Saya tertarik dengan
tulisan penulis “upahan” PAS, Sayuti Omar, yang menggesa agar umat Islam
mengorek kembali peristiwa Memali setelah ramai para ulama di negara
ini bersuara mendesak agar amanat “sesat” Hadi ditarik balik.
Dia berpendapat, kalau amanat “sesat” itu
diungkit dan diminta untuk ditarik balik, mengapa sejarah peristiwa
Memali di Baling perlu didiamkan?
Kononnya dengan membangkitkan kembali
peristiwa berdarah itu, isu amanat Hadi itu mampu di “divert” dan
digantikan dengan isu Memali? Tidak semudah itu rasanya…
Nampaknya Sayuti hanya lebih mengusutkan
keadaan apabila menyebut tentang isu Memali yang sekian lama cuba
ditutup oleh puak-puak PAS yang tahu tentang latar belakang dan perkara
sebenar mengenai peristiwa tersebut.
Bagi mereka yang mengenali Allahyarham
Ibrahim Libya, sudah tentu dapat menerima dengan redha tentang apa yang
berlaku ketika peristiwa yang turut menyaksikan seorang anggota polis
maut ditetak parang anak buahnya…
Meskipun menyedari dan mengambil risiko
dituduh zalim, pihak kerajaan mampu mengawal keadaan dan segala onar
yang terjadi telah pun “dibersihkan” secara aman tanpa menimbulkan
sebarang pertikaian di kalangan mereka yang terbabit.
Namun apa yang saya pasti, ramai di
kalangan keluarga dan sanak saudara pengikut Ibrahim Libya yang terbabit
dengan peristiwa itu tidak puas hati dengan satu pihak yang
konon-kononnya membela mereka.
Mengapa mereka tidak puas hati? Sila
pergi ke Baling dan carilah seorang lelaki pemegang amanah tabung Memali
yang cuba “dibisukan” oleh puak-puak PAS, khususnya Mat Sabu yang jelas
menyimpan rahsia di sebalik tabung kontroversi itu.
Lelaki itu dikenali sebagai Zainon, atau
Cikgu Non, atau CN Al-Afghani dan dia adalah pengarang buku “Airmata
Memali” dan saya yakin mereka yang pernah membaca bukunya itu sangat
jelas tentang penyelewengan yang didalangi pak-pak lebai PAS itu.
Cikgu Non pernah diugut puak-puak PAS
dengan pelbagai ancaman. Kalau setakat diancam belasah sampai lembik,
itu sudah biasa. Hatta tergamak puak-puak PAS mengancam untuk
membunuhnya dan Cikgu Non terpaksa membuat laporan polis mengenai
ancaman tersebut.
Menariknya, Cikgu Non begitu berani untuk
menjual CD dan buku itu diperkarangan ceramah PAS satu ketika dulu
sebelum dihalau, dihalang dan diancam dengan kasar oleh “PAS for All
Jews”!
Jelaslah disitu bahawa episod Memali itu
cuba disembunyikan oleh PAS dan kini Sayuti mahu memeningkan kepala PAS
dengan mengorek kembali “pekung busuk” yang akan “mengkantoikan” PAS?
Cukuplah kali ini Hadi dilihat begitu
“pucat lesi” bila ramai pihak termasuk para Mufti yang menggesa agar dia
menarik balik amanatnya itu. Hadi sudah cukup pening memikirkan cara
untuk dia berdolak-dalih atas keceluparan mulutnya dulu.
Dia tahu dia silap. Dan jika dia menarik
balik amanat tersebut dan memohon maaf atas fatwa serta keceluparan
mulutnya itu maka ia akan menjatuhkan ego air muka serban sebakulnya.
Mana mungkin Presiden PAS silap buat fatwa, bukan?
Dia sedar dia tersalah langkah. Namun
untuk mengaku salah dan menarik balik segala dosanya itu, sudah tentu
dia dan PAS akan jatuh maruah serta dipandang sebagai sebuah parti
“ajaran sesat” yang berselindung di sebalik politik!
Persoalannya, mampukah Hadi menelan
segala dosa yang tercetus akibat amanatnya itu dan saya kira sudah ramai
di kalangan rakyat negara ini lihat betapa ramainya umat Islam yang
keliru dek kerana amanatnya itu.
Sampai bila Hadi mahu mempertahankan
egonya? Sampai kiamat? Kalau begitu, tanggunglah dosa sampai hari Kiamat
dan nanti sila berjumpa dengan umat Islam yang pernah dizalimi amanat
tersebut di depan Allah kelak…
Sumber: Mykmu.net
1 comment:
Kesian Cikgu Non ... PAS yg diharapkan tapi hampas.
Dengar cerita ... dia pergi jumpa lawyer untuk cari jalan terbaik untuk membela waris-waris Mamali tu ... lawyer tu org PAS ke ?
Post a Comment