Sebetulnya saya baru pulang dari Pulau Pinang bagi menghadiri kenduri
kahwin salah seorang saudara yang menetap di Pulau Mutiara itu.
Meskipun berada di Guar Perahu untuk beberapa jam saja, namun saya membawa pulang satu cerita hangat dari sana…
Sebenarnya saya tidak tahu sama ada perkara ini benar atau tidak
memandangkan tiada bukti “di depan mata”. Hanya sembang mulut sahaja
bersama beberapa anak muda yang melepak di bahagian dapur kenduri.
Menurut mereka, sebuah klip video berdurasi lebih kurang 30 saat yang
memaparkan seorang pemimpin PKR Pulau Pinang beraksi ghairah dengan
seorang wanita yang dikatakan aktivis kuat parti sekutunya, DAP!
Khabarnya, pemimpin PKR itu ialah seorang lelaki Melayu yang
merupakan seorang rakan karib Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim. Saya kurang
pasti namanya, kalau tidak silap panggilan mesranya ialah “Chot”.
Tak tahulah “Chot” yang mana satu. Tapi khabarnya rambut sudah
beruban dan boleh dikategorikan sebagai “atuk” yang sudah bercucu! Anda
tahu siapa pemimpin PKR itu? Rasanya anda boleh meneka siapa gerangannya
pemimpin itu, bukan?
Kata anak-anak muda itu, video tersebut telah tersebar dengan meluas
di Pulau Pinang menerusi kedai-kedai telefon bimbit di mana para “tauke”
kedai serta pekerja-pekerja yang rata-ratanya Cina DAP sudah maklum
mengenai video “panas” itu.
Begitulah cerita anak-anak muda tersebut….
Menariknya, versi yang sama juga saya perolehi dari beberapa rakan
yang mengikuti perkembangan politik di Pulau Pinang dan mereka
mengesahkan telah mendengar cerita yang sama sebagaimana yang saya
dengar.
Mereka berkata, DAP Pulau Pinang sebenarnya sudah lama dapat menghidu
“kelemahan” pemimpin PKR yang bernama “Chot” itu dan sengaja “menjolok”
kelemahan tersebut untuk memastikan dia di dalam “genggaman” DAP.
Disebabkan rakan baik Anwar itu pernah menghina dan melukakan hati
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tempohari, DAP dikatakan
sengaja memasang jerat “maut” untuk menamatkan riwayat karier politik
“Chot”.
Khabarnya, PKR Pulau Pinang akan diberi kata dua untuk tidak lagi
menyenaraikan pemimpin PKR itu sebagai calon pada PRU ke-13 nanti
sekiranya tidak mahu video klip tersebut tersebar ke tangan media arus
perdana.
Meremang juga saya mendengar cerita yang tidak pasti itu dari mereka.
Tapi, sekiranya benar sekalipun cerita tersebut, apalah sangat yang
hendak dihairankan memandangkan ia adalah satu kebiasaan bagi puak-puak
PKR.
Cuba lihat Ketua Umum mereka yang gila nak jadi Perdana Menteri itu.
Dia begitu terkenal sebagai “pelakon filem porno” sehingga videonya
turut dipetik oleh sebuah majalah porno di Jepun. Ia membuktikan “boss”
PKR itu memang “famous” sehingga ke peringkat antarabangsa!
Jadi, tidak hairanlah jika rakan karibnya pula terkenal di peringkat
kedai-kedai telefon bimbit di Pulau Pinang memandangkan rakannya itu
hanyalah pemimpin di peringkat negeri dan tidak “international” seperti
Anwar, bukan?
Saya tidak tahu sama ada perkara ini benar atau tidak. Tapi saya
meminta agar sesiapa yang tahu kebenaran mengenai khabar angin ini
supaya berkongsi cerita mengenai “Chot dan video klip”nya itu.
Bukanlah saya berniat untuk memalukan sesiapa memandangkan saya tidak
kenal pun siapa “Chot” sebenarnya. Tapi ia boleh dijadikan iktibar
kepada seluruh rakyat di negara ini supaya tidak terjebak mengikut jejak
langkah Anwar dan rakan-rakan karibnya itu.
Anwar tak mengapalah sebab Wan Azizah sememangnya boleh dilabel
sebagai “penasihat kelab taat suami”. Tapi saya yakin bahawa
isteri-isteri anda sudah tentu mengamuk sakan jika anda menjadi pelakon
video “hangat di ranjang” seperti Ketua Umum PKR dan “Chot”, kan?
Sumber: Perak Today

No comments:
Post a Comment