Khabarnya, mereka mahu mengadakan demonstrasi bagi menghalang wanita
itu untuk menjadi saksi kes perbicaraan tersebut dan mahkamah dikatakan
tidak patut untuk memanggilnya ke kandang saksi.
Ura-ura mengatakan bahawa huru-hara tersebut akan berlangsung pada 12
Januari depan, beberapa hari sebelum kes perbicaraan kes itu dijalankan
di mahkamah.
Persoalannya, siapa Shamsidar Taharin untuk diberi keistimewaan bagi menolak diri sebagai saksi kes tersebut?
Apakah semata-mata kerana dia merupakan isteri kepada Azmin Ali, maka
dia patut diberikan keistimewaan untuk tidak menjadi saksi kepada
proses keadilan yang sedang berlangsung di mahkamah?
Sebagai seorang yang disaman, saya yakin bahawa Nallakaruppan punya
hak untuk memanggil sesiapa saja untuk hadir sebagai saksi bagi
membuktikan bahawa dia berkata benar dan bukannya fitnah.
Tapi, mengapa puak-puak pembangkang takut sangat Shamsidar dipanggil ke mahkamah? Takut tembelang pecah lagi?
Setahu saya, kira-kira 10 orang telah disenaraikan sebagai saksi oleh
Nallakaruppan bagi membuktikan kebenaran kata-katanya itu dan
diantaranya ialah Shamsidar Tahrin, Norlaila Abdul Majid, Soma Rodrigo @
Anne dan Mior Abdul Razak.
Selain itu, nama-nama seperti Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, Dr
Munawar Ahmad Anees, Azizan Abu Bakar, Ismail Mat Rabi @ Ismail Harun,
Hairany Mat Nafees dan Rashid turut dipanggil ke mahkamah sebagai saksi
Nallakaruppan.
Takur benar para “penjilat” Anwar bila mendengar nama-nama ini
dipanggil sebagai saksi kes. Entah apa yang cuba mereka sembunyikan
agaknya?
Datang sajalah dan jawab sajalah. Apa yang nak ditakutkan? Jawab
soalan pun takut? Orang kata, “berani kerana benar, takut kerana salah”,
kan?
Saya yakin bahawa mahkamah tidak memerlukan semua lelaki dan wanita
yang terbabit untuk mengaku pernah mengadakan hubungan seks dengan Anwar
Ibrahim.
Memadai bagi seorang lelaki dan seorang perempuan untuk mengaku serta
membuktikan pernah mengadakan hubungan terlarang itu dengan Ketua
Pembangkang itu.
Dan jika mahkamah berpuas hati, saya yakin bahawa hakim mahkamah
cukup adil untuk membuat keputusan sama ada Anwar itu merupakan seorang
homoseksual atau tidak, bukan?
Lagipun, keputusan mahkamah pada tahun 1998 dulu pernah mengesahkan
bahawa Anwar mengadakan hubungan seksual sebagaimana yang didakwa, namun
disebabkan hal teknikal, dakwaan tersebut terpaksa digugurkan.
Tak perlulah sembunyikan kebenaran lagi. Kalau benar-benar yakin,
pergi saja ke mahkamah dan buktikan Nallakaruppan itu pemfitnah dan saya
percaya dia mampu membayar saman Anwar itu.
Tapi, kalau tak pergi dan berdolak-dalih, nanti rakyat kata apa pula,
kan? Kalau tak pergi, jangan salahkan rakyat kalau mereka kata memang
benar Shamsidar punya “hubungan istimewa” dengan Anwar. Jangan menyesal
pula nanti ya…
Sumber: Perak Today

3 comments:
ini merupakan saman civil antara dua manusia yg akan mereput dik masa, mereka pernah bergelumang dalam satu lubang yg sama..mereka sdg bertarung untuk mensucikan diri Dan mempertahankan kesucian.
Penting sangatkah mereka samada nampak suci atau terus kotor.
Mahkamah akan sekadar jadi ***** bagi mereka dng barisan peguam yg membelit kata2..cukup jijik mereka mengadun undang2.
Yang paling bodoh Dan bangang ialah penyokong masing2 yg turut terlibat Dan campurtangan. Ini isu peribadi.
ini merupakan saman civil antara dua manusia yg akan mereput dik masa, mereka pernah bergelumang dalam satu lubang yg sama..mereka sdg bertarung untuk mensucikan diri Dan mempertahankan kesucian.
Penting sangatkah mereka samada nampak suci atau terus kotor.
Mahkamah akan sekadar jadi ***** bagi mereka dng barisan peguam yg membelit kata2..cukup jijik mereka mengadun undang2.
Yang paling bodoh Dan bangang ialah penyokong masing2 yg turut terlibat Dan campurtangan. Ini isu peribadi.
Annuar sebenarnya takut pada Wan Jijah yang akan mengamuk sakan dalam mahkamah kerana kegiatan lama Annuar akan terbongkar nanti. Hahaha....
Post a Comment