Puak-puak PAS di akar
umbi memang marah pada DAP dan Pengerusinya, Karpal Singh, yang
baru-baru ini meminta parti itu mengkaji semula keputusan berhubung
penggunaan kalimah “Allah” di dalam Bible versi bahasa Melayu.
Di Pulau Pinang, sekumpulan akar umbi PAS
hilang sabar dan telah bertindak memijak bendera DAP serta mendesak
pucuk pimpinan parti mereka keluar dari Pakatan Haram ekoran kenyataan
Karpal yang biadap itu.
Demonstrasi di Pulau Pinang yang diketuai
oleh Pengerusi Tetap PAS kawasan Tanjong, Zaidi Abu Bakar, bersama
kumpulannya mencabar Karpal supaya melangkah mayat mereka dulu dalam
mempertahankan fatwa Majlis Syura PAS.
Selain Karpal, Naib Presiden PKR, Azmin
Ali turut “dibalun” habis-habisan oleh kumpulan tersebut dan mereka
meWAJIBkan pucuk pimpinan PAS supaya bertindak keluar dari gabungan
pembangkang serta merta.
Menurut mereka, akar umbi PAS di seluruh
negara sudah tidak tahan lagi “diperguna”, “diperlekeh”, dan “dibisukan”
sehingga mereka dilihat seolah-olah pengecut yang takut kepada DAP dan
PKR sejak bergabung di dalam Pakatan Haram.
Turut dikutuk kumpulan itu ialah
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Salleh Man, dan Pengerusi
Jawatankuasa Agama Islam negeri Datuk Abdul Malik Abul Kassim yang
dilihat “selesa berkerusi empuk” di sebelah Lim Guan Eng yang mencetus
kemarahan umat Islam berhubung isu berkenaan.
Melihat kemarahan akar umbi PAS tersebut, saya tertanya-tanya, apakah respon balas yang bakal diambil oleh pucuk pimpinan PAS?
Apakah mereka masih lagi tidak
sedar-sedar diri diperkotak-katikkan oleh DAP dan PKR yang selama ini
menjadi “sahabat syaitan” PAS untuk menjatuhkan sebuah Kerajaan Islam
Malaysia yang diketuai oleh saudara seagamanya?
Apakah Abdul Hadi dan Nik Aziz masih lagi
mahu mempertahankan hubungan “terlarang” mereka dengan DAP dan PKR?
Sedangkan akar umbinya kini terlalu malu dengan kedudukan PAS yang
sangat hina dipermainkan “sahabat-sahabat syaitan” mereka itu!
Sudah hampir lima tahun para penyokong
dan akar umbi PAS menahan sabar dan memendam rasa malu mereka melihat
PAS “dikeldaikan” DAP dan PKR.
Mereka sangat malu bila PAS tunduk pada
desakan DAP dan PKR yang mahu parti mereka menggugurkan perjuangan
menubuhkan Kerajaan Islam serta perlaksanaan hukum hudud yang
dimansuhkan secara aib.
Boleh dikatakan hampir setiap hari para
penyokong PAS di akar umbi menahan malu bila rakan-rakan mengusik mereka
dengan sindiran pedih membayangkan PAS yang kini huru-hara, caca merba
dan hilang arah tuju sejak “bersahabat dengan syaitan”.
Mungkin Hadi, Nik Aziz, Mat Sabu dan
pucuk pimpinan PAS sanggup bermuka tembok kerana dijanjikan jawatan oleh
Anwar Ibrahim. Mungkin kerana jawatan tinggi di dalam medan politik
menjadi keutamaan para pemimpin PAS…
Tapi apa yang akar umbi PAS dapat? Mereka
hanya dapat melihat bagaimana maruah diri mereka dan Islam
dipijak-pijak oleh DAP dan PKR? Maruah diri yang tergadai, rasa malu
yang amat sangat dan hilang kehormatan yang menghantui akar umbi PAS,
bukan?
Mahukah pucuk pimpinan PAS mendengar
suara akar umbi mereka yang sudah hilang sabar? Mahukah para pemimpin
PAS keluar dari Pakatan Haram? Atau mereka lebih selesa untuk terus
menjadi “keldai tunggangan” DAP dan PKR selamanya..?
Sumber: Mykmu.net
2 comments:
he3... kuar je dari PAS senang.. takat ahli biasa, pangkat ada skit demo pulak.. sapa yg pandang? Bila dah ramai2 kuar br yg dok atas tu sedar.. bengong... bengong... tp.. betul ke demo? mana gambar der? he3
jangan sokong pemimpin pas yang mengkristiankan Allah iaitu nik aziz dan hadi.
jika anda sokong pas anda akan jadi murtad seperti mereka berdua kerana menyokong untuk allah dikristiankan hukumnya kufur dan murtad
Post a Comment