Saya menyambut baik
tindakan blogger pro-UMNO, Dr. MiM, yang hari ini mengaku kesilapannya
kerana mengandaikan Khalid Samad sebagai “Bishop” di dalam artikelnya
yang terbit pada tahun 2010 yang lalu.
Sebagai rakan yang mengenali Dr. MiM
secara peribadi, saya kagum dengan keberanian beliau mengaku
kesilapannya dan sedia meminta maaf dari Khalid Samad secara terbuka
meskipun tahu risiko akan disalak teruk oleh puak-puak Pakatan Haram.
Begitulah akhlak seorang ahli parti yang
benar-benar menjiwai UMNO. Sanggup meminta maaf dan mengakui kesilapan
sendiri. Tahniah Doc..! Beralah tidak semestinya mengaku kalah, kan?
Apapun, saya tertanya-tanya sama ada
puak-puak blogger atau para pemimpin Pakatan Haram sanggup melakukan apa
yang dilakukan oleh Dr. Novandri. Sebagaimana maklum, hidup puak-puak
Pakatan Haram bergelumang dengan FITNAH setiap hari!
Misalnya, isteri Perdana Menteri, Datin
Seri Rosmah Mansor sering ditohmah dengan fitnah-fitnah jahat dan jijik
oleh juak-juak yang tidak mengenal erti dosa itu. Meskipun dibuktikan
tohmahan mereka itu tidak benar.
Salah satu fitnah yang pernah dilemparkan
oleh juak-juak Pakatan Haram itu ialah apabila Datin Seri Rosmah
dikatakan pernah bernikah dengan pembaca berita Dunia Jam 10, Farid
Ismeth.
Sebagaimana maklum, ketika itu memang
kecoh mengenai dakwaan puak-puak “thoghut” itu mengenai isteri Perdana
Menteri itu yang kononnya “dibeli” dari Farid Ismeth yang harga yang
tinggi untuk dinikahi oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kita tidak berada di dalam keluarga Datuk
Seri Najib dan Datin Seri Rosmah. Jika kita sebahagian dari keluarga
pasangan itu, sudah tentu huru-hara jadinya rumahtangga apabila fitnah
yang begitu jahat dilemparkan sebegitu rupa.
Fitnah itu berlegar di kalangan juak-juak
Pakatan Haram, khususnya PAS yang kononnya memperjuangkan Islam,
sehingga ramai rakyat di negara ini yang terpengaruh dengan fitnah
tersebut.
Mungkin kerana Allah SWT itu Maha Adil,
dakwaan itu telah berjaya dibuktikan sebagai FITNAH apabila Farid Ismeth
sendiri telah mengaku dengan tegas bahawa Datin Seri Rosmah tidak
pernah menjadi isterinya!
Persoalannya, pernahkah juak-juak Pakatan
Haram itu meminta maaf atau mengakui dosa yang mereka lakukan kepada
isteri Perdana Menteri itu?
Beranikah mereka bertindak seperti Dr. Novandri yang mengaku kesilapan sendiri dan meminta maaf kepada Khalid Samad?
Sebagaimana maklum, dosa puak-puak
Pakatan Haram terhadap Datin Seri Rosmah itu tidak akan terpadam selagi
mereka tidak memohon maaf kepada beliau dan beliau pula tidak memaafkan
puak-puak jijik tersebut.
Jika minta maaf pun tidak, saya yakin
bahawa mereka juga tidak akan membersihkan nama Datin Seri Rosmah dan
Datuk Seri Najib meskipun mereka pernah menjejaskan imej pemimpin nombor
satu negara itu di mata rakyat.
Tak mengapalah. Jika enggan memohon maaf di dunia, maka tanggunglah dosa-dosa fitnah tersebut di hari akhirat kelak.
Kita tahu bahawa dosa fitnah adalah
merupakan salah satu dari 7 dosa besar disisi Allah SWT dan Rasulullah
SAW pernah bersabda di mana mafhumnya mengatakan bahawa hukum fitnah itu
adalah lebih teruk dari membunuh.
Jadi, fikir-fikirkanlah tentang perbezaan
yang dimiliki oleh blogger pro-UMNO dengan juak-juak blogger Pakatan
Haram dan para pemimpin mereka yang menjadikan fitnah sebagai “makanan
ruji” seharian! Nauzubillahi min zalik…
Sumber: Mykmu.net

No comments:
Post a Comment