Sekonyong-konyong tiba di cuping telinga saya tentang perkhabaran
sebuah video seks yang kini begitu hebat diperkatakan di Jakarta dan
disebarkan melalui jaringan Blackberry yang menyaksikan aktornya sekali
lagi melibatkan “bapak” Anwar Ibrahim.
Sebenarnya, saya sendiri belum pernah menonton petikan video tidak
bermoral itu memandangkan saya tidak pernah ke ibu negara jiran itu.
Namun ada rakan-rakan yang heboh memperkatakannya di sana.
Bagaimanapun, perkara ini disahkan oleh sebuah laman web, AIDC, yang
tidak pernah putus mengikuti perkembangan “bapak” Anwar, sama ada di
dalam atau di luar negara.
Peliknya, video kali ini dikatakan bukanlah video “Anwar-Chinadolls”
yang tersebar dan menggemparkan negara sebelum ini. Malah ia dikatakan
memaparkan versi yang agak berbeza.
Jika video Anwar-Chinadoll di Malaysia memaparkan Anwar yang berperut
buncit atau “boroi”, video di Indonesia ini pula memaparkan Anwar
berperut kempis “bangat”! Tertanya-tanya juga bagaimana perut boroi
dikempiskan begitu saja?
Seterusnya, kita kembali menilik pula kata-kata Anwar di dalam siri
jelajah menipu rakyatnya dan mendakwa di dalam ucapannya bahawa pihak
UMNO kononnya akan mereka-reka sebuah lagi video seks untuk
memalukannya.
Malah Anwar selamba berkata bahawa videonya kali ini akan menyaksikan
dirinya tidak lagi “boroi” dan buncit seperti video pertama, tapi
perutnya telah dikempiskan!
Memikirkan secara tiba-tiba saja video seks Anwar berperut kempis
dikatakan tersebar di Indonesia, siapakah yang bertanggungjawab
mengedarkan bahan tidak bermoral itu ke negara jiran tersebut?
Kalau ditanya kepada Anwar, saya yakin bahawa dia akan berkata bahawa
“itulah video yang saya maksudkan dalam ucapan saya tempohari di dalam
siri jelajah..”. Siapa lagi yang dia hendak tuding jari kalau bukan
kepada UMNO?
Pada saya, adalah sangat-sangat mustahil untuk UMNO bertindak
“mengempiskan perut” Anwar di dalam mana-mana visual. Sama ada visual
pegun atau berbentuk video, adalah sangat mustahil untuk UMNO bertindak
bodoh begitu.
Video pertama Anwar berperut boroi pun bukan dihasilkan oleh UMNO,
tapi ia bersumberkan dari seorang bekas teman rapat Anwar yang tertipu
dengan janji manis “papa Izzah” itu di dalam satu urus niaga kontrak
jutaan ringgit.
Teman rapat Anwar itu pun bukan orang UMNO, namun mungkin video pertama itu disebarkan kerana sakit hatinya ditipu Anwar.
Tapi pada saya, kita harus berhati-hati dengan video kedua Anwar
tersebut kerana adalah sangat mustahil untuk Anwar mengetahui “perutnya
dikempiskan” sekiranya dia tidak tahu isi kandungan video tersebut!
Dalam ertikata lain, sekiranya khabar video seks Anwar yang tersebar
di Jakarta itu benar dan Anwar berperut kempis, saya yakin bahawa video
tersebut adalah untuk mengelirukan rakyat Malaysia tentang moral Anwar
di dalam video yang pertama.
Dalam bahasa mudah, berkemungkinan besar video tersebut dihasilkan
oleh orang Anwar sendiri dan bertujuan untuk menafikan video yang
pertama seolah-olah direka-reka oleh orang UMNO!
UMNO juga yang dipersalahkan? Sedangkan UMNO tidak punya kena mengena
dalam ini cerita. Begitulah otak pembelit dan dia akan belit seluruh
rakyat Malaysia selagi dia tidak menjadi Perdana Menteri di negara ini.
Na’uzubillahi min zalik!
Sumber: Perak Today

No comments:
Post a Comment