Saya yakin bahawa
majoriti masyarakat Malaysia baru membuka mata mengenai DAP yang
kononnya berimej “bersih”, “telus”, “berintegriti” dan paling kurang
kontroversi berbanding rakan sekutu mereka, PKR dan PAS.
Malah ada di kalangan rakyat yang baru
celik dan terkejut dengan isu pemilihan Jawatankuasa Kerja DAP
Kebangsaan (CEC) yang menyaksikan kejijikan di dalam parti itu tidak
dapat disembunyikan lagi.
Kali ini, ahli-ahli DAP sendiri yang
begitu setia menyokong parti itu selama berpuluh-puluh tahun, bingkas
bangun dari terus dibuli dan ditipu oleh “Dinasti Lim” dan kroni-kroni
terpilih mereka sejak kontroversi pemilihan CEC baru-baru ini.
Di kaca televisyen, kita boleh
menyaksikan bagaimana sebahagian besar ahli-ahli parti itu yang berang,
marah, kecewa dan bengang dengan sikap “monopoli”, “pilih kasih” dan
“pemilihan terancang” di dalam pemilihan DAP.
Sehingga kini, lidah rasmi online milik
DAP, Roketkini, masih lagi belum menyiarkan sebarang berita mengenai
ketidakpuasan hati ahli-ahli akar umbi parti itu yang bangun mendesak
agar pemilihan CEC DAP diadakan semula.
Mungkin Roketkini sendiri mengamalkan
sikap “pilih kasih” dan hanya akan menyiarkan tentang berita yang
“baik-baik saja” mengenai DAP dan laporan-laporan “menghentam” kerajaan
BN di portal mereka itu.
Saya melihat, rata-rata ahli DAP yang
marah-marah dan berdemontrasi memprotes proses pengundian CEC tempohari
adalah terdiri dari kalangan masyarakat India, khususnya di Pulau
Pinang.
Dijangka protes berkenaan adalah
disebabkan keputusan pemilihan CEC parti itu yang dilihat telah dikuasai
secara “terancang” oleh “taiko-taiko” kaum Cina yang diketuai oleh
“Dinasti Lim”.
Dikhabarkan bahawa protes berkenaan juga
ada berhubung kait dengan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P.
Ramasamy, yang dikatakan bakal digugurkan sebagai calon parti itu pada
PRU ke-13 yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Mereka risau dengan keadaan kaum India
yang dilihat semakin terpinggir di dalam DAP apabila “Dinasti” eksklusif
itu dikatakan lebih berminat untuk mencalonkan calon berbangsa Melayu
bagi mewakili parti itu nanti.
Apatah lagi dengan perselisihan P.
Ramasamy dengan Karpal Singh sebelum ini dikatakan akan menjadi alasan
kukuh untuk tidak mencalonkan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu
sebagai calon.
Seperkara yang DAP perlu belajar dari
kontroversi ini, parti itu perlu tahu bahawa mereka tidak boleh
menyembunyikan “bau bangkai” di dalam parti dan menipu golongan akar
umbi mereka sebagaimana sebelum ini.
Di zaman ini, akar umbi tahu membezakan tentang kesilapan yang munasabah dan yang tidak munasabah.
Kalau kesilapan pengiraan undi itu
membabitkan sebanyak 2 hingga 3 undi sahaja, mungkin benar ia satu
kesilapan. Tapi kalau silap kira sehingga membabitkan ratusan undi,
nampak sangat pembohongnya, kan?
Persoalannya, apakah DAP berani menyahut
desakan akar umbinya itu? Setahu saya, “taiko-taiko” Cina DAP itu
sememangnya jenis yang “arrogant” dan takkan layan kerenah mereka-mereka
yang tidak punya kedudukan seperti mereka.
Lagipun, kroni-kroni “Dinasti Lim” menang
besar dalam “pemilihan terancang” itu. Mereka penat-penat rancang undi,
takkanlah mereka mahu batalkan pula keputusan tersebut, kan? Sia-sialah
mereka bayar sana sini untuk kekalkan diri dan kroni dalam CEC, kan?
Jadi, tak payahlah golongan akar umbi
berbunyi banyak sangat. Kalau buat demonstrasi 1,000 kali pun, akar-akar
umbi DAP fikir “Dinasti” itu akan peduli dengan suara mereka? Jangan
haraplah…
Sumber: Mykmu.net
No comments:
Post a Comment