Iklan Berbayar

Portal Berita Kedah

Bila Kak Su Bersuara... Heh!

Sunday, January 27, 2013

PEDASSS..!!! KETUA KUMPULAN ANTI-LYNAS DISURUH JADI GURU TIUSYEN JER...KAH! KAHH! KAHHH..!!! #SMSL

tbt

Agak payah untuk diterima akal bila kumpulan “Save Malaysia Stop Lynas” (SMSL) mendakwa kilang Lynas di Gebeng, Kuantan sangat merbahaya dan mampu mengancam kehidupan rakyat di sekitar kawasan tersebut.

Sudah berbuih-buih pelbagai pihak menerangkan kepada kumpulan “katak hijau muda” itu, namun mereka tetap degil enggan menerima kenyataan dan hakikat, termasuklah Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, yang semakin hari semakin “bebal”.

Sepatutnya, isu kilang Lynas sudah tidak timbul sama sekali memandangkan ia sudah pun disahkan selamat secara keseluruhannya oleh agensi Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).


Untuk pengetahuan kumpulan yang diketuai oleh seorang “bekas cikgu sekolah” itu, AELB dan IAEA dibarisi oleh pakar-pakar tenaga atom, nuklear, nano dan seangkatan dengannya. Kalau nak dibandingkan dengan kumpulan SMSL, sudah tentu bagaikan “langit dengan bumi”!

Kreadibiliti yang dimiliki oleh AELB dan IAEA tentang bidang radiasi sememangnya diiktiraf antarabangsa. Sebut saja nama AELB, ia diiktiraf IAEA. Sebut saja nama IAEA, ia diiktiraf pula di seluruh dunia.

Siapa pula yang iktiraf SMSL? Parti politik pembangkang? SMSL ada pakar radiasi tak? Cuba sebut satu nama pemimpin pembangkang yang pakar sangat tentang atom, boleh? Ada tak? Kalau tak ada, lebih baik SMSL diam dan balik tidur!

Lagipun, SMSL perlu tahu membezakan di antara kilang kimia dengan kilang radioaktif. Untuk pengetahuan kumpulan SMSL yang “bijak sangat” itu, kilang Lynas tersebut merupakan sebuah kilang kimia. Saya ulang, KILANG KIMIA dan BUKAN kilang radioaktif. Faham?

Jadi, jelaslah propaganda yang dimainkan oleh kumpulan yang dipercayai “diupah” parti pembangkang itu tidak berpaksikan kepada bukti-bukti kajian secara saintifik dan berpandukan kepada persepsi bagi menakut-nakutkan rakyat sahaja.

Dulu ketika kilang itu masih dalam cadangan, Fuziah Salleh canang keliling negara mendakwa sebuah kilang “loji nuklear” akan dibina di Pahang. Padahal, Fuziah sendiri salah fakta dan berbohong mengenainya.

Mungkin mereka sudah terlalu terdesak kerana tersilap terjah, maka mereka terpaksa teruskan bantahan. Nak tarik balik dakwaan sudah tentu mereka malu. Mahu atau tidak, terpaksalah “jual temberang” sambil makan angin di Australia…

Apakah kumpulan SMSL itu tidak punya akal untuk berfikir bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah “anak Pahang” dan pernah menjawat jawatan Menteri Besar Pahang suatu ketika dulu?

Dan apakah dengan pertalian yang rapat di mana Pahang merupakan kampung halamannya maka Perdana Menteri tergamak menganiaya rakyat negeri Tok Gajah itu dengan sebuah kilang yang mampu membunuh?

Agak-agaklah sedikit bila mahu menuduh tentang sesuatu perkara. Kalau terdesak sangat dipaksa parti pembangkang untuk menyerang BN sekalipun, buatlah secara waras, rasional, logik, matang dan boleh diterima akal.

Sebenarnya, rakyat Kuantan sedikit pun tidak hiraukan kempen-kempen “tong kosong” SMSL ini. Mereka tahu tentang niat SMSL dan sudah lama menyampah dengan gerakan yang diketuai oleh Fuziah Salleh itu.

Orang Kuantan sebenarnya tak kisah pun tentang kilang Lynas itu. Malah dengan wujudnya kilang itu, dijangka kawasan di sekitar Gebeng akan pesat membangun di mana beberapa syarikat dari China telah bersetuju untuk melabur di Kawasan Perindustrian Malaysia-China di situ.

SMSL fikir syarikat-syarikat dari China itu bodoh untuk membuka kilang di sebelah kilang Lynas jika ia boleh membunuh manusia? Pelabur-pelabur dari China itu sudah tentu bijak keran pandai mengambil peluang berniaga berbanding SMSL yang tak ada kerja lain selain “jual temberang”.

Saya menyarankan agar Presiden SMSL, Tan Bun Teet, yang merupakan bekas guru itu supaya balik ke rumah dan buatlah kerja yang berfaedah. Apa sangatlah bekas cikgu itu tahu tentang radioaktif dan tenaga atom?

Kalau dia balik mengajar tiusyen matematik pun bagus, sekurang-kurangnya dapat juga duit lebih berbanding membantah tentang sesuatu yang dia sendiri tidak faham, kan?

Sumber: Mykmu.net

No comments: