Saya tertanya-tanya, apakah PAS sanggup tunduk dengan kehendak
“Mursyidul Am Pakatan Rakyat”, Karpal Singh yang mahu PAS menarik balik
keputusan dan mengkaji semula keputusan Majlis Syura parti itu berkenaan
isu penggunaan kalimah “Allah”.
Dalam kenyataan Karpal berkenaan isu tersebut, dia kelihatan marah
dan bengang bila PAS membuat keputusan yang bertentangan dengan “fatwa”
yang dikeluarkan oleh “Majlis Syura Pakatan Rakyat” sebelum ini.
Mungkin kerana risau dengan “hati” PAS yang sering mudah terpedaya
dengan janji-janji kosong DAP dan PKR yang selalu mempergunakan parti
itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria meminta agar PAS tidak
tunduk lagi dengan kehendak Karpal Singh.
Persoalannya, apakah PAS akan mendengar nasihat dan pandangan seorang
ulama muktabar yang selama ini begitu tegas dalam membangkitkan tentang
soal kepentingan Islam dan umatnya di negara ini?
Selama ini PAS memandang rendah kepada beliau. Malah ada di kalangan
para pemimpin PAS Perak yang sanggup menghina Mufti Perak itu dengan
pelbagai gelaran “kesat” dan memperlekehkan kreadibiliti Tan Sri
Harussani.
Mereka marah jika Nik Aziz disindir pedas, kononnya menghina ulama
mereka. Tapi mereka “selamba” saja menghina Mufti Perak itu tanpa rasa
bersalah. Orang lain buat “haram”, tapi kalau mereka yang buat semuanya
“halal-halal” belaka…
Pun begitu, Tan Sri Harussani tidak pernah berdendam atau mengutuk
mereka kembali, apatah lagi membalas cacian mereka terhadapnya. Jauh sekali beliau dari sikap mazmumah itu.
Malah dengan nada zuhud dan merendah diri, beliau meminta agar PAS
tegas dalam pendirian mereka dalam mempertahankan isu penggunaan kalimah
“Allah” yang hanya eksklusif untuk umat Islam di negara ini sahaja.
Begitulah akhlak seorang Mufti, ulama muktabar yang tidak mempunyai
sebarang kepentingan politik selain dari memperjuangkan Islam, Melayu
dan tanahair dari dicabuli pihak yang cuba mencemar kedaulatannya.
Ia sangat berbeza dengan akhlak Mursyidul Am PAS yang bernama Nik
Abdul Aziz. Dia kononnya diibaratkan bagai “nabi” dan “wali”, tapi bila
ditegur sedikit kesilapannya oleh para ulama Islam, Nik Aziz melenting
marah.
Masih saya ingat bagaimana Nik Aziz menyuruh Tan Sri Harussani
menutup mulut dan tidak mencampuri soal politik PAS, seolah-olah jawatan
Mursyidul Am PAS itu kebal dari sebarang dosa, kesilapan atau
kekhilafan.
Namun mujurlah Tan Sri Harussani bijak dan bersabar dengan perangai
Nik Aziz yang kebudak-budakan itu. Tapi kalaulah Anwar disuruh tutup
mulut begitu oleh Nik Aziz, rasanya tak lama kemudian Nik Aziz mungkin
masuk ICU lagi…
Begitulah perbezaan akhlak di antara dua orang ulama. Seorang ulama
Islam dan seorang lagi ulama politik. Seorang tinggi ilmu agama dan
cantik budi pekertinya, seorang lagi rendah tahap ilmu agamanya.
Harapnya, selepas beliau tiada lagi, tidak akan ada seorang lagi yang
bersikap sepertinya. Bukan marahkan Nik Aziz, namun hasil dari
fatwa-fatwa politik karutnya, umat Islam di negara ini berpecah belah
dan bergaduh sesama sendiri, kan?
Sumber: Perak Today

1 comment:
Itulah bezanya antara Ulamak dan Ular dalam semak!!!. Ulamak 'consistent' dengan pendiriannya. Si sekor tu (Ular dalam semak)yang menganut Parti Ajaran Sesat, kejap boleh guna kejap tak boleh guna siap corner baring 360 darjah lagi. Wajahnya menyatakan segala-galanya.
Post a Comment