Iklan Berbayar

Portal Berita Kedah

Bila Kak Su Bersuara... Heh!

Friday, January 11, 2013

GEMPARRR..!!! SHAMSIDAR ARAH SEMUA PESERTA HKR PAKAI TAG ID ESOK..!!!? #KL112

shamsidar 1

Saya ketawa besar bila dapat tahu puak-puak Pakatan Haram meroyan tak tentu hala bila mendesak supaya para anggota polis yang bertugas menjaga keselamatan mereka di Himpunan Kebangkitan “Nafsu” Anwar pada 12 Januari ini.

Mereka mendesak agar semua anggota, termasuk pasukan cawangan khas yang bertugas di situ mempamerkan kad pengenalan diri masing-masing ketika menjalankan tanggungjawab mereka di himpunan tersebut.

Kononnya dengan mempamerkan kad pengenalan tersebut, mereka boleh mengenal pasti mana-mana anggota yang melakukan salah laku terhadap mereka pada hari “huru-hara” itu.


Pada saya, “pergi mampus dengan gesaan bodoh itu!”.

Siapa mereka mahu meminta yang bukan-bukan dari pihak berkuasa yang bertugas menjaga keamanan rakyat? Sebelum pihak polis memakai kad ID mereka, apa kata kalau semua peserta himpunan huru-hara itu diwajibkan memakai tag nama besar di leher masing-masing? Setuju?

Meminta pasukan polis, khususnya pasukan cawangan khas (SB) memakai tanda nama dan nombor pengenalan diri merupakan satu tindakan yang seolah-olah meminta pasukan risik mendedahkan identiti mereka kepada umum.

Pernahkah kita dengar seorang perisik pasukan keselamatan sama ada dari PDRM atau ATM mencanangkan diri sebagai perisik yang sedang bertugas atau menyiasat tentang sesuatu yang melibatkan mana-mana kes?

Pada pandangan saya, hanya orang bodoh saja yang akan membocorkan rahsia diri dari diketahui oleh pihak yang dipantaunya, bukan?

Tapi berlainan pula cara otak puak-puak pembangkang ini berfikir. Mengapa mereka nak tahu sangat identiti pihak berkuasa yang mengawal mereka pada 12 Januari ini? “Ada udang di sebalik batu”, kah?

Sebagaimana maklum, himpunan-himpunan yang dianjurkan oleh puak-puak Pakatan Haram sebelum ini mempamerkan sikap “rimba” para penyokong mereka yang bertindak luar kawalan dan begitu kurang ajar melakukan provokasi melampau.

Pada mulanya mereka memberikan kuntuman bunga kepada para anggota polis. Gambar dirakam ketika kuntuman bunga itu diberikan. Konon-kononnya himpunan itu diadakan dalam keadaan aman dan harmoni.

Tiba-tiba, mereka datang menyumpas seranah pihak berkuasa yang berkawal dan memaki hamun dengan kata-kata kesat yang tidak sepatutnya dilemparkan kepada anggota polis yang bertugas.

Malah tanpa rasa bersalah, mereka menyerang dan cuba mencederakan anggota polis berkenaan dengan pelbagai cara seperti membaling botol, kayu, batu dan objek-objek keras terhadap pasukan yang menjaga keamanan negara itu.

Provokasi demi provokasi dilakukan oleh puak-puak “jibraun” itu sambil mengharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mereka. Selagi pihak polis tidak menangkap mereka, selagi itulah proses provokasi mereka terus dilakukan.

Peliknya, mereka langsung tidak merakam gambar perlakuan provokasi mereka terhadap pihak polis. Mereka tunggu polis tangkap mereka sambil mereka meronta-ronta macam lembu kena sembelih, barulah mereka rakam aksi-aksi “lakonan drama swasta” tersebut.

Kemudian, barulah mereka dengan senang hati menyalahkan serta memburuk-burukkan pasukan PDRM tersebut! Tak percaya? Tanyalah semua wartawan yang pernah membuat liputan himpunan anjuran Pakatan Haram, saya yakin mereka akan setuju dengan modus operandi keji itu.

Jadi, untuk apa pihak PDRM melayan kehendak puak-puak Pakatan Haram itu? Lebih dilayan, lebih mengada-ngada pula perangainya. Mintanya yang bukan-bukan. Tak mahu minta sediakan makan minum, khemah, bantal peluk dan pakej pelancongan 8 hari 7 malam juga, kah?

2 comments:

Anonymous said...

kalau pakai ID pon ... tak guna juga
kalau dia nak terbalikkan kereta polis atau pijak2 kereta polis atau pukul polis
mereka tak pernah menghormati polis.
semoga dibukakan hati mereka yang masih inginkan kekakuan dan huruhara ke arah keamanan dan keimanan..

den said...

Apa kata polis tak payah hantar anggota langsung ke sana. Sakit hati woo tgk polis kena maki hamun, tp, tak leh buat apa2...balik2 polis yg kena... Biar diaorg jaga aman sendiri... Habis perhimpunan, hantar jer bil kat penganjur to pay for all the mess and damage yg ada...