Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, January 30, 2013

SELANGKAH KE ALAM MISTERI..KEHILANGAN COFFEE BOY POK NIK AJIS PENUH MISTERI..!!!

Inilah "coffee boy" Pok Nik Ajisss yang teraniaya...
Sedang hangat dibicarakan tentang kontroversi isu penggunaan kalimah “Allah” yang diperjuang oleh DAP dan disokong oleh Anwar Ibrahim, tiba-tiba kita digemparkan dengan insiden pemecatan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dari Majlis Syura parti itu.

Peliknya, PAS mendakwa Nasharudin dipecat dari Majlis Syura kerana tidak mengikut garis panduan “berjamaah”. “Berjamaah” bagaimana? “Berjamaah” mengikut ajaran “agama” PAS?

Sebagaimana maklum, Ustaz Nasharuddin sebelum ini begitu vokal menempelak Presiden DAP, Karpal Singh yang disifatkan sebagai bukan sahaja anti hudud tapi anti Islam.


Karpal marah “bangat” dengan kenyataan bekas Timbalan Presiden PAS itu dan mengugut akan bertindak menyaman Ustaz Nasharuddin atas insiden tersebut.

Sama seperti yang berlaku kepada bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali, PAS sedikit pun tidak membela Ustaz Nasharuddin dalam hal tersebut dan ekoran itu beliau dijangka akan dipecat selepas mesyuarat Majlis Syura pada 9 September tahun lalu.

Namun Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menafikan jangkaan itu dan menegaskan bahawa isu Nasharuddin tidak dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut.

Baru-baru ini pada 13 Januari lalu, Majlis Syura sekali lagi bersidang namun mereka langsung tidak menyentuh mengenai Ustaz Nasharuddin, namun memberikan fokus kepada isu penggunaan kalimah “Allah” yang menyaksikan PAS “sengaja” membuat “U-turn” bagi meraih undi umat Islam.

"Coffee Boy" ini akhirnya dipecat dari Majlis Syura...

Paling pelik, sejurus selepas gambar Nasharuddin terpampang di media bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, bersama-sama mengadakan lawatan ke Gaza baru-baru ini, terus Majlis Syura memecat beliau?

Apakah ini merupakan kebetulan atau Majlis Syura sakit hati melihat keintiman Nasharuddin dan Najib yang berpeluang melawat umat Islam di Gaza yang ditindas oleh kezaliman sahabat-sahabat karib Anwar Ibrahim?

Sekiranya Majlis Syura memberi alasan bahawa Ustaz Nasharuddin dipecat dari majlis berkenaan kerana melanggar peraturan “jamaah”, apakah tindakan melawat umat Islam bersama Najib itu dianggap sebagai “dosa” tidak berjamaah?

Apakah “berjamaah” dari kacamata Majlis Syura PAS itu hanya dianggap “berjamaah” sekiranya Najib membawa para anggota majlis itu ke Gaza bersamanya?

Nik Aziz marah sangatkah kerana tidak diajak bersama ke Gaza melihat penderitaan umat Islam di sana berbanding Ustaz Nasharuddin yang mendapat keistimewaan tersebut?

Tolonglah jangan berikan alasan seperti kanak-kanak tadika PASTI yang belum mumayyiz!

Bukanlah saya mahu membantah keputusan Majlis Syura PAS itu, namun kalau benar ikhlas, telus dan berintegriti dalam soal pemecatan Ustaz Nasharuddin, berterus terang sajalah dengan mengatakan bahawa Nik Aziz sudah tak boleh menahan marah padanya.

Beritahu saja rakyat bahawa Nasharuddin dipecat dari Majlis Syura kerana mengherdik Karpal, mendesak PAS keluar dari “Pakatan Thoghuuut” dan lebih suka “berjamaah” dengan saudara seagama berbanding dengan puak “kafir harbi” yang mencabar kepentingan Islam!

Kenapa Majlis Syura mahu berselindung lagi? Nyatakan dengan ikhlas sekiranya benar majlis itu benar-benar telus dengan alasan pemecatan bekas Timbalan Presiden PAS itu. Sekurang-kurangnya, Majlis Syura akan terlepas dari dosa berbohong kepada rakyat!

Tak kisahlah sama ada Majlis Syura pecat Ustaz Nasharuddin atau tidak. Beliau bukan ahli atau mengiystihar diri nak masuk UMNO pun.

Tapi, sebagai sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam, jelaslah PAS sanggup berbuat apa saja termasuk memecat mana-mana ahlinya yang dilihat membela kepentingan Islam dan rapat dengan kepimpinan UMNO, kan?

Demi “sahabat-sahabat” yang gemar mencabar Islam secara konsisten dan pembela kepentingan Rejim Zionis Yahudi Israel, PAS rela mengorbankan golongan ulamanya dan perjuangan Islam untuk mencapai kuasa ke Putrajaya. Syabas PAS..!

Sumber: Perak Today

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!