Sangat mendukacitakan apabila PAS bersikap kebudak-budakan apabila
begitu celupar bertindak biadap terhadap institusi Mufti dan Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan tuduhan yang begitu hina.
Dalam kenyataan terbaru yang dikeluarkan PAS melalui pemimpin mulut
“hebiaq”nya, Idris Ahmad, PAS menuduh para Sahibussamahah Mufti dan
ulama yang bernaung di bawah JAKIM sebagai “tukang bodek” UMNO.
Idris yang sudah tidak laku di dalam PAS menganggap bahawa tindakan
para Mufti dan JAKIM yang mendesak supaya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul
Hadi Awang menarik balik amanatnya itu sebagai satu tindakan untuk
menyelamatkan UMNO menjelang PRU ke-13.
Persoalannya, siapa Idris untuk menghina para ulama muktabar dan
Mufti-Mufti yang bernaung di bawah DYMM Yang DiPertuan Agong serta para
DYMM Sultan-Sultan?
Saya yakin, sekiranya diletakkan Idris di tengah-tengah dewan yang
dikelilingi para Mufti dan ulama JAKIM, nescaya dia akan terkulat-kulat,
terkebil-kebil dan mungkin terkencing di dalam seluar berhadapan dengan
kemantapan hujah mereka yang beraqli dan naqli.
Bukanlah saya mahu menghina kreadibiliti Idris dan PAS, tapi melihat
kepada sikap bongkak dan angkuh mereka yang menghina para ulama yang
mempertahankan perpaduan serta aqidah ummah, saya dapat melihat kehinaan
paling jijik pada diri ahli-ahli politik tersebut.
Sebagaimana maklum, sebelum mana-mana pihak dari kalangan Mufti atau
JAKIM mengeluarkan kenyataan atau fatwa mereka, sudah tentu mereka sudah
berijtihad dan mengkaji setiap perkataan yang terbit dari lidah mereka.
Para Mufti dan ulama JAKIM sedar bahawa sekiranya mereka mengeluarkan
kenyataan yang bertuhankan politik, sudah tentu mereka akan
dipersoalkan di hadapan Allah kelak.
Justeru keimanan dan ilmu yang diamanahkan Allah kepada para Mufti
dan ulama JAKIM itu, maka mereka menyatakan bahawa amanat Hadi itu jelas
bertentangan dengan Islam dan meminta Presiden PAS itu menarik balik
amanat tersebut.
Ijtihad mereka yang berpandukan Islam sebenar telah menyimpulkan
bahawa amanat tersebut jelas memecah belahkan umat Islam di negara ini
dan adalah tidak wajar untuk mengkafirkan saudara seagama hanya kerana
mereka memiliki fahaman politik yang berbeza.
Saya faham benar dengan cara para ulama itu beristinbat memandangkan
saya mempunyai pertalian yang agak rapat di antara kalangan mereka yang
terlibat.
Sekiranya mereka tidak tahu, mereka akan jawab “tak tahu” dan
sekiranya mereka arif maka mereka akan menyatakan pandangan berdasarkan
ilmu serta fahaman berlandaskan Islam sebenar.
Itulah bezanya ulama Islam dan “ulama politik”. Ulama Islam berfatwa
tanpa sebarang kepentingan lain selain Islam, manakala “ulama politik”
mengeluarkan fatwa dengan hanya berpandukan kepada kepentingan politik
dengan mempergunakan hujah yang tertentu di dalam Islam.
Sekiranya Hadi saja yang berpandangan bahawa UMNO itu kafir,
berbanding majoriti ulama muktabar lain di negara ini yang berpandangan
yang sebaliknya, maka sangat jelas kita dapat melihat kekhilafan itu
terletak pada amanat Hadi itu.
Justeru itu, apakah Idris begitu dungu untuk menilai perkara
tersebut? Ya, mungkin dia sengaja menegakkan benang yang basah untuk
mengampu Presidennya. Maklumlah, PRU ke-13 makin hampir dan dia pun
mungkin teringin nak jadi calon, bukan?
Agak mengecewakan bila PAS bersikap begini. Saya akur mereka punya keistimewaan tersendiri suatu ketika dahulu.
Namun setelah Hadi mengambil alih PAS dari Allahyarham Al-Fadhil
Ustaz Fadhil Noor, PAS begitu hina sekali kedudukannya, terutama selepas
mengabdikan diri kepada DAP dan PKR! Mungkinkah PAS akan begitu
selamanya?
Sumber: Perak Today

4 comments:
Selagi dibawah pimpinan pas hari ini, pas akan jadi hina sehina2nya.
Pas sudah buta: BUTA HATInya!!!Pas sudah luntur:LUNTUR imannya!!!.Pas sudah hancur: HANCUR muafakatnya!!!.Pas suadah kabur: KABUR fahamannya!!!. Tergamak PAS mengkafirkan saudara seagama: Itulah tahap agama mereka!! EMOSI semata-mata!!!PAS memang sudah HAMPAS!!!
Apa yang nak Pakcu katakan bahawa hari ini terlalu ramai mufti dalam mufti, terlalu ramai ulamak dalam ulamak..maka keluarlah fatwa dalam fatwa hinggakan berlaku kecelaruan yang tak menentu.....
Mufti dah tak diiktiraf. Jabatan agama dah tak laku. Yang laku apa yang dikeluarkan oleh mulut-mulut orang parti politik.Dan terus di "AMIN" oleh pengikut yang lurus bendul.
Inilah kesannya penjajahan parti politik terhadap masyarakat kerana mereka telah menabur dan mendoktrinkan otak hingga termakan dengan apa yang di jaja melalui ceramah siang malam, dikampung dan kota.
Kesimpulannya orang lain serba tak kena...dan kita punya yang terbaik dan gerenti betul punya...ish..ish... Walahualam
PAS adalah parti politik dan Hj Hadi adalah presiden kepada parti PAS... dari situ jelas Hj Hadi tak lebih daripada Ulamak politik... ini termasuklah Nik Aziz serta seluruh Majlis Ulamak PAS. Sebarang kenyataan yang keluar dari mulut mereka ini merupakan kenyataan politik dan yang paling malang mereka melebihkan politik kepartian dari politik yang disarankan agama islam.
Persoalan kedua siapa yang melantik mereka ini sebagai ulamak? Merekalah yang mengangkat diri mereka sendiri sebagai ulamak dan kemudian nya bercakap kepada orang ramai jangan melawan cakap ulamak padahal mereka ini cuma ahli politik yang mempunyai pengetahuan agama... itu saja
Jika mereka benar-benar seorang islam yang beriman dan adil, tentunya mereka ini tidak membangkang semua perkara yang dilakukan oleh kerajaan. Ini tidak... hampir semua yang dilakukan kerajaan salah dimata mereka... logik ka? Pada hal ramai rakyat lain memperolehi manfaat dari program kerajaan
Semoga mereka diberi hidayah daripada Allah dan jangan pula setelah seseorang diberi hidayah oleh Allah dikatakan orang tersebut menerima wang dari Karajaan
Post a Comment