Adalah sangat memalukan
apabila sebuah parti yang begitu galak menyalak di jalanraya mempersoal
dan menghina orang lain, tapi parti politik itu sendiri yang sebenarnya
langsung tidak boleh diharap kreadibilitinya.
Itulah yang terjadi pada persidangan
Kongres Kebangsaan DAP yang lalu apabila sistem pengundian bagi
pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP Kebangsaan didapati
tidak telus dan berlaku kesilapan teknikal.
Akibat dari kesilapan kiraan undi pada
pemilihan tersebut, beberapa perubahan besar akan dapat dilihat di
kalangan 20 orang barisan kepimpinan DAP yang baru dipilih sebelum ini
dan mungkin ada di antara mereka yang tidak akan tersenarai.
Bagaimanapun, anak Cina yang diMelayukan
DAP, Zairil Khir Johari yang sebelum ini mendapat 305 undi dari
dikatakan bakal tersenarai di tempat terakhir di kalangan pemimpin DAP
yang terpilih untuk menganggotai CEC.
Fakta menunjukkan bahawa pemilihan DAP
itu hanya melibatkan 2,000 pengundi dari semua bahagian parti itu yang
datang berkampung di Pulau Pinang. Saya ulangi, hanya sekitar 2,000
orang perwakilan saja yang perlu diuruskan.
Namun persoalannya, dengan hanya 2,000
orang pengundi, mengapa masih ada “kesilapan teknikal” di dalam sistem
undian para perwakilan DAP itu? Apakah DAP tidak tahu menguruskan sistem
undian dalaman parti?
Apakah undian DAP selama ini telus, mulus
dan berintergriti sehingga tidak wajar dipersoalkan? Apakah kemenangan
CEC parti itu sepanjang tempoh diwujudkan DAP itu juga jujur? Atau ada
juga berlaku “kesilapan teknikal”?
Untuk pengetahuan DAP, Suruhanjaya
Pilihanraya (SPR) di negara ini ditugaskan untuk mengendalikan data dan
maklumat bagi lebih 10 juta orang pada setiap detik, setiap masa dan
ketika.
Setiap detik, ada saja para pengundi di
negara ini yang meninggal dunia dan ada di kalangan waris si mati yang
tidak melaporkan kematian tersebut kepada Jabatan Pendaftaran Negara.
Dan sedap pula DAP kutuk SPR kononnya “tak buat kerja”. Wajarkah?
Setiap masa, ada saja para pengundi yang
baru berdaftar dan perlu diingat bahawa beratus ribu yang datang
menghulurkan borang pendaftaran pada setiap bulan kepada SPR. Semuanya
kena proses dan dikemaskinikan data-datanya.
Itu belum lagi termasuk tindakan ratusan
ribu pemindahan pusat mengundi yang dijolok DAP ke “kawasan-kawasan
kelabu” untuk mengalahkan BN pada PRU ke-13 nanti. Semuanya SPR juga
yang kena proses!
Kalau dihitung, dicampur, ditolak,
didarab dan dibahagi perubahan data dan maklumat lebih 10 juta orang
pengundi di negara ini, sudah tentu ada logiknya terdapat segelintir
kesilapan di dalam data-data tersebut.
Sedangkan DAP menguruskan 2,000 orang
pengundi pun sudah huru-hara parti itu dibuatnya, cuba bayangkan situasi
yang dihadapi SPR untuk menguruskan lebih 10 juta pengundi di negara
ini. Logiklah kalau ada kesilapan sedikit, bukan?
Jadi, tak payahlah DAP nak tunjuk lagak
di jalanraya sambil ditemani Ambiga sambil menyalak-nyalak kepada SPR.
Adalah lebih baik DAP pulang ke rumah dan duduk di depan cermin sambil
menyuluh kekurangan diri sendiri yang lebih teruk dari orang lain!
Lainlah kalau DAP memang muka tak malu
dan tidak bermaruah. Jika bermuka tembok, bolehlah DAP duduk sebaris
dengan Anwar. Anwar lainlah, satu dunia tengok video dia telanjang pun
dia boleh buat muka tebal keliling dunia, kan?
Sumber: Mykmu.net
1 comment:
Tak de lain Bangsa dalam MT UMNO, MCA atau Mic, pun.
Post a Comment