadap parti “chauvinis ultra kiasu” itu, khususnya berhubung perebutan kerusi Parlimen Gelang Patah.

Kononnya, Jui Meng mengintai mahukan kerusi itu diberikan padanya untuk ditandingi pada PRU ke-13 ini. Manakala DAP Johor pula mahu kerusi itu diberikan kepada calon mereka ekoran kekalahan PKR di kerusi tersebu pada PRU yang lalu.

DAP Johor mahu Anwar campur tangan dan Karpal pula mengarahkan agar dakwaan serangan Jui Meng itu disiasat segera.


Begitulah drama yang berlaku di selatan tanahair, kononnya ada pergeseran besar berlaku hanya disebabkan perebutan kerusi Parlimen yang belum tentu akan dimenangi oleh pakatan pembangkang itu.

Pada saya, semua ini hanyalah mainan untuk mengalih tumpuan ramai dari isu yang menjadi perbalahan sebenar antara parti-parti yang membentuk Pakatan Haram iaitu isu penggunaan kalimah “Allah”.

Sebagaimana maklum, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dan seluruh Dewan Ulama PAS berkeras mahu penggunaan kalimah “Allah” hanya menjadi hak eksklusif umat Islam di Semenanjung dan tidak boleh digunakan di dalam Bible seperti yang dikehendaki DAP dan PKR.

DAP dan PKR yakin bahawa mereka boleh “kowtim” dengan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Mat Sabu.

Tapi mereka tidak yakin dapat menewaskan ketegasan Haron Din, Harun Taib dan golongan ulama PAS berkenaan isu itu meskipun sehingga Parlimen dibubarkan atau selepas PRU ke-13. DAP dan PKR tahu mereka tak boleh “makan” golongan ulama PAS ini…

Itulah masalah terbesar yang melanda PAS, DAP dan PKR. Perebutan kerusi Parlimen di Johor itu hanyalah masalah kecil yang seolah-olah layak dijadikan “sketsa” mengalih isu penggunaan kalimah “Allah” yang mencetus kemarahan akar umbi PAS.

Saya menyarankan agar Pakatan Haram tak perlu bersusah payah mengalih isu memandangkan isu penggunaan kalimah “Allah” ini sebenarnya bukanlah masalah politik. Tetapi ia lebih kepada masalah moral dan agama.

Ia berkait rapat dengan moral DAP dan PKR yang gemar melakukan provokasi melampau khususnya berkaitan kepentingan Islam. PAS tersepit ditengah-tengah.

Kalau diturutkan DAP dan PKR, PAS akan kehilangan penyokong. Tapi kalau PAS tidak taat pada kehendak dua “syaitan” itu, mungkin PAS akan terlepas jawatan Menteri Kabinet atau Exco Kerajaan Negeri nanti.

Harapan saya semoga Islam terus diperlihara UMNO yang selama ini berjaya mengimarahkan agama Allah itu walaupun sering mendapat bantahan dari DAP dan PKR. Walaupun tanpa sokongan PAS yang “terlebih Islam”, Islam tetap subur di Malaysia.

Para penyokong PAS di seluruh Malaysia sebenarnya sedang memerhati perkembangan dan perubahan besar pada parti mereka sejak lima tahun “berpeluk” dan “tidur sekatil” dengan dua parti berkenaan.

Rasa menyampah, meluat dan getik benar-benar melekat dihati mereka melihat PAS begitu teruk dibuli serta jadi tunggangan bagai keldai cacat”. Namun apakan daya, mereka hanyalah akar umbi PAS yang hanya mampu menahan sabar melihat permainan politik keji pemimpin sendiri.

Ingin mereka bersuara, namun takut pula dituduh derhaka dan telah “dibeli” UMNO. Ada yang berani berdemo mengutuk Karpal, tapi mereka dituduh pula mendapat “habuan” dari pihak kerajaan BN. Padahal, UMNO atau BN tidak ada kena mengena pun!

Begitulah PAS yang kini tersepit di celah PAS dan DAP. Walaupun cuba mengalihkan tumpuan ke Johor, namun isu kalimah “Allah” tetap menghantui Pakatan Haram. Percayalah, segalanya akan terus huru-hara selagi PAS tidak keluar dari pakatan yang tidak diredhai Allah itu, kan?

Sumber: Perak Today

1 comment:

Anonymous said...

Umat Islam wajib menjauhkan diri dari Pas yang telah mensyirikkan Allah, barang siapa yang menyokong Pas dan Pkr bahawa mereka telah terang2 mensyirikkan Allah yakni melakukan dosa yang besar. Nauzubillah.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!