Semakin hari semakin
teruk pepecahan yang berlaku di dalam PAS disebabkan pertelingkahan di
kalangan para pemimpinnya mengenai isu penggunaan kalimah “Allah” di
dalam Bible versi bahasa Melayu di Semenanjung Malaysia.
Mungkin kerana “tahaluf siyasi ala-ala
agama PAS”, Presiden dan Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
dan Datuk Nik Aziz Nik Mat senada menyokong kehendak yang disuarakan
Setiausaha DAP, “Khalifah Father” Lim Guan Eng, itu.
Maka bertepuk tanganlah beberapa pemimpin
PAS “liberal” seperti Khalid Samad dan konco-konconya yang sememangnya
sering menyalak mahu kalimah “Allah” itu dicemar sewenang-wenangnya.
Bagaimanapun, golongan ulama di dalam PAS
yang merujuk kepada kepentingan Islam tidak mahu mengalah dengan
keputusan pucuk pimpinan tertinggi parti itu.
Ketua Dewan Ulama PAS, Ustaz Harun Taib
beberapa kali mengulangi pendiriannya yang sama sekali menolak
penggunaan kalimah “Allah” itu di dalam Bible versi bahasa Melayu bagi
tujuan edaran di Semenanjung Malaysia.
Beliau menegaskan bahawa kalimah “Allah”
itu adalah hak eksklusif umat Islam di Semenanjung dan ia perlu
dikekalkan sebagaimana yang diamalkan sekarang bagi menjaga kepentingan
agama Islam dan aqidah ummah.
Kenyataan tersebut kemudiannya disambut
pula oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Harun Din Al-Hafiz yang
memiliki ketinggian ilmu agama yang jauh lebih tinggi dari tahap ilmu
Mursyidul Am yang hanya lulusan biasa di Maghribi.
Dalam kenyataannya mengenai isu sensitif
itu, Harun Din jelas tegas dalam pendiriannya yang mengatakan bahawa
penggunaan kalimah “Allah” di dalam Bible versi bahasa Melayu sangat
merugikan Islam sama ada bagi jangka panjang mahupun jangka pendek.
Dalam ertikata lain, Dewan Ulama PAS dan
Timbalan Mursyidul Am itu sebulat suara berijtihad bahawa kalimah
“Allah” wajar dipelihara kesuciannya dari dicemari oleh kehendak
“Khalifah” Guan Eng!
Pertelingkahan di antara dua pihak ini
sebenarnya telah mencetus kekeliruan yang sangat membingungkan di
kalangan para penyokong “agama PAS”.
Mereka tertanya-tanya, fatwa mana satukah
yang perlu mereka ikut? Fatwa Abdul Hadi dan Nik Aziz? Atau pandangan
Dewan Ulama dan Timbalan Mursyidul Am yang jelas lebih tinggi ilmu
mereka berbanding Presiden dan Mursyidul Am?
Kalau mereka taat pada fatwa Abdul Hadi
dan Nik Aziz, maka takut nanti mereka dikatakan menolak pandangan ulama
yang memang lebih tahu dari kedua pucuk pimpinan parti politik itu.
Kalau mereka wala’ pada Dewan Ulama dan
Timbalan Mursyidul Am, maka takut nanti mereka dicap derhaka dan
membantah kedua “tok guru” tersebut!
Jadi, yang mana satu yang harus mereka
pilih? Membenarkan kalimah “Allah” diguna di dalam Bible atau sama
sekali mempertahankan kalimah suci tersebut?
Sehingga kini, saya melihat PAS bukan
terpecah kepada dua kumpulan, malah tiga! Satu kumpulan menyokong Hadi
dan Nik Aziz, manakala satu lagi kumpulan menyokong Dewan Ulama dan
Harun Din.
Kumpulan ketiga pula merupakan kumpulan
terbesar di mana mereka mula meninggalkan PAS dan enggan lagi
terpengaruh dengan perjuangan parti itu yang kini jelas lebih
berkiblatkan politik berbanding Islam.
Kumpulan ini tidak keluar dari PAS, tapi
mereka malu nak mengaku penyokong PAS lagi. Nak sentuh bendera PAS pun
mereka enggan, apatah lagi aktif secara terbuka menyokong PAS. Mereka
malu semalu-malunya…
Itulah yang berlaku di dalam PAS
sekarang. Perkara ini kalau ditanya kepada para pemimpin PAS, sudah
tentu mereka takkan mengaku kebenarannya. Tapi kalau ditanya kepada para
penyokong PAS di akar umbi, khususnya golongan pro-ulama, sudah tentu
mereka akui kebenarannya.
Puaslah hati “syaitan-syaitan” yang
bernama DAP dan PKR apabila melihat PAS berpecah belah. Lebih lemah PAS,
lebih mudah parti itu “diliwat” bersama-sama pada PRU ke-13 nanti.
Tapi, relakah PAS terus “diliwat” berterusan begini sejak Mac 2008?
Terserahlah…
Sumber: Mykmu.net
2 comments:
DAPpigs dan P'Gay'R boleh liwat PAS-pis-pus sepuas-puas hati mereka....ada aku peduli. Bangan-bangan dalam PAS-pis-pus tu terutamanya Ulamak 'Ular-Dalam_semak' Nik Ajis dan Hadi tu semuanya dah lama mengkeldaikan diri mereka kepada DAPpigs dan P'Gay'R. Tak hairan lah sekarang ni mereka rela diliwati pulak oleh teman sekatil mereka itu. LAgi cepat PAS-pis-pus ni hilang dari bumi melayu ni lagi bagus.
Tolak PR dlm PRU13 ni. Satu undi untuk PR adalah satu undi untuk PAS-pis-pus, DAPpigs, P'Gay'R dan
satu undi untuk tuhan 'Allah Trinity' DAPpigs mereka tu. Jangan kita gadaikan masa depan anak-anak
dan cucu kita dengan memangkah parti-parti yang bersekongkol bawah PR dlm PRU13 nanti.....
Spesis Ulamak'Ular Dalam Semak' Nik Ajiz dan Hadi tu memang dah tak layak memimpin satu Parti Islam. Kalau perkara yang asas tu pun dia boleh konfuis. Dia tak tahu ke kupasan Surah Al-Ikhlas??? Cakap sgholah dari Universiti Madinah???? Aku yang sekolah mat saleh ni pun tahu Allah swt itu ialah Allah yang esa bukanya 'Tuhan Allah Triniti' DAPpigs laknatullah tu. KAlau inilah caranya Anwar Al-Jubs Wal-Liwati dan konco-konco nya dalam PAS-pis-pus nak take over, biar kan. Biaq lingkup PAS-pis-pus dari bumi Melayu ni....ada aku kisah.
Tolak PR dlm PRU13 ni. Satu undi untuk PR adalah satu undi untuk PAS-pis-pus, DAPpigs, P'Gay'R dan
satu undi untuk tuhan 'Allah Trinity' DAPpigs mereka tu. Jangan kita gadaikan masa depan anak-anak
dan cucu kita dengan memangkah parti-parti yang bersekongkol bawah PR dlm PRU13 nanti.....
Post a Comment