Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, January 30, 2013

TEGURAN IKHLAS.. BN KEDAH PERLU BERHENTI GADUH..!





Agak lama aku tak cakap dan tak tegur para pemimpin BN di Kedah, khususnya UMNO. Maklum la... busy memanjang menyerang Pakatan Haram di Kedah, khususnya Rejim Azizan, Rejim Phahrolrazi, Rejim Mahfuz dan banyak rejim lagi...


Lagipun, aku tengok semakin hari semakin hebat gerakan-gerakan yang diatur UMNO dan BN di seluruh Kedah. Ceramah makin banyak dan banyak jugak la aktiviti-aktiviti membela rakyat yang dilakukan, contohnya di Kupang, Baling, baru-baru ni...

Tapi, aku dengar masih ada lagi pemimpin BN yang dok bergaduh lagi? Paling sakit hati bila dapat tahu para pemimpin BN ni sebenarnya dilaga-lagakan oleh pengikut di sekeliling depa... Tak payah la aku ulas panjang, Tok Bashah lebih maklum pasal semua ni...


Bagaimanapun, tak banyak dah bahagian yang dok bergaduh ni. Banyak yang dah bersatu dan serik melihat Kedah dijahanamkan PAS dalam masa 5 tahun ni... Hanya ada 2-3 kerat lagi yang dok degil nak bergaduh jugak...

Aku tertanya-tanya, depa ni tak reti bahasa ka? PM dah bagi amaran, Pengerusi BN Negeri pun dah bagi amaran, SU BN pun dah cakap dah, takkan depa ni tak faham lagi kot? Tolong laaa...dahulukan perjuangan parti dulu dari kepentingan peribadi...  

Rakyat sebenarnya marah sangat kat PAS Kedah. Depa tak marah kat Azizan Razak sorang saja. Malah ada yang marah kat "warlord-warlord" PAS Kedah yang dok sakan bergaduh sekarang ni...

Itu bukan rahsia. Rakyat Kedah semua tau majoriti PAS Kedah tengah bergaduh sakan. Tu belum lagi diceritakan pergaduhan di PAS Pusat. Jangan terkejut kalau wujud banyak kem dalam PAS! Lagi teruk dari DAP woooo..!

Saranan aku, tolong la ikut nasihat Pengerusi BN Negeri dan PM. Tolong STOP BERGADUH atau mereka bakal berdepan dengan blogger-blogger Kedah yang sayangkan UMNO dan perjuangan parti. Jangan salahkan depa kalau depa "serang" lepas PRU ke-13 nanti...

Harap maafkan saya kalau tersinggung dengan teguran ini. Bukan apa, saya menulis kerana sayangkan UMNO dan perjuangan kita semua, demi masa depan Kedah...harap faham la semangat kami semua...tengkiu! 

BN Kedah Perlu Berhenti Bergaduh

KULIM, 29 Jan (Bernama) — Anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) di
Kedah perlu menghentikan sikap suka bercakaran dan berbalah sesama sendiri, dan
menumpukan usaha meningkatkan kerja menguatkan jentera parti menjelang Pilihan
Raya Umum ke-13 (PRU-13).


Pengerusi BN negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata para anggota parti
komponen khususnya pemimpin bahagian, cawangan dan Pusat Daerah Mengundi (PDM)
tidak mempunyai masa lagi untuk mengadu domba antara mereka tetapi sewajarnya
bekerja keras untuk kemenangan parti.


“Angin perubahan kini bertiup kencang ke arah BN yang kini yakin akan dapat
menawan semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) juga Parlimen yang dimenangi
pembangkang pada PRU-12 sekali gus membentuk semula kerajaan negeri kerana
sebilangan besar kerusi berkenaan asalnya adalah hak BN,” katanya kepada
pemberita selepas menyampaikan bantuan wang untuk aktiviti PDM Padang Serai di
sini malam tadi.


Katanya segala persengketaan dan perselisihan faham yang remeh-temeh
hendaklah dilenyapkan demi menjayakan pilihan raya umum kelak.


Sebanyak 43 PDM dalam kawasan berkenaan menerima bantuan tersebut. Turut
hadir Penyelaras Parlimen Padang Serai Dr Chin Tung Leung, Pengerusi Perhubungan
MIC Negeri Kedah yang juga Penyelaras DUN Lunas S. Ananthan dan pemimpin parti
komponen BN Bahagian Padang Serai.


Lebih 300 anggota parti komponen hadir pada majlis itu. Ahmad Bashah
menyampaikan bantuan RM1,000 kepada setiap PDM untuk kegunaan aktiviti awal
kawasan berkenaan.


Sementara itu, Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno
negeri berkata BN Kedah sehingga kini mengeluarkan sumbangan RM672,000 kepada
672 PDM BN di seluruh negeri berkenaan.


Katanya bantuan sama akan terus diedarkan dari semasa ke semasa bergantung
kepada kemajuan aktiviti yang dijalankan.– BERNAMA

2 comments:

Rakyat Kedah. said...

Biak mampuih p[i lah kalau depa nak bergaduh.
Nak suruh rakyat berubah.depa pun lagi teruk terutama pemimpin umno.
Sapa naik jadi kerajaan pun kamiserupa saja.Tak ada apa beza pun.
Yang kenyang ialah puak yang ada jawatan.Dengar kata berjuta turun.Apa depa buat dgn duit itu.
Yang nampak tukar kereta besak dan rumah besak.

UMNM kelau letak calon haprak dan kaki karut siang siang lagi bungkuih.

Rakyat dan pengundi di Kedah nak lihat sapa dia CALON.

Setakat jawatann tinggi dalam UMNO sorry lah.Semua penting perut depa sahaja...

Kami nak tengok calon dulu.
SRP SPM sudahlah kot.

Carilah yg berjenis dikit.
Kaki bertina ,judi tak amanah nak jadi wakil rakyat.Maaflah.

UMNO/BN/PAS serupa saja.'
Siapa jadi kerajaan rakyat macam biasa saja.Lagi nanyak peruntukan kerajaan bagi.
Kerajaan negeri pun bagi.Kerejaan pusat pun bagi.Lagi untung.

Dulu yg buncit perut puak kroni saja.

Amin.

Anonymous said...

Nak tolong peringat kat Datuk Najib,la ne ramai orang?
dan jabatan nak jadi penasihat.... depa ne orang/jabatan yang sama buat silap dalam pru 2008. Datuk Najib kali ni kena pecaya Ketua Perhubungan dan ajk nya...kerana mereka ini sejak jatuh 2008 hingga la ne yang menanggung beban masalah parti. orang orang atau jabatan jabatan yang ada hanya lihat dari luar...mereka juga ada kepentingan. perbezaan pendapat tidak dapat di elakan selagi menggunakan akal fikiran. Pemimpin pemimpin Umno Kedah mahukan Umno dan Bn menang. Para spekulasi ini lah yang mahu menjahanamkan Umno dan Bn. Mereka ialah orang orang dan jabatan jabatan yang ........

Bila Kak Su Bersuara... Heh!