Angkuh benar Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar, yang
menolak permintaan pihak polis supaya media menghantar senarai nama
petugas dan wartawannya yang terlibat membuat liputan pada Himpunan
Kebangkitan Rakyat anjuran Pakatan Rakyat, 12 Januari ini.
Kononnya pihak polis perlu menjaga keselamatan semua pihak termasul
wartawan yang bertugas pada hari tersebut tanpa memerlukan tag nama khas
media sebagaimana yang diminta.
Saya tertanya-tanya, siapa Malaysiakini untuk menafikan permintaan
yang dibuat oleh pihak polis yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan
dan keamanan himpunan tersebut?
Bukankah awal-awal lagi pihak sekretariat himpunan itu telah memohon
kepada pihak PDRM untuk menjaga keselamatan dan keamanan perjalanan
himpunan yang bakal diadakan di Stadium Merdeka itu?
Jadi, bila pihak sekretariat telah memutuskan supaya pihak polis
diberi tanggungjawab untuk mengawal keadaan dan perjalanan himpunan itu,
maka siapa Malaysiakini untuk membantah kehendak pihak berkuasa itu?
Apakah Fathi Aris boleh menjamin keselamatan para wartawan dan
jurugambarnya dari sebarang kecelakaan yang mungkin berlaku di himpunan
tersebut?
Sebagaimana maklum, boleh dikatakan hampir semua himpunan yang
dianjurkan pihak Pakatan Haram di ibu negara tidak pernah berlangsung
secara aman dan kerap-kali berlaku insiden yang menghuru-harakan
bandaraya itu.
Sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini terhadap para wartawan
Malaysiakini, apakah Fathi Aris sanggup bertanggungjawab sepenuhnya?
Mungkin Fathi Aris fikir wartawan di luar sana sentiasa selamat
membuat liputan yang dianjurkan pihak Pakatan Haram? Atau dia fikir
pihak polis akan memecahkan kepala wartawannya pada himpunan tersebut?
Dia memberi contoh mengenai insiden mengenai kononnya salah seorang
wartawannya yang ditumbuk oleh pihak berkuasa pada himpunan Bershit 3.0
yang lalu dan alasan itu juga digunakan untuk menafikan permintaan polis
tersebut.
Pada saya yang pernah membuat liputan di hampir kesemua himpunan
anjuran pembangkang, pihak polis tidak memilih bulu dalam soal
keselamatan sebenarnya.
Siapa saja yang tidak mengikut arahan yang diberikan, sudah tentu tidak akan mendapat layanan baik dari pihak mereka.
Pada himpunan Bershit 3.0 yang lalu misalnya, seorang rakan wartawan
dari Utusan Malaysia pernah merungut pada saya apabila ditengking dengan
kuat oleh beberapa anggota polis yang bertugas meredakan rusuhan ketika
itu.
Tapi bila saya jelaskan rasional di sebalik tindakan anggota polis
yang bertindak keras terhadapnya, kemarahannya reda dan terus hilang
apabila seorang anggota polis yang lalu ditepi kami menghulurkan dua
botol air mineral!
Dan itulah yang berlaku ketika himpunan huru-hara yang dianjurkan Pakatan Haram sebelum ini.
Tak perlu menipu memandangkan saya kenal beberapa wartawan
Malaysiakini yang kadangkala bertindak di luar kawalan sebagai media
apabila berani melawan pihak berkuasa di depan mata.
Pada saya, Malaysiakini tidak seharusnya berdegil dan tidak hairanlah
bila rakan-rakan wartawannya selalu bercerita buruk dan merungut
mengenai sikap “boss” mereka itu…
Sumber: Perak Today

1 comment:
Derang takut rakyat tau rancangan jht pr
Post a Comment