Iklan Berbayar

GEGARRR..!!! PERSOALAN "MAT SABU SYIAH?"

Sunday, January 13, 2013

WAJAH TERBARU NURFATIN YANG DIDERA KEKASIH IBUNYA...

Inilah Gambar Fatin Selepas Didera... 
 
Ingat tak kisah Nurfatin, seorang kanak-kanak malang yang trauma setelah didera oleh boyfriend ibunya baru-baru ni? Astaghfirullahil'azim...rasa sebak betul bila ingat cerita tu...

Inilah gambar adik Fatin tu. Sekali lagi aku sebak bila tengok gambar ni. Entah manusia jenis apa yang sanggup buat macam ni kat kanak-kanak yang tak tahu apa-apa ni...
 
Allah amanahkan seorang anak, tapi tak reti nak jaga amanah tu...Ni baru tengok wajahnya dah rasa bergenang airmata. Merah pipi kena dera..lebam!
 
Kalau la boyfriend mak budak ni ada depan mata aku, rasanya bukan lebam lagi dah mamat tu... Mungkin dah terperosok masuk dalam longkang aku "kerjakan" dia.. elok pijak je ramai-ramai jantan macam tu!

Thanks to Mynewshub.my sebab highlight kisah-kisah macam ni...Thanks bro!

Inilah Gambar Fatin Selepas Didera…

GOMBAK – “Tergamak lelaki itu buat Norfatin begini, memang kejam dan tidak berperikemanusiaan,” begitulah reaksi pertama Roszaidah Mohd Salleh, 30, apabila menemui gambar Norfatin Aqilah berikat dengan tali di leher dengan muka lebam dalam telefon bimbit milik ibu kandungnya yang kini ditahan polis berhubung kes penderaan kanak-kanak berusia dua tahun itu.
Menurutnya, dia menangis kerana tidak dapat menahan rasa sebak sebaik sahaja melihat gambar yang menyayatkan hati itu tersebut.

“Kalau tahu begini saya takkan serahkan Norfatin, memang menyesal sangat kerana sampai sekarang Norfatin menangis melihat besi penyangkut baju atau diangkat secara tiba-tiba kesan daripada penderaan yang berlaku ke atasnya.

“Dia memang nampak trauma, tidur pun kadangkala terjaga… memang apa yang dilaluinya cukup buruk. Terima kasih kepada polis kerana menangkap mereka yang bertanggungjawab,” katanya kepada Sinar Harian.

Roszaidah yang merupakan ibu angkat kanak-kanak itu lega apabila Norfatin dilihat masih ceria dan mahu bermain cuma tutur katanya tidak sepetah dulu serta mungkin mengambil masa untuk dia kembali normal.

“Saya harap dia gembira dan aktif seperti dahulu. Biarlah saya yang menjaganya,” katanya.
Dalam kejadian jam 10 malam, Isnin lalu, Norfatin Aqilah Abdullah dipercayai didera teman lelaki ibunya yang berusia 23 tahun.

Terdapat kesan ikatan pada pergelangan kaki dan tangan mangsa manakala kesan luka, termasuk lebam lama dan baru selain kesan seperti dicucuh putung rokok.

1 comment:

Dhilla Zainol said...

tlg contact sy..sy mak kpd nurfatin...lelaki pukul ank sy ini asalnye kenalan ROSZAIDAH MOHD SALLEH...dua org ketagih shabu...ROSZAIDAH ni bwak masuk lelaki ini ke dlm rmh sewa di semenyih..tlg contact sy...sy akn bongkarkn siape mereka berdua ini...di fb Dhilla Zainol...