Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, February 8, 2013

AKHLAK SEBENAR NIK AZIZ: LEBIH SAYANG REJIM ISRAEL BERBANDING NASHA...

“Itu dia (Nasharudin) punya pasal. Ikut kata dialah. Bila orang kena cerai, dia akan menangis atau apa, itu dia punya pasal,” – Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 4 Februari.
Begitulah kata-kata dan pandangan seorang Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang kononnya dikatakan memiliki akhlak yang sangat “molek” dan setaraf dengan “nabi” serta para “aulia”.

Keangkuhannya tiada tolok bandingnya apabila dia tidak lagi mengambil kisah tentang bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, yang baru dipecat dari Majlis Syura PAS baru-baru ini.

Bila ditanya wartawan mengenai Ustaz Nasharuddin, dia menjawab seolah-olah bekas Timbalan Presiden PAS itu adalah musuh ketatnya dan tiada lagi sifat kasih sayang di dalam perkataan yang dirujuk kepada Ustaz Nasharuddin.


Saya tertanya-tanya di manakah sifat ukhuwwah Islamiyyah di dalam diri Nik Aziz terhadap Ustaz Nasharuddin? Bukankah Rasulullah SAW menganjurkan agar umat Islam itu hidup di dalam suasana berkasih sayang di antara satu sama lain?

“Cubit paha kiri, paha kanan terasa”, begitulah sifat yang sepatutnya ada pada Nik Aziz sebagai seorang yang kononnya mirip “nabi”, bukan?

Saya mendapat tahu bahawa Ustaz Nasharuddin sebenarnya sangat memuliakan Nik Aziz sebagai “Tok Guru” dan “ahlul kibar” (yang lebih tua dan berpengalaman), serta tidak pernah menyimpan dendam terhadap Mursyidul Am itu.

Biarpun diherdik dan dihalau Nik Aziz keluar dari PAS ketika menganjurkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO dulu, Ustaz Nasharuddin tetap bermuka manis serta sanggup mencium tangannya tanda hormat dan kasih sayang.

Tapi, Nik Aziz begitu sombong. Dia sifatkan Ustaz Nasharuddin seolah-olah seorang isteri yang baru diceraikan?

Bila seorang isteri itu diceraikan dan dia menangis hiba atas penceraian itu tanda sayang pada bekas suaminya. Tapi si suami buat tak tahu dan tidak peduli pada tangisan bekas isterinya? Amboi… Angkuh benar bunyinya..!

Bagaimana jika isteri Nik Aziz, Tuan Sabariah Tuan Ishak diceraikan tanpa dosa? Kalau Tuan Sabariah menangis pilu meratapi kasih sayang di antara dirinya dengan Nik Aziz sendiri, bagaimana? Tak ingat masa zaman muda-muda dulu ketika baru lepas kahwin?

Lagipun, Ustaz Nasharuddin baru “diceraikan” dari Majlis Syura dan dia masih lagi merupakan seorang ahli PAS yang sah. Dalam ertikata lain, Ustaz Nasharuddin masih lagi di dalam jemaah PAS.
Jadi, mengapa Nik Aziz perlu bersikap dingin dan marah-marah padanya? Apa dosa yang Ustaz Nasharuddin telah lakukan pada Nik Aziz? 

Berdosa kerana ikut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza melawat saudara seagama yang ditindas sahabat Anwar di sana?

Mursyidul Am jenis apakah Nik Aziz ini? Orang ke Gaza bersama saudara seagama dan melawat saudara seagama yang dizalimi di sana pun salah juga, kah?

Sekurang-kurangnya, Ustaz Nasharuddin turut membawa keprihatinan sebagai wakil PAS ke Gaza. Walau pun tidak rasmi perwakilannya, beliau ikhlas menziarahi umat Islam Palestin sambil menghulurkan simpati dan bantuan sewajarnya.

Berbanding dengan rakan Nik Aziz, Anwar Ibrahim ke luar negara sambil menyokong rakan rejim Zionis Yahudinya untuk menyerang negara Palestin sekiranya rakannya itu rasa diancam negara Islam tersebut.

Pelik betul akhlak Nik Aziz seolah-olah Mursyidul Am itu maksum dan tidak pernah melakukan kesilapan atau dosa. 

Astaghfirullahil’azim.....

Sumber: Perak Today

2 comments:

Anonymous said...

natte tua gilo babi

Anonymous said...

Org tua nyanyuk yg lebihkan politik dari agama..org jnis ni mmg panjang umur dia...sbb dia masih hidup untuk dijadikan dugaan utk umat islam yg lain..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!