Mungkin kerana dia fikir
dia “hebat” kerana telah bekerja bersama Bank Negara selama 18 tahun dan
kini menjawat jawatan CEO sebuah syarikat kewangan di Bangladesh, Dr.
Rosli Yaakop fikir dia boleh tipu serta menakut-nakutkan para peneroka
dengan ramalan karut-marut?
Baru-baru ini Penasihat Ekonomi Persatuan
Anak Peneroka Felda Kebangsaan, Dr. Rosli telah cuba membuat spekulasi
tentang pergerakan saham FGVH yang dilancarkan oleh Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun lalu.
Menurutnya, saham FGVH akan turun merudum
jatuh bertingkat-tingkat ke bawah disebabkan pasaran minyak sawit yang
kononnya tidak laku dan terlalu banyak stok. Padanya, itulah
satu-satunya sebab saham FGVH turun tempohari…
Betul ke hanya disebabkan satu alasan itu
sahaja maka saham FGVH turun dan akan terus jatuh merudum sebagaimana
yang “dipropagandakan” Dr. Rosli itu?
Sebetulnya, punca kejatuhan mana-mana
saham di dunia ini disebabkan oleh banyak faktor dan tak semestinya
komoditi yang didagangkan sahaja. Kadang-kadang, faktor luaran dan
faktor ekonomi secara global memberikan impak besar kepada pasaran
saham.
Misalnya, ada pihak baru-baru ini yang
memfitnah kononnya, Datuk Seri Najib sakit teruk. Ketika itu, para
pelabur ramai yang keliru dan kelam-kabut menjual saham masing-masing.
Ia menyebabkan pasaran saham tidak stabil dan boleh jatuh, kan?
Ketika saham FGVH itu turun sedikit pada
dua tiga hari lepas, ia disebabkan oleh penyebaran khabar angin yang
kononnya Parlimen Malaysia akan dibubarkan pada 22 Februari ini dan ia
menyebabkan ramai pelabur yang “menggelabah”.
Masa itu bukan saham FGVH saja yang
jatuh, malah banyak lagi saham-saham gergasi dan kukuh jatuh seperti
saham Axiata, Public Bank, CIMB, Maybank, Sime Darby dan sebagainya.
Semuanya kerana khabar angin “bodoh” itu…
Saya nak tanya Dr. Rosli, syarikat
seperti Axiata dan Sime Darby itu berniaga minyak sawit, kah? Public
Bank, CIMB dan Maybank itu semuanya bank-bank minyak sawit juga, kah?
Dan kerana minyak sawit jugakah maka saham-saham mereka turun pada 21
Januari lalu?
Jadi, jelaslah di sini bahawa “analisis” Dr. Rosli itu tidak tepat, bukan?
Paling menarik, “propaganda” pakar
“analisis” tajaan Mazlan Aliman itu terbukti salah sama sekali apabila
saham FGVH meningkat semalam kepada RM4.51, berbanding RM4.38 pada hari
khabar angin itu bertiup!
Nah! Nampak sangat ramalan Dr. Rosli palsu dan tidak boleh dipakai sama sekali, kan?
Dia kata saham FGVH akan jatuh dan terus
merudum, tapi baru dua tiga hari dia buat kenyataan itu tiba-tiba saham
FGVH itu naik mendadak melebih paras terbitan awal pada tahun lalu! Mana
Dr. Rosli nak letak muka sekarang?
Begitulah balasan Allah SWT kepada
mereka-mereka yang berniat “busuk” kepada para peneroka. Dr. Rosli cuba
takut-takutkan para peneroka, tapi ternyata Allah bayar “cash” padanya
dengan membuktikan ramalannya tidak benar belaka…
Jelas sekali Dr. Rosli tidak punya
kreadibiliti untuk bercakap mengenai saham atau pelaburan. Dia mungkin
tahu tentang ekonomi, tapi bab pelaburan memerlukan pengalaman yang luas
untuk menjadi seorang penganalisis saham.
Rasanya, lebih baik Dr. Rosli pulang saja
ke Bangladesh dan tingkatkan ekonomi syarikatnya di negara itu saja.
Kalau syarikatnya sudah kaya raya dan Bangladesh lebih maju dari
Malaysia disebabkan dia, barulah boleh bercakap di Malaysia pula.
Bukan apa, buat malu saja kalau bercakap
macam “tong kosong” di negara ini. Ramal yang bukan-bukan, tapi
ternyata semuanya tipu dan palsu belaka. Orang macam tu pun ada?
Sumber: Mykmu.net
1 comment:
bila saham naik puak2 mazlan tak mau heboh plak...alahaiiii
sapa la yg nak dengar ckp bahalol ni...
Post a Comment