Mungkin para penyokong PAS sebelum ini menarik nafas lega apabila
Majlis Syura parti itu memutuskan bahawa penggunaan kalimah “Allah”
adalah hak eksklusif umat Islam di Malaysia dan tidak boleh digunakan di
dalam Bible versi bahasa Melayu.
Namun keadaan bertukar menjadi semakin “ribut” apabila Ketua
Pembangkang, Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Pakatan Haram tetap dengan
keputusan sebelum ini iaitu membolehkan penggunaan kalimah “Allah” di
dalam Bible versi Melayu edaran Semenanjung.
Dengan penegasan itu, maka jelaslah bahawa Pakatan Haram yang
dianggotai oleh PKR, DAP dan PAS telah menetapkan pendirian mereka
berhubung isu tersebut. Itu fakta.
Jadi, apa sudah jadi dengan keputusan Majlis Syura PAS itu? Nampaknya
keputusan tersebut hanyalah “wayang kulit” untuk mengelirukan rakyat,
khususnya para penyokong PAS dari golongan pro-ulama.
Dengan keputusan Anwar itu juga maka mahu atau tidak, PAS harus akur
dan taat kepada arahan dan ketetapan yang dinyatakan ketua mereka itu.
Dalam ertikata lain, “apa Anwar peduli dengan keputusan Majlis Syura
PAS, ada dia kesah?”.
Nampaknya Anwar menyebelahi DAP dalam isu ini dan mengenepikan fatwa Majlis Syura.
Saya tertanya-tanya, ke mana perginya Ketua Dewan Pemuda PAS,
Nasrudin Hasan Tantawi yang kononnya sebelum ini “rela mati”
mempertahankan keputusan Majlis Syura tersebut? Bersembunyi di sebalik
serban sebakul, kah?
Mana pula perginya puak-puak PAS yang kononnya “pembela” kalimah
“Allah” dan tidak rela kalimah suci itu dicemar oleh golongan kafir DAP
yang dikatakan biadap sebelum ini?
Siapa di kalangan para pemimpin PAS yang berani membantah kata-kata
Anwar itu? Kalau berani, tampillah! Kalau mahu senasib dengan Hasan Ali,
sila tampil ke depan dan protes keputusan Anwar itu secara terbuka.
Saya yakin para pemimpin dan penyokong PAS semuanya tidak punya
“telur”. Semuanya bacul-bacul belaka dan tidak berani berhadapan dengan
Pak Syiekh Anwar Ibrahim yang dikatakan penyumbang dana terbesar kepada
PAS para PRU yang lalu.
Lagipun, PAS kini lebih mementingkan kuasa politik dari berjuang mempertahankan Islam dan kepentingan umatnya.
Cuba lihat apa yang berlaku pada Datuk Dr. Hasan Ali yang
mempertahankan aqidah umat Islam di Selangor. Hasil dari mempertahankan
aqidah ummah, dia dipecat oleh Azmin dan Anwar yang merupakan “orang
luar” parti itu!
Nampaknya para penyokong PAS tertipu lagi. Keputusan Majlis Syura PAS
telah dimansuhkan oleh “Pak Syiekh Mursyidul Am Pakatan Haram, Anwar
Ibrahim.
Dan kali ini sekali lagi PAS dimalukan di hadapan rakyat oleh DAP dan
PKR dalam isu penggunaan kalimah “Allah”. Mana PAS nak letak muka
mereka selepas ini setelah “ditunggang” sejak lima tahun yang lalu.
PAS sedikit pun tidak dipandang oleh DAP dan PKR meskipun parti itu
menggunakan sebuah majlis tertinggi di dalam PAS. Majlis Syura hanya
layak “dibakul sampahkan” saja di mata DAP dan PKR.
Pada saya, hanya orang yang tidak bermaruah dan harga diri saja yang
akan terhegeh-hegeh sambil menyeringai tersengih-sengih macam kerang
busuk bila dihina begitu rupa. Dan PAS akan terus dihina begitu selagi
mereka bersekutu dengan “kafir harbi” dan “agen Yahudi”!
Sumber: Perak Today

2 comments:
saya berpendapat pemimpin PAS tidak berkeyakinan diri. mereka tidak yakin kiranya berjuang bersendirian atas dasar Islam yang sebenar mereka akan menang. PAS sekarang dilihat saperti mengakui parti mereka lemah. justeru berharap akan kawan yang mereka sangka lebih kuat. dengan yang demikian mereka tidak kesah apa pun yang kawan buat keatas mereka asalkan mereka diiktiraf kawan.
Apa orang Kristian tak ada nama khas Tuhan ke? Koman betul. Bukan ke ada yang disebut Yaden (lebih kurang macam tu la). Guna la nama tu. Dari awal sampai sekarang kerja nak ciplak je.
Anwar kena tau perkara itu. Kata belajar tinggi.
Post a Comment