Baru-baru ini Ustaz Azhar mengeluarkan fatwa terbaru yang mengatakan
bahawa pihak kerajaan sedia ada dan para penyokongnya akan menjadi
penghuni neraka kerana meluluskan lesen judi dan arak di negara ini.
Begitulah lebih kurang bunyinya “ceramah” yang disampaikan oleh
“ustaz selebriti” itu dan fatwa itu begitu megah dicanang oleh puak-puak
PAS dengan menuding jari kepada lebih tiga juta ahli UMNO yang
dikatakan bakal menghuni neraka!
Saya tertanya-tanya, sejak bila neraka Allah itu dipindah milik
menjadi kepunyaan Ustaz Azhar Idrus? Bila dia beli dari malaikat penjaga
neraka, Malik? Berapa harga neraka yang dibayar Azhar Idrus? Atau dia
hanya menghukum sesuka hatinya saja?
Pada saya, tidak semestinya Azhar Idrus berkopiah, popular di Youtube
dan menyokong PAS maka dia diberi hak milik neraka kepadanya.
Neraka itu bukan milik Azhar Idrus dan penghuninya bukannya ditentukan oleh ustaz itu.
Jadi, dia tidak punya hak untuk menuding jari kepada mana-mana pihak sekali pun untuk dimasukkan ke dalam neraka.
Dari hujahnya yang mendakwa kerajaan yang meluluskan lesen arak akan
dimasukkan ke dalam neraka, bagaimana pula dengan kerajaan PAS dan
Pakatan Haram di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor?
Apakah semua Menteri Besar, Ketua Menteri dan para Exco Pakatan Haram
di negeri-negeri itu akan turut dimasukkan ke dalam neraka? Seingat
saya, Menteri Besar Kelantan mendakwa memiliki “tiket ke syurga”..!
Di Kelantan, bukan saja lesen judi, malah lesen arak, pusat hiburan
dan maksiat dikeluarkan tanpa rasa bersalah sedikit pun. Malah Nik Aziz
yang sebelum ini mengharamkan hasil dari sumber tidak bermoral itu telah
berpusing 360 darjah dengan menghalalkan sumber pendapatan tersebut.
Bagaimana Azhar Idrus yang hanya bertaraf seorang “ustaz” mampu
menewaskan seorang “Mursyidul Am” sebuah “agama” yang dianuti puak-puak
PAS?
Di Kedah pula, Kerajaan PAS Kedah tidak menang tangan menerima
permohonan dan telah meluluskan puluhan pusat hiburan, premis menjual
minuman keras dan pusat-pusat maksiat yang seumpamanya.
Azizan Razak pun penghuni neraka, kah?
Tak payahlah sebut di Selangor dan Pulau Pinang. Pulau Pinang
ditadbir oleh “Khalifah” Guan Eng, tapi negeri kecil itu sangat terkenal
dengan pusat-pusat maksiat, hiburan tanpa had dan dipenuhi dengan
pusat-pusat urut bertaraf antarabangsa.
Di Selangor pula kini boleh dikatakan hampir menyerupai Danok di
Thailand. Boleh dikatakan Selangor kini lebih dikenali sebagai “Darul
XXX”. Apakah seluruh kepimpinan Kerajaan Pakatan Haram Selangor akan
masuk neraka juga?
Saya fikir Ustaz Azhar perlu berhati-hati dalam menyampaikan ceramah “politik”nya.
Tidak salah berceramah politik, tapi kalau sampai mempergunakan hukum
hakam dan membuat seolah-olah syurga neraka itu miliknya maka ia adalah
satu tindakan yang sangat tidak wajar, bukan?
Sumber: Perak Today

5 comments:
kalau tak lawak tak laku..tapi bagaimana astro boleh nak terima ustaz macam ni..nak cari income lebih ke..
ASTRO, mementingkan RM dan ranking tanpa moral obligation.. Mana yg boleh buat untung lebih, peduli apa betul ke tidak..
Sokong Sangat astro siarkan kerana ia boleh meningkatkan rating penonton Dan sama popular dengan siaran maharaja lawak.
Apabila disiarkan ia mudah untuk kita menilai sejauh mana ilmu Dan standardnya.
Popular kerana jawapan lawaknya, ketawa berdekah..apakah ketawa sebegitu ajaran Islam..apakah Rasullullah berdakwah penuh dengan sindiran, kutukan Dan ketawa melampau.
So, itu lah setandardnya...
ye ke dia ckp camtu?cuba bg sikit buktinya...nak dgr gak
kalau mintak video bukti nanti dikata cuba jadi batu api seperti yang berlaku pada abu aqif ...
Post a Comment