SAYA agak musykil dengan fahaman Islam yang dipegang oleh PAS di
bawah Abdul Hadi Awang apabila parti itu mengambil keputusan untuk
membenarkan penggunaan kalimah “Allah” di dalam Bible berbahasa Melayu
di Semenanjung Malaysia.
Sebagaimana maklum, menggunakan kalimah “Allah” di dalam Bible
berbahasa Melayu hanya dibenarkan oleh Kerajaan BN untuk digunapakai di
negeri Sabah dan Sarawak sahaja memandangkan kedua negeri itu mempunyai
penganut Kristian yang agak ramai berbanding di Semenanjung.
Pun begitu, “Khalifah” Guan Eng cuba mencabar dasar Kerajaan BN itu
apabila menggesa agar hak penggunaan kalimah “Allah” yang dilaksanakan
di Sabah dan Sarawak itu turut dilaksanakan di Semenanjung Malaysia
sedangkan umat Islam lebih ramai di sini.
Selain itu, ketetapan di dalam perlembagaan negara memberikan hak
eksklusif dan keistimewaan terhadap kepentingan Islam yang tidak boleh
dicabar telah menetapkan bahawa kalimah “Allah” tidak dibenarkan
digunakan di dalam Bible di Semenanjung.
Apa yang saya hairankan ialah pendirian PAS yang bersetuju dengan
gesaan Guan Eng itu dan merelakan kalimah “Allah” tercemar hak
eksklusifnya.
Lebih memeranjatkan saya, Ketua Dewan Ulama PAS, Ustaz Harun Taib,
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Harun Din Al-Hafiz dan seluruh
golongan ulama di dalam parti itu menentang penggunaan kalimah “Allah”
di dalam Bible bahasa Melayu di Semenanjung sebagaimana yang dikehendaki
oleh Guan Eng.
Jadi, mengapa tiba-tiba saja PAS dan Abdul Hadi berpihak kepada Guan
Eng dengan tidak mempedulikan fatwa dari Dewan Ulama serta Timbalan
Mursyidul Am PAS itu?
Apakah suara golongan ulama di dalam PAS dan Timbalan Mursyidul Am
PAS itu tidak laku lagi setelah parti itu bersahabat dengan “syaitan”
yang bernama DAP dan PKR?
Apakah kerana demi “tahaluf siyasi” dengan DAP maka PAS sanggup mengenepikan soal Islam dan kepentingannya?
Misalnya, Timbalan Presiden PAS yang begitu sinonim dengan fahaman Syi’ah, Mat Sabu, menegaskan berkali-kali bahawa…
“PAS kekal dengan pendirian yang dikeluarkan oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membenarkan penggunaan kalimah “Allah” oleh bukan Islam sebagai rujukan kepada tuhan” – Mat Sabu.
Sedangkan Ustaz Harun Taib dan Datuk Dr. Harun Din pula senada menegaskan bahawa…
“Kristian tidak berhak mengguna pakai kalimah Allah di dalam Bible versi Bahasa Melayu di Malaysia untuk merujuk kepada Tuhan kepercayaan mereka” – Ustaz Harun Taib dan Ustaz Harun Din
Begitu bongkak sekali PAS sejak “tidur sekatil” dengan DAP dan PKR.
Suara dan fatwa golongan ulama di dalam parti itu langsung tidak lagi
dihiraukan apatah lagi untuk dibawa ke dalam majlis syura untuk di
ijtihad sesama mereka.
Pun begitu saya yakin bahawa sekiranya dibawa ke dalam majlis syura
pun, Presiden dan Mursyidul Am PAS pasti menggunakan kuasa veto mereka
untuk bersetuju dengan DAP atas dasar “tahaluf siyasi” mereka yang
merugikan Islam dan kepentingannya.
PAS benar-benar berjaya “diubah” oleh DAP untuk menjadi parti
sosialis liberal yang jauh lebih sekular berbanding Turki yang
disekularkan oleh rakan Anwar, Erdogan. Masih lagikah rakyat mahu terus
menyokong mereka?
Pada saya, mungkin PAS boleh menipu para penyokongnya yang tolol
mengikut telunjuk mereka. Namun sangat mustahil bagi mereka untuk menipu
rakyat Malaysia, khususnya umat Islam, yang begitu jelas melihat PAS
terpesong dari landasan Islam sebenar, kan?
Sumber: Mykmu.net

No comments:
Post a Comment