Kemarahan yang
meluap-luap timbul di hati saya bila mendapat tahu mengenai perihal Ngeh
Koo Ham yang sekali lagi telah menghina Islam apabila menganggap bahawa
kitab suci Al-Quran adalah sama sifatnya dengan kitab Bible.
Pengerusi DAP Perak yang disanjung tinggi
Nizar Jamaluddin ini ternyata begitu biadap, kurang ajar dan perlu
diajar apabila menyamakan kitab yang menjadi mukjizat Rasulullah SAW itu
dengan sebuah kitab Bible yang bukan lagi Injil yang asli.
Ngeh di dalam Twitternya baru-baru ini
dalam usaha mempertahankan kenyataan Setiausaha DAP, Lim Guan Eng,
berhujah bahawa kalimah “Allah” adalah wajar digunakan di dalam kitab
Bible di Semenanjung Malaysia sebagaimana yang diamalkan di Sabah dan
Sarawak sejak 50 tahun dulu.
Ngeh berkata…
“Just like the Quran, the Bible also use many names to describe God into different circumstances to describe the attributes of God (Seperti al-Quran, Bible juga menggunakan banyak nama untuk menjelaskan tuhan dalam keadaan yang berbeza untuk menggambarkan sifat-sifat tuhan)”
Persoalannya, siapa Ngeh untuk menyamakan Al-Quran dengan Bible?
Jika dia seorang paderi atau seorang
penganut agama Kristian sekali pun, saya yakin bahawa dia bukannya
seorang yang tahu secara mendalam tentang kandungan dan isi kitab Bible
secara terperinci.
Apatah lagi Al-Quran! Saya pasti bahawa
Ngeh sendiri tidak tahu bahawa dia perlu berwudhu sebelum membaca kitab
suci umat Islam tersebut! Saya yakin dia tak tahu apa itu “mad asli”,
“mad silah qasirah” atau “mad silah towilah”!
Saya yakin bahawa Ngeh tidak mampu untuk
menghuraikan tentang sifat Allah, Ar-Rahman dan Ar-Rahim yang sering
diucapkan oleh umat Islam setiap kali sebelum makan iaitu
“Bismillahirrahmanirrahim..”.
Apakah bezanya Ar-Rahman dengan Ar-Rahim?
Ngeh boleh huraikan dengan tepat? Dan apakah sifat itu sama dengan
sifat “Tuhan Bapa” di dalam Bible?
Saya mendesak Ngeh supaya menarik balik
segala hinaannya terhadap Islam dan Al-Quran, sekaligus meminta maaf
kepada seluruh umat Islam di dunia, khususnya di Malaysia, atas sikap
kurang ajarnya yang tidak menghormati sensitiviti rakyat beragama Islam
di negara ini.
Dia tidak punya hak untuk memperkatakan
atau mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kitab suci Islam itu
memandangkan dia tidak pernah mendalami atau memahami segala
kandungannya secara terperinci.
Saya yakin, ramai umat Islam, malah yang
bukan Islam sendiri pun benci dan kesal dengan keceluparan Pengerusi DAP
Perak ini yang jelas mampu menjejaskan keharmonian beragama di
Malaysia.
Di mana PAS? Di mana “Pak Syiekh” dari
PKR? Mengapa tidak kecam atau tempeleng saja Ngeh Koo Ham yang biadap
terhadap Islam ini? Atau PAS dan PKR sendiri setuju dengan Ngeh yang
menyamakan Al-Quran dengan Bible? PAS dan PKR nak kena tempeleng dengan
umat Islam?
Bagi “Pak Syiekh” Anwar Ibrahim, mungkin
dia bersetuju dengan Ngeh Koo Ham sebab fahaman menyamakan Al-Quran
dengan Bible sangat bertepatan dengan fahaman pluralisme yang dia
kembangkan di negara ini.
Itulah hakikatnya PAS dan PKR. Hanya
kerana nak jaga hati “sahabat syaitan”, mereka tidak kisah sekiranya
Islam dihina dan dicemar oleh “kuffar harbi” tersebut. Bagi mereka, biar
tergadai Islam asalkan PAS dan PKR boleh tawan Putrajaya!
Sumber: Mykmu.net

1 comment:
Ngeh ni memang bodoh dah tahu dia memang tak tahu apa-apa pun nak jugak cuba ajar kita... ttg Kalamullah pulak tu.
Baru sekarang PAS baru nak tersedar nampak warna sebenar DAP. Elok la jugak tetapi kami dah semakin meluat tengok pemimpin PAS yg ada sekarang. Rasa macam nak lempar telur busuk jer kt mereka ....
Post a Comment