Sebagaimana yang kita
maklum, Pengerusi DAP, Karpal Singh telah memanggil media baru-baru ini
bagi menyuarakan “arahan” terbarunya kepada PAS untuk menarik balik
keputusan melarang penggunaan kalimah “Allah” di dalam Bible versi
bahasa Melayu untuk edaran Semenanjung.
Bagi Karpal, keputusan PAS itu tidak
senada dengan kehendak dan keputusan “Majlis Syura” Pakatan Haram yang
turut disokong oleh Pak Syiekh Anwar Ibrahim “Al-Liwati” dan “Khalifah”
Lim Guan Eng “Abdul PASpispus”!
Jadi, dia menggesa agar PAS bermesyuarat
kembali dan membuat keputusan yang tidak bertentangan fatwa “Majlis
Syura” Pakatan Haram itu atau PAS akan dilihat sebagai “liabiliti”
gabungan pembangkang itu pada PRU ke-13 nanti.
Itulah bezanya hubungan DAP dengan PAS.
Sebuah hubungan “terlarang” yang “dihalalkan” bagi maksud merebut kuasa
politik yang berbentuk duniawi dengan terang-terangan bercanggah dengan
kalamullah.
Mungkin disebabkan itulah maka timbul
istilah “kafir harbi” dan “kafir zimmi” yang kononnya dikatakan tidak
wujud di dalam Islam oleh para ulama PAS.
Dulu, PAS mengkafirkan jutaan umat Islam
yang menyokong UMNO kerana bersekutu dengan MCA, MIC, Gerakan, PPP dan
banyak lagi parti yang majoritinya disertai oleh golongan bukan muslim.
Setidak-tidaknya, parti-parti komponen BN
itu begitu menghormati dan memahami kedudukan Islam serta
kepentingannya di negara ini. Mereka rela hati bekerjasama tanpa
mempersoal keistimewaan dan dasar kepentingan Islam di negara ini.
Namun kini, PAS pula bersekutu dengan
sebuah parti yang begitu terkenal dengan sifatnya yang menentang dasar
perlembagaan, mencabar keistimewaan Islam dan masyarakat bumiputera di
negara ini.
Kalaulah DAP boleh dengar kata dan
menurut dasar PAS, tak mengapalah juga. Tapi terbaliklah pula! PAS pula
yang terpaksa mendengar, menurut perintah dan kehendak DAP bagi
mengekalkan hubungan “tahaluf siyasi” mereka.
Dalam ertikata lain, PAS hanyalah “Pak
Turut” yang menjadi “buah catur” kepada DAP dan PKR dalam sebarang dasar
Pakatan Haram. Lihat dan semaklah buku jingga. Jangan terkejut jika
tiada langsung diperkatakan tentang kepentingan dan kedaulatan Islam di
dalamnya…
Saya tertanya-tanya, apa yang PAS dapat
dalam persahabatannya dengan “syaitan-syaitan” itu selepas 5 tahun,
sejak tahun 2008? Kuasa? Kuasa apa yang mereka dapat? Dasar PAS
dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan Haram? Langsung tak ada..!
Persoalannya, tak malukah pak-pak lebai
dan mak-mak aji itu menyokong DAP dan Anwar Ibrahim yang terkenal dengan
salah laku moralnya itu? Golongan yang mencabar Islam dan tidak
berakhlak itu yang mereka sokong? Di mana maruah puak-puak PAS itu?
Hanya kerana gilakan kuasa politik, PAS
sanggup menggadai kepentingan Islam. Dan tidak hairanlah jika mereka
sanggup juga mengadai maruah parti mereka demi memenuhin nafsu ingin
berkuasa mereka itu, bukan?
Saya tertunggu-tunggu, beranikah PAS
menurut kehendak Karpal dalam isu kalimah “Allah” ini? Jika PAS menurut
kehendak DAP, maka saya yakin bahawa PAS akan kehilangan Datuk Dr. Harun
Din, Ustaz Harun Taib dan sebilangan besar ulama di dalam parti itu.
Atau, apakah Karpal setuju untuk
membenarkan PAS mengekalkan keputusan parti itu sekaligus melambangkan
pepecahan dasar gabungan Pakatan Haram yang jelas tidak sekata, berbeza
dasar dan tidak sebulu dalam banyak perkara?
Persoalan utama untuk PAS, bila Majlis
Syura nak kaji semula hubungan PAS dengan DAP? Nak tunggu Islam dan
kepentingannya diranapkan DAP dulu dan kemudian baru nak kaji? Rasanya
sudah terlambat…
Sumber: Mykmu.net
2 comments:
keputusannya boleh agak. nak menyedapkan melayu yang menyokong mereka.
DAH BANYAK PAS GADAIKAN SAMPAI TAKDE MARUAH.
Post a Comment