Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, January 28, 2013

PANASSS..!!! BLOGGER PAKATAN SANGGUP IKUT TELUNJUK ZIONIS ISRAEL DEMI ANWAR..!!!


Memang kecoh di laman-lama blog Pakatan Rakyat yang mendakwa kononnya Presiden Palestine, Mahmood Abbas kurang senang dengan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke bumi Palestin, atau lebih tepat lagi ke Gaza.

“Meriah” sungguh mereka menyerang dan menyebarkan cerita itu ke seluruh negara bagi memperlekehkan lawatan Datuk Seri Najib ke sana. Harapan mereka agar rakyat kononnya akan turut memandang serong kepada beliau…


Tapi secara logiknya jika difikirkan, apakah masuk akal dakwaan mereka bahawa Mahmood Abbas tidak tahu tentang lawatan Najib itu ke Gaza? Sedangkan Najib merupakan seorang Perdana Menteri yang sudah semestinya tahu tentang protokol dan menghormati “tuan rumah”.

Rupa-rupanya, berita itu adalah fitnah semata-mata dan Najib sendiri menegaskan bahawa beliau telah memaklumkan lawatannya ke Gaza kepada Mahmood sebelum melawat ke kawasan yang ditindas Israel itu.

Selidik punya selidik, rupanya pihak pertama yang melaporkan berita “kemarahan Mahmood Abbas” itu ialah sebuah media di Israel, The Times Of Israel, di dalam kolum khas, Israel & The Region. Dari situlah para blogger Pakatan Rakyat kutip berita rupanya…

Persoalan terbaik kepada tindakan blogger-blogger itu, sejak bila pula mereka percaya kepada puak-puak rejim Zionis Yahudi Israel itu?

Di antara kenyataan dari pihak Yahudi yang menyokong kezaliman terhadap umat Islam di Palestin, dibandingkan dengan kenyataan dari seorang Perdana Menteri beragama Islam yang sering membantu umat Islam di Palestin, yang mana satukah yang kita percaya?

Percaya kepada media propaganda Yahudi atau seorang muslim yang begitu ikhlas melawat saudara seagamanya yang tertindas?

Saya sangat hairan dengan pemikiran pemilik-pemilik blog pro-Pakatan Rakyat yang rasanya kurang bijak berfikir itu. 

Atau mereka sememangnya dikurniakan dengan akal yang suka memutar belitkan kebenaran tanpa berpandukan yang haq, serta gemar kepada perlakuan batil? Itukah yang mereka hidangkan sebagai santapan minda rakyat?

Kalau benar pun terdesak mahu menjajah negara ini, tak perlulah sehingga mengikut telunjuk Yahudi yang terang-terangan merupakan musuh kepada Islam.

Bukankah Islam telah menegaskan bahawa para yahudi laknatullah alaihim itu tidak akan redha selagi kita tidak mengikut kehendak dan telunjuk mereka?

Dan kini para blogger Pakatan Rakyat mahu rakyat negara ini terpengaruh dengan propaganda Yahudi itu? 

Agak menyedihkan apabila saya mendapat tahu bahawa blogger-blogger Pakatan Haram ini sebenarnya beragama Islam. Lupakah mereka tentang bahaya Yahudi kepada umat Islam di seluruh dunia?


Mungkin mereka terpengaruh dengan ketua mereka, Anwar Ibrahim, yang sebelum ini menyokong rejim Zionis Israel laknatullah itu menyerang Palestin sekiranya pihak berkuasa di negara haram itu rasa terancam.

Mungkin kerana inilah para blogger bersetuju untuk menyokong propaganda Israel dan menipu rakyat marhain di negara ini. 

Anda masih lagi nak percaya dan sokong Pakatan Rakyat dan blogger-blogger upahan mereka?

Sumber: Perak Today

1 comment:

Anonymous said...

Mereka sedang berperang dengan Allah... mereka lebih percaya media yg didukong oleh kaum yg kejam, kaum yg menghina Rasulullah..

Najib ke sana bukan untuk sukakan seorang pemimpin tetapi lebih kpd sokongan moral rakyat Palestine...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!