Persatuan Anak Peneroka
Felda Kebangsaan (ANAK) adalah sebuah persatuan atau NGO yang ditubuhkan
oleh Mazlan Aliman yang juga seorang pemimpin PAS Johor semata-mata
untuk memporak-perandakan Felda dan anak-anak syarikatnya.
Saya masih ingat dulu ketika di awal
cadangan penyenaraian Felda di Bursa Malaysia melalui Felda Global
Ventures Holdings (FGVH), Mazlan Alimanlah yang menjadi “tukang karut”
cuba menggagalkan usaha murni Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak itu.
Kini, FGVH sudah tersenarai di Bursa
Malaysia dan masyarakat Felda sama ada para peneroka, generasi kedua
atau ketiga, sangat bangga dengan penyenaraian yang bersifat
antarabangsa dan gah di mata dunia itu.
Mungkin Mazlan Aliman memang tak tahu
tentang saham atau pelaburan, maka dia lantik seorang bekas kakitangan
Bank Negara, Dr. Rosli Yaakop, sebagai “Punahsihat Ekonomi” ANAK.
Dr. Rosli pernah berkhidmat di Bank
Negara selama 18 tahun, berasal dari Negeri Sembilan. Dia memiliki PHD
di dalam bidang ekonomi yang ditaja sepenuhnya oleh Bank Negara ketika
berkhidmat di situ.
Selepas “pencen” dari Bank Negara, dia
pernah bekerja di beberapa syarikat pelancongan dan perbankan seperti
Global Hajj and Umrah Corporation (Labuan) Limited dan Islamic Banking
Scheme and Special Project di Abrar Discount Berhad.
Meneliti latar belakang Dr. Rosli,
mungkin Mazlan Aliman mengharapkan agar “punahsihat” ekonomi ANAK ini
akan “menyerang” pelaburan dan saham FGVH di Bursa Malaysia.
Malangnya, Presiden ANAK itu tidak dapat
membezakan di antara seorang ekonomis dengan pakar analisis pelaburan
saham. Sebetulnya, melihat kepada pengalaman Dr. Rosli, dia merupakan
seorang ekonomis dalam bidang perbankan dan BUKAN pelaburan saham,
bukan?
Mungkin disebabkan itulah maka banyak
“analisis-analisis” oleh Dr. Rosli jauh tersasar ramalannya sehingga
memalukan dirinya yang memiliki ijazah kedoktoran!
Seperkara lagi, Dr. Rosli tidak mengikuti
perkembangan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia dari awal dan mungkin
disebabkan itulah maka dia dilihat bagaikan “burung kakak tua” yang
diajar Mazlan Aliman untuk memburuk-burukkan FGVH.
Baru-baru ini Dr. Rosli cuba
menakut-nakutkan para peneroka Felda bahawa kononnya mereka akan
menanggung kerugian bayaran pinjaman bank apabila kadar faedah yang
dikenakan lebih mahal daripada dividen yang diperoleh.
Dia juga menyalahkan Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak, kononnya terlalu tergesa-gesa menyenaraikan
saham FGVH dalam keadaan ekonomi negara yang tidak bagus serta pasaran
saham negara dan dunia tidak stabil.
Nampak sangat menipunya! Dan nampak sangat dia tak tahu fakta dan langsung tidak tahu apa yang dia katakan..!
Sebetulnya, saham-saham FGVH disenaraikan
di Bursa Malaysia ketika keadaan ekonomi negara di dalam keadaan paling
kukuh meskipun dunia sedang mengalami ketidakstabilan ekonomi. Malah ia
dilancarkan Indeks komposit Bursa Malaysia adalah ditahap paling tinggi
sepanjang tahun 2012!
Untuk pengetahuan Dr. Rosli, Perdana
Menteri sendiri telah mengumumkan bahawa Felda akan menanggung semua
kadar faedah yang dikenakan oleh pihak bank dan peneroka cuma perlu
membayar harga sebenar bagi 800 unit saham sahaja.
Malah, fakta menunjukkan bahawa para
peneroka juga diberikan kelonggaran untuk membayar secara ansuran
sebanyak RM50 sebulan bagi menjelaskan harga saham tersebut! Begitu baik
sekali layanan yang diberikan oleh Perdana Menteri kepada masyarakat
Felda, bukan?
Jadi kalau Dr. Rosli “terlepas keretapi”
dan “tak tahu, tapi buat macam tahu”, baik diamkan diri saja dan tidak
bertindak bodoh “menyerbu tanpa memberi salam” terlebih dahulu. Bukan
apa, nanti diri sendiri yang malu, kan?
Tak payahlah dengar sangat apa yang
Mazlan Aliman “auta” kerana dia sendiri pun tak tahu dengan apa yang dia
kata. Lagipun, masyarakat Felda memang gembira dengan segala kebajikan
dan rezeki yang mereka terima dari Kerajaan BN. Takkanlah Dr. Rosli nak
jadi “pencacai” Mazlan Aliman pula, kan?
Sumber: Mykmu.net
No comments:
Post a Comment