SUDAH diludah, kini PAS bersahaja menjilat kembali ludahnya apabila
Presidennya, Abdul Hadi Awang beriya-iya mahu “glamour”kan dirinya
dengan satu slot siaran langsung di RTM1, RTM2 dan TV3 untuk menjelaskan
“dosa”nya mengenai amanat “sesat” 1981.
Terkini, Abdul Hadi berkata bahawa dia memerlukan selama satu jam
untuk bersiaran langsung di media-media arus perdana itu bagi
menjelaskan amanatnya yang mengkafirkan umat Islam yang menyokong UMNO.
Hadi mendesak agar Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
Malaysia, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim agar membenarkan “muka tak
seberapa hensem”nya itu untuk dilihat berucap di kaca televisyen untuk
tontonan seluruh negara di waktu puncak.
Persoalannya, bukankah pada muktamar yang lepas PAS begitu bongkak
menganjurkan agar seluruh komrad-komradnya untuk memboikot media-media
arus perdana seperti RTM1, RTM2, TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian dan
beberapa media yang kononnya tidak menyebelahi PAS?
Jadi, apa perlunya kini Hadi “menjilat” kembali “kahak hijau” yang
“diludah” PAS pada muktamar tersebut? Mahu satu slot selama satu jam
khas diberikan padanya di media-media yang diboikot PAS? Tak malu, kah?
Lagipun, saya yakin bahawa PAS kini memiliki “stesen TV”nya sendiri
iaitu “TV PAS”. Apakah TV PAS itu belum cukup berpengaruh untuk
digunakan bagi memperjelaskan amanat sesatnya itu?
Takkanlah pula TV PAS tergamak untuk memboikot Presidennya sendiri?
Panggil saja para pencacai PAS yang suka memutar belit berita itu
membuat liputan khas. Pakailah sampai 24 jam pun tiada siapa yang nak
larang!
Sebetulnya, Hadi tidak pun memerlukan tempoh selama 1 jam untuk
menghuraikan kekusutan yang dia lakukan terhadap umat Islam di seluruh
negara.
Hadi hanya perlu mengaku salah tentang amanatnya itu dan menarik
balik tindakannya pada tahun 1981 dulu yang telah memecah belahkan umat
Islam di negara ini sehingga ada di kalangan kita yang bercerai berai
dan putus silaturrahim sesama saudara sendiri.
Lebih malang lagi, ada anak yang tidak mengaku ibu kandung sendiri
sebagai ibu yang melahirkannya dan ada pula bapa tua yang dihalau keluar
dari rumah oleh anaknya hanya kerana menyokong UMNO.
Itu semua disebabkan oleh keceluparan mulut Hadi! Bukan setahun dua
dosanya itu, malah generasi yang lahir pada tahun dia melampiaskan nafsu
politiknya itu kini sudah berumah tangga dan beranak pinak di seluruh
Malaysia!
Pada saya, untuk meminta maaf, menarik balik amanat sesat itu dan
bertaubat untuk tidak mengulangi tindakan tidak adil itu hanyalah
memerlukan masa dalam lingkungan 5 minit saja dan tidak perlu memakan
masa sehingga satu jam pun.
Apa yang perlu ialah keikhlasan Hadi untuk membersihkan kekeruhan
yang dilakukan puluhan tahun lalu dan bersedia untuk menanggung dosanya
jika permohonan maafnya itu tidak dimaafkan oleh umat Islam di negara
ini.
Persoalannya, ikhlaskah dan sedarkah Hadi tentang keceluparannya
dulu? Atau dia hanya mahu meng“glamour”kan diri di kaca televisyen?
Sumber: Perak Today
1 comment:
jgn salah sangka.... sebenaqnya Hj Hadi nak umum masuk UMNO ...... tu yang dia mintak slot khas TV1 tu .....
Post a Comment