Iklan Berbayar

Ucapan Aidilfitri Mukhriz Dan Rakyat Kedah...

Tuesday, January 22, 2013

TOLONGLAHHH.!!! PERCAYA LA KAT MAT SABU KALI NI...PLEASE..!!!





Saya betul-betul takut dengan kata-kata Mat Sabu bahawa kehadiran seramai “500,000” orang peserta Himpunan “Shamsidar 1.0” di Stadium Merdeka tempohari kononnya adalah petanda “amaran akhir” dari “rakyat” kepada BN.


Hampir “terkucil” saya dibuatnya. Menggigil seluruh sendi dan anggota tubuh bila mendengar kata-kata Mat Sabu itu. Dahsyat sungguh rupanya. Dari jumlah 100,000 orang, kini peserta himpunan yang tidak mendapat sambutan itu meningkat kepada 500,000..!!!

Anda semua tak takut, kah? Tidak menggeletar dengan “amaran akhir” itu? Rasa macam nak kiamat agaknya…


Paling menarik, Mat Sabu sendiri memberi amaran bahawa kononnya rakyat Malaysia akan turun keluar ke jalanraya dan humban BN. Tak tahulah ke mana dia nak humban BN, tapi saya memang “takut” sangat. Takut kena humban dengan Mat Sabu!

“Kalau berlaku penipuan, rakyat akan keluar ke jalan raya lagi untuk humban mereka,” – Mat Sabu, Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, 16 Januari 2013.

Cuba teliti kata-kata Mat Sabu itu. Ia bukan sekadar amaran, malah ia merupakan kata-kata ugutan terhadap kerajaan BN dan semua rakyat Malaysia yang majoritinya menolak Pakatan Haram secara total.

Mat Sabu mungkin tahu bahawa Pakatan Haram akan kalah lagi pada PRU ke-13 ini dan dia mungkin sedar bahawa BN mungkin akan menang majoriti lebih dari 2/3 nanti. Dan dia sudah ada rancangan untuk mengatasi kemenangan BN itu…

Setiap kali PRU berlangsung di negara ini, mulut pembangkang tidak pernah lekang dari menuduh BN telah menipu dalam proses pilihanraya tersebut.

Walaupun mereka menang di beberapa negeri seperti Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan pada PRU ke-12 yang lalu, puak-puak Pakatan Haram ini tetap menuduh kerajaan BN menipu.

Jadi, kalau mereka kalah 2/3 pada PRU kali ini, sudah tentu mereka akan melipat gandakan tuduhan dan mendakwa berlaku penipuan di dalam proses PRU ke-13. Maka selepas itu, bolehlah mereka beri alasan untuk “tidur” tengah jalan dan buat kacau bilau, kan?

Mat Sabu sudah susun rancangan tersebut. Maklumlah, dia pun teringin nak jadi Menteri juga. Kalau jadi Menteri “Nikah Kahwin” pun jadilah, kan? Sekurang-kurangnya dia berpeluang untuk tambah koleksi “Normah”…

Mat Sabu selalu kata himpunan itu menyuarakan kehendak rakyat. Padahal, kalau 1 juta orang pun yang turun jadi “lembu” Pakatan Haram tempohari, masih ada lagi lebih 26 juta rakyat Malaysia yang tidak turun ke Stadium Merdeka.

Jadi, “lembu-lembu” yang digembala masuk ke stadium tempohari bukanlah suara rakyat kerana sekiranya Mat Sabu nak sangat mewakili suara rakyat maka dia perlu mengumpul sekurang-kurangnya separuh dari jumlah keseluruhan rakyat Malaysia.

Dalam ertikata lain,majoriti yang dimiliki melambangkan ia mewakili suara rakyat. Kalau minoriti yang hadir, maka Mat Sabu tak boleh anggap ia sebagai suara rakyatlah, kan? Atau Mat Sabu ini sememangnya tak tahu erti majoriti, minoriti dan etika mewakili suara rakyat?

Nak berdemo lagi kalau kalah PRU ke-13? Nak angkut 1 juta turun ke jalanraya buat kacau? Kalau lebih dari 5 juta rakyat marah dengan tindakan Mat Sabu dan “lembu-lembu”nya itu menyusahkan mereka bagaimana pula?

Mat Sabu fikir rakyat percaya dengan kehadiran 500,000 orang di Stadium Merdeka tempohari? Malaysiakini kata 100,000, Harakah kata 200,000. Tapi Mat Sabu kata 500,000 pula. Mana satu jumlah yang sebetulnya?

Tak payahlah Mat Sabu buat kenyataan mengenai jumlah kehadiran himpunan itu lagi. Bukan apa, nanti orang tuduh Mat Sabu tak tahu dosa pahal menipu rakyat pula.

Dari angka sebenar 70,000 orang Mat Sabu naikkan kepada 500,000 orang? Mat Sabu terdesak sangat ke tentang jumlah kehadiran himpunan tu? Alang-alang meroyan nak menipu, kepada tak sebut saja 10 juta yang hadir. Sudah tentu rakyat “percaya” punya, kan?

Sumber: Perak Today

No comments: