Sudah lama saya tidak
mendengar khabar berita mengenai Setiausaha Politik Menteri Besar,
Faekah Husin. Dulu ketika baru dilantik, dia bagaikan “singa betina”
garang tak kena tempat. Tapi selepas dia dikatakan telah “dibalun” oleh
“team” Anwar dan Azmin, dia seolah-olah hilang taringnya.
Namun baru-baru ini dia kembali bersuara.
Dia bercakap mengenai masalah air di Selangor di mana dengan bangganya
Faekah memberi tahu tentang TUJUH buah lori yang disediakan “boss”nya
untuk mengatasi masalah bekalan air di Kuala Lumpur dan seluruh
Selangor.
Dia turut mengutuk SYABAS yang kononnya
gagal bertindak cekap ekoran kegagalan rumah pam air. Kononnya lagi
syarikat konsesi itu tidak menjalankan pemeriksaan berkala di
rumah-rumah pam tersebut sehingga menyebabkannya sering rosak teruk.
Faekah juga menyokong serangan “boss”nya,
Khalid “Gagap”yang menuduh Kerajaan Pusat sengaja melambat-lambatkan
proses penstrukturan semula industri air sedangkan kita semua tahu
betapa komitednya Kerajaan Pusat terhadap cadangan Khalid itu.
Bila direnung kembali kenyataan “anak
dara tua” ini meroyan, saya tertanya-tanya, cukupkah TUJUH buah lori
tangki air dari PBT itu untuk mengatasi masalah bekalan air di seluruh
kawasan yang terlibat di Kuala Lumpur dan Selangor.
Misalnya di kawasan Gombak saja, ia
melibatkan sebanyak 54 kawasan yang mengalami gangguan bekalan air tidak
berkala. Mampukah TUJUH buah lori Faekah itu “cover” semua tempat?
Atau Faekah suruh TUJUH buah lori itu
duduk di Pejabat PKR di setiap “Cabang” saja? Sambil memberi air, sambil
berkempen suruh undi Pakatan Haram, begitu?
Tolonglah realistik sedikit bila rakyat
di dalam kesusahan. Mana boleh cukup TUJUH buah lori tangki saja. Kalau
700 buah lori, mungkin ada juga logiknya, bukan? Agak-agaklah sedikit
bila nak menipu tu…
Saya juga dapat tahu bahawa Kerajaan
Pakatan Haram Selangor seboleh-bolehnya akan meletakkan kesalahan
terhadap SYABAS ekoran gangguan bekalan air itu. Mungkin Khalid sengaja
“balas dendam” kepada pemilik syarikat itu kerana enggan jual syarikat
padanya dengan harga murah!
Khabarnya ramai juga yang terpengaruh dan
marahkan SYABAS. Tapi, tahukah kita bahawa SYABAS sudah memberitahu
Khalid sejak 2011 lagi bahawa rumah-rumah pam itu perlu ditukar segera
kerana ia sudah boleh dikategorikan sebagai “barang purba” dan
beroperasi melebihi had.
Barang “purba”,kalau digunakan tanpa
henti, melebihi had dan “dilanyak” 24 jam selama bertahun-tahun, sudah
tentulah akan jadi “arwah”juga bila tiba saatnya. Dan kini saatnya sudah
tiba, dan Khalid mahu menyalahkan SYABAS juga?
Bila SYABAS mohon kelulusan CAPEX, Khalid
tak mahu luluskan. Kononnya nak buat penstrukturan semula air dulu.
Padahal, kalau buat penstrukturan semula pun, rakyat Selangor tetap
alami gangguan bekalan air juga kerana pam rosak tidak diganti!
Sudah-sudahlah nak salahkan Kerajaan
Pusat tentang kegagalan penstrukturan semula air itu. Timbalan Perdana
Menteri yang turun padanglah! Bukan calang-calang orang yang beri
komitmen untuk menjayakan penstrukuturan semula industri air di
Selangor!
Tan Sri Muhyiddin Yasin siang-siang lagi
sudah membenarkan Kerajaan Pakatan Haram Selangor untuk membeli SYABAS
dan syarikat-syarikat konsesi air yang lain. Cuma Khalid saja yang GAGAL
berunding untuk membeli syarikat-syarikat tersebut…
Iyalah. Dia nak beli syarikat yang harga
RM10 dengan harga RM2, siapa yang nak jual, kan? Saya yakin kalau orang
nak beli syarikat milik Khalid dengan harga yang rendah, nescaya sampai
masuk kubur pun dia takkan jual punya! Masa nak beli aset Talam, boleh
lah pulak Khalid naikkan harga!!
Nampaknya Faekah cuba bangkit semula dari
zaman kejatuhannya. Maklumlah, PRU ke-13 sudah dekat. Mungkin dia mahu
tunjukkan“taring”nya semula supaya terpilih menjadi calon PKR pada PRU
ke-13 nanti…
Saya rasa, Faekah tak perlu susah-susah
memalukan diri sendiri atau menipu rakyat dengan dakyah bodoh sebegitu.
Kahwin saja dengan Khalid atau Anwar, insyaAllah, sudah ada kerusi untuk
Faekah. Kalau bukan kerusi DUN atau Parlimen pun, sekurang-kurangnya
Faekah dapat kerusi pelamin, kan?!
Sumber: Mykmu.net
No comments:
Post a Comment