Marah betul Ketua Wanita
PKR, Zuraida Kamaruddin terhadap Kerajaan Pakatan Haram Selangor, SYABAS
dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) bila rakyat di
kawasan Ampang terjejas teruk akibat tidak menerima bekalan air sejak
29 Disember lalu.
Terkejut juga saya dibuatnya bila Ahli
Parlimen Ampang itu bagaikan “period” sehingga tergamak menyerang
Kerajaan Pakatan Haram Selangor pimpinan Tan Sri Abdul Khalid
“Gagap”Ibrahim! Bukan dia sudah“monopause” ke?
Dalam kenyataannya, wanita yang terkenal
dengan momokan“Mak Lampir” itu menegaskan bahawa Kerajaan Pakatan Haram
Selangor sepatutnya campur tangan dalam krisis bekalan air di kawasan
terbabit dengan menghulurkan bantuan yang sewajarnya.
Zuraida sebetulnya telah melawat rumah
pam di Wangsa Maju dan mendapati hanya dua pam saja yang berfungsi dalam
keadaan lemah manakala tiga buah pam lagi tidak berfungsi langsung
kerana rosak.
Dia cuba menyalahkan SYABAS dalam hal pam
rosak tersebut dan menyarankan agar syarikat konsesi air itu
menyediakan pelan tindakan sebagai “back up” terhadap masalah tersebut.
Selain itu, “Mak Lampir” itu turut
menyalahkan Kerajaan Pusat kononnya pihak kementerian berkaitan tidak
mengambil peduli tentang hal tersebut dan tidak membuat sebarang
siasatan mengenainya.
“Sudah terhantuk baru nak tengadah?”,
“sudah nak terberak baru nak korek lubang?”, rakyat sudah puas menjerit
mengadu di sana sini baru nak salahkan Kerajaan Pakatan Haram Selangor?
SYABAS sebenarnya sudah memaklumkan dan
memberi amaran tentang alat-alat gantian serta paip-paip operasi yang
perlu diselenggara serta diganti sejak tahun 2008 lagi. Syarikat itu
sudah beritahu awal-awal lagi mengenai masalah tersebut.
Mereka sudah mohon kelulusan dari Khalid
“Gagap” untuk membuat pinjaman bagi menyuntik dana bagi membeli
peralatan penyelengaraan baru bagi memastikan segala operasi industri
air di Selangor berjalan lancar.
Tapi Khalid degil! Dia nak juga buat
penstrukturan semula air Selangor terlebih dahulu. Padahal, kalau dia
buat 1,000 penstrukturan semula air pun ia tidak akan mampu
menyelesaikan masalah air yang sedang melanda rakyat di negeri itu dan
sekitar Lembah Klang.
KeTTHA pun sudah buat siasatan. Tak payah
tunggu “Mak Lampir” bising, KeTTHA dan pakar-pakar air negara sudah
membuat kajian terperinci pada tahun 2000 tentang industri air Selangor.
Hasil kajian itulah maka ditegaskan tentang perlunya LOJI LANGAT 2..!!!
Kalau ya pun Khalid nak buat
penstrukturan semula, dia dah check tak air mentah cukup ke tidak, loji
air cukup ke, batang paip bocor ke. Lepas dah fakta ni semua barulah
boleh nak struktur semula kan? Ni ramuannya pun takder, nak struktur
apa?
Tapi Khalid “Gagap” sekali lagi tunjuk
keras kepala. Dia tolak mentah-mentah pembinaan loji tersebut dan sekali
lagi menggunakan alasan“penstrukturan semula air Selangor”. Malah dia
fitnah pula Kerajaan Pusat kononnya kontrak Langat 2 diberi tanpa tender
kepada kroni BN.
Padahal, tender Langat 2 dibuat secara
terbuka dan ia diumumkan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yasin. Macam itupun “Mak Lampir” kata Kerajaan Pusat tak ambil
peduli tentang krisis air di Selangor?
Hasilnya sekarang, pam-pam SYABAS rosak
akibat keletihan. Apa Khalid nak tunggu pam-pam lain berhenti kerja
kepenatan dan lagi tambah kawasan tak ada bekalan air.
Sempat ke pam-pam
yang ada sekarang ni nak bertahan sampai Langat 2 siap sebab sekarang
ni pun terpaksa pembinaan Langat 2 ditangguh hanya disebabkan oleh
Kerajaan Khalid “Gagap” Ibrahim “Al-Degil” punya angkara. Nanti pam-pam
yan gsedia ada ni bukan saja rosak, silap hari terus jadi arwah.
Jadi, tak payahlah Zuraida nak kaitkan
KeTTHA atau mana-mana syarikat konsesi air di Selangor dalam kemelut
krisis air di Ampang. Kalau berani, berterus terang sajalah mengutuk
Khalid dan Exco berkaitan kerana merekalah “batu besar” yang menjadi
punca sebenar penderitaan rakyat!
Takkanlah Zuraida takut nak “balun”
Khalid dan Exco Kerajaan Selangor? Sebagai “Mak Lampir”, saya yakin dia
memilik “super power”yang mampu “menggagapkan” lagi Khalid “Gagap” yang
sememangnya terkenal dengan“kegagapan”nya. Bagaimana? Berani “balun”?
Sumber: Mykmu.net

No comments:
Post a Comment